Tuesday, December 29, 2009

oh kuala lumpur...part III

Kali pertama aku melihat Brickfield adalah pada penghujung tahun 1992, jam 7 petang aku dan driver tempat aku berkerja bang Said (bukan nama sebenar) mahu minun kopi setelah menghantar sebeban surat yang urgent serata KL, dah macam-macam cerita aku dengar pasal tempat ni, ngeri pun ada, tiba-tiba bang Said menjerit kecil "hah, tu la Nora ayam regular aku , jom pi kena seround aku belanja, mama-san tu tu kawan aku, ko pilih mana ko suka" aku yang ketika itu berumur 20 tahun 5 bulan jadi kecut perut, darah tinggal secawan, "mana boleh bang kita kena balik opis ni" aku mengelak, "mangkok lah ko ni, jom!" dia paksa lagi, akhirnya aku berjaya mengelak, aku cakap baik-baik dengan dia, penyudahnya aku kena tunggu dia kat gerai mamak ujung simpang jalan Thambipillay, sepanjang setengah jam sementara aku tunggu dia seribu satu persoalan menerjah ke otak ku, kalau aku try apa salah nya, kalau kantoi kena serbu dah tentu aku lari ke Indo jadi jaga hotel.

Brickfield pada pandangan ku merupakan Chow Kit bagi mereka yang berketurunan India , the melting pot, huge ground untuk semua jenis perniagaan, dari yang legal hinggalah yang super illegal, di bina hasil perahan otak Encik Yap Kwan Seng dan merupakan pusat pengeluaran batu bata yang terbaik kualitinya di KL di sekitar 1880an, dengan adanya kuil-kuil dan chapel besar ianya juga merupakan pusat spiritual buat ugama-ugama seperti Hindu, Buddha, Kristian dan juga lain-lain fahaman yang bukan Islam.

Sekarang aku suka ke Brickfield, tak susah naik monorail je, kalau ada kelapangan aku ke sana mencari makanan vegetarian yang enak-enak, antaranya Restoren Ghandi's (dulu hanya gerai kecil di tepi BSN) di jalan Tun Sambatan 3, memang lazat, kat area tu jugak ada Hanuman Temple yang agak unik, kadang-kadang aku habis kan seharian cuti ku di lorong-lorong sekitar nya hanya untuk mengambil gambar, nak polish balik my street photo punya pace, ada satu feeling yang berlainan jika ke sana, the real little India bagi ku, orang-orang nya friendly dan ada scenery yang klasik kalau kena dengan tempatnya, ada YMCA, ada koloni orang-orang buta, dulu di situ ada kedai buku alternative Skoob Book Store di jalan Padang Belia (kini dah pindah ke PJ) ada Temple Of fine Arts untuk penggemar tarian dan musik klasikal india dan bermacam lagi usur-unsur kesenian yang ada di situ, masih berdiri teguh kuarters kerajaan lama di jalan Rozario bersebelahan dengan Vivekananda Ashrama yang di bina pada tahun 1904.

aku pernah di bawa oleh seorang uncle otai dari opis aku ke satu kelab di sini (lokasi terpaksa di rahsiakan), kami main tombola (yang macam p.ramlee main dalam filem Keluarga 69) sungguh klassik deco tempat ni dengan pengunjung nya pun klassik di segi umur , paip di mulut, bertopi post-boy, berseluar tali pinggang atas pusat serta kemeja petak-petak lengan pendek berlipat yeah aku lepak dengan warga emas yang sungguh sempoi, indah sungguh padang batu-bata nih, cuma Brickfield kini agak lebih sesak dengan adanya KL Sentral dan lain-lain kemajuan yang kenkadang aku tengok tak selari dengan pembentukan budaya, mungkin ianya bagus untuk peniaga-peniaga di situ.

Di sini juga merupakan kawasan yang punya sinifikasi yang amat tinggi buat anak-anak underground, tak salah aku katakan 30 peratus pergerakan awal musik underground di Malaysia berlaku di sini, dari bikin lagu, stapler fanzine, print t-shirt, dubbing kaset dan sapu awek member, di jajahan ini lah dengan ramai nya mereka berkampung dari penghujung 80an sehingga awal tahun 2000 dan sampai sekarang masih ada yang mendiami kawasan bersejarah ini, port yang paling femes adalah no. 121c jalan Thamby Abdullah yang masih ada hingga kini, tok penghulu nya brader Naim aku rasa dah dekat dua puluh tahun lebih dia tinggal di situ (Aru juga masih tinggal di situ), aku rasa hampir separuh anak-anak CM beralamatkan rumah tu di IC mereka, kalau time gig rumah tu musti penuh melimpah dengan sanak saudara dari utara selatan, kalau lari rumah pun ke mana lagi kalau tak ke sini (check alamat dalam fanzine)

Begitu juga rumah di bangunan Tiong Nam di atas supermarket Seri Kota, bebudak metal banyak tinggal kat situ dan ada lagi satu di jalan Ang Seng merupakan penempatan besar anak-anak CM yang terakhir di awal tahun 2004 sebelum berlakunya diaspora ke merata tempat, Brickfield merupakan kawasan paling strategic untuk di diami ketika itu kerana sewa yang murah serta berdekatan dengan CM dan juga ada mini market Joy untuk beli liquor dengan harga runtuh hehe, banyak band-band underground lahir di sini dan di sini juga aku tengok dua-tiga kawan-kawan ku hanyut dengan ubat terlarang dan lari ke bawah jambatan.

Kalau korang ada masa jengok-jengoklah Brickfield jangan lalu jalan besar saja, masuklah ke jalan-jalan di belakang, jangan takut tempat ni selamat tak macam dulu, enjoy the scenery, especially di hari minggu, Brickfield secara metaforanya merupakan antara jantung-jantung untuk Kuala Lumpur yang mengepam udara dan darah agar Kota Besar ini mampu berdiri dan berlari...

Monday, December 28, 2009

all those small things...

cerita-cerita kecil di Kuala Lumpur

1.

Jam 3 pagi aku dan rakan-rakan sedang makan-makan di Restoren Ariff Pandan Indah, baru pulang dari siap-siapan wedding Azmir dan Erna yang lagi 7 jam mendatang, Encik Weng datang menjengah bikin drive by shooting maka bertambah lah waktu kami lepak di situ, handphone teman ku berbunyi masuk SMS, dia buka dan menjerit "phowwww!" dan berlari setempat "boleh tebalik meja nih" katanya sambil ketawa

kami baca SMS dari teman yang juga seorang pemberita parti pembangkang "aku naik teksi n rsa nk turun blik bila aku nmpk nama drver tu Asaallamualaikum bin Bachok, nama bachok tu buat aku nglupur dalam hati"

kami terus terbayang filem Toyol lakonan Sidek Hussain


2:

Aku dalam LRT on the way nak ke Bukit Jalil ada Rock The World 09, ada urusan membantu Kombat and The Kugiran D' Tepi Pantai, jam 2 petang aku dah berlari dari kenduri rumah Erna, di dalam train duduk dua orang gadis manis baru habis SPM fikirku, dengan fashion subang besar, legging, bertali pinggang Rohana Jalil dan beg silang boleh kata serba serbi bergayalah, cubaan Paris Hilton katakan, sayang kasut mereka Vincci biasa bukan Vincci Supreme macam di Pavillion tu.

Ku pasang earphone nak dengar lagu baru album Couple, belum sempat aku on the iPod terdengar percakapan mereka, dengan tak malunya aku eavesdropping diaorang "mamat hansem ala gotik kat kedai depan tu ajak aku kuar lah" kata si baju pink, "best nyerrr, tapi dia selekeh la doh" balas si baju biru belang putih, "tu laaa and dia ajak aku gi Rock The World, aper tu? club ke, ade ke club bukak tengah ari buta ni" tanya si baju pink, "entahlah mana aku tau" balas teman nya lagi.


3:

Hujan lebat di tapak pesta Bukit Jalil, ruang back stage untuk artis dan crew jadi penoh sesak, aku mundar-mandir dengan kamera bertanya khabar akan rakan-rakan lama, ada dua orang gadis memandang ku, aku hampir perasan, aku terpandang lagi dan mereka senyum dan berkata sesuatu sesama mereka, aku jadi tambah perasan sambil meyorokan bonjolan perut dan kembangkan dada sikit agar nampak sasa macam adik Shah Vader,

30 mint kemudian aku bersalaman dengan rakan lama dan tak sangka gadis berdua tadi kenalan rakan ku, kami di perkenalkan, lantas si gadis bertanya kepada ku, "you ni Kuku Besi yang photograper tu kan?" terus aku terbayang muka Kap si Kuku Besi dan rasa nak pi carik cermin tengok muka aku betul-betul, chiss, kena cukur janggut nih.

rinjis-rinjis menepis...

dua puluh enam haribulan dua belas kawan yang juga jiran aku kahwin, tahniah buat Erna Dyanty dan Azmir the Azu, semoga berbahagia hendaknya, hangpa punya wedding wardrobe (dari seberang) bikin Adlin punya wedding costume nampak sangat biasa...yeahhh tahniah lagi sekali dan maaf aku kena gerak cepat ari tu sebab show di Rock The World start jam 3 petang


dua pengapit import dari Jakarta dan Jepun


total jawa costume


menyambut laki ku datang


tahniah beb

panggung takziah...

10 Muharam 1431 Hijriah

Di bawah genang terik mentari, dengan bibir berhias dedebu dan pasir, mendakap pelana Dzuljanah dengan seribu kesakitan, mengalir sungai-sungai darah di luar ragamu, segalanya untuk satu tujuan muktamad


"...kematian adalah satu kepastian buat semua manusia, bagai seutas rantai di leher seorang perawan muda, aku terpesona dengan kesungguhan moyang-moyang ku Yaakub dan Yusof...wahai kamu semua, sesiapa yang mahu menumpahkan darah mereka atas perjuang kita, maka kamu sudah bersedia untuk menemui Allah, maka keluarlah kamu bersama-sama kami..."
-Husayn ibn Ali ibn Abi Talib-

Friday, December 25, 2009

denai yang jauh...

selamat pagi Kuala Lumpur, 

di setiap pagi cuti am di hujung tahun secara automatisnya tangan aku akan langkah ke meja tulis, on my laptop, jangkau ke iTune click play pada Long December dari Counting Crows, walaupun Asia Tenggara tak ada salji dan canyon kering, hishh

"a long december and there's reason to believe, maybe this year will be better than the last"





Thursday, December 24, 2009

radar warna perang dalam otak

aku ada dapat email yang menyatakan akan bahayanya penggunaan telefon bimbit secara extensive, boleh kena barah katanya tah lah betul ke tidak, dalam article tu ada sebut satu model phone Motorola yang paling selamat di pakai, mungkin ini propaganda Motorola, siapa tahu.

Setiap hari aku naik train ke tempat kerja dan kekadang aku akan jumpa seorang kakak ni yang sentiasa akan bergayut dengan handphone nya dan tak pernah aku terserempak dengan dia tanpa bercakap pada HPnya dari Ampang sampailah aku turun masih bergayut selalunya muka ada sikit masam tak pun tak da ekspressi, time balik pun sama pun bergayut, mungkin menceritakan atau mendengar masalah orang lain,

aku dah observe kakak ni dari tahun lepas lagi (sebab selalunya dia akan berdiri di tempat bersetentangan dengan area feveret aku), aku terus tuduh kakak tu tak bleh hidup tanpa HP coz time tak bercakap pun dia akan sentiasa gengam HPnya dan periksa sms setiap 30 saat walaupun takda bunyi nada terima sms, aku ada percaya yang a total dependence on technology is not good, human touch is always needed to resolve human matters.

aku kalau boleh nak buang HP dan pakai telefon rumah dan ofis sahaja, waktu di antaranya tinggalkan pesanan anda di peti suara, urgent atau tidak aku tak peduli, sampai rumah atau ofis aku call balik, theres nothing to rushed about, macam dulu-dulu, macam dalam Seinfeld, boleh berjanji dan berjumpa tanpa perlu HP, ketepatan janji dan pengurusan masa, indahnya

Apakah perasaan kakak tu kalau HP tu hilang atau mungkin miss place ada gak aku rasa cam nak sorok HP dia dan tengok dia mengelupur, jahat sungguh niat di hati ni, hish :)



Monday, December 21, 2009

mengenang hari pertama retina mu kenal akan cahaya (buat Miss Weed)

Suatu hari yang berbulan-bulan-bulan lepas aku dan Fahmi FSF, menyusuri jalan besar Pandan Indah, tak silap aku kami nak pekena kopi dan berborak akan kehidupan, phowwww,

Tetiba si Fahmi berkata " eh tu Peah budak kampung aku" tunjuk Fahmi akan seorang wanita berjalan balik dari Fajar dengan lelaki berambut funky, "dia dengan laki dia tu, aku rasa hang pernah baca blog dia, yang tu lah I Dont Drink Milk" kata si Fahmi lagi, "ooo yang tu ka dia" aku kata.

Aku pun rasa macam pernah tengok dia mungkin makan atau menapau di kedai Jay LRT Corner, khabarnya sekarang pasangan ideal ini dah tak duduk di Pandan Indah lagi, walau bagaimanapun sekarang aku rasa aku pengunjung tetap blog Miss Weed, walau tak pernah berkenalan secara formalnya aku suka baca tulisan beliau yang bagus, jujur dan menceria kan hati.

Hari ini birthday dia, aku nak ucapkan selamat hari jadi buat cik puan Peah aka Miss Weed aka cikgu, semoga semua harapan dan impian anda menjadi kenyataan and good luck on your exam today, yeah rock on




ps: oh ya untuk yuran kelab tiga kupang boleh bayar melalui fahmi atau terus kepada saya hehehe

Sunday, December 20, 2009

budi berlumpur...

Petang semalam aku pulang dari pejabat, setelah menjamu nasi daun pisang di Kader, dengan perut sengkak aku menapak ke LRT Masjid Jamek, "ugh tak ramai orang sempoiii" kata hati ku.

Penantian tak lama LRT menghala Ampang datang dengan senyuman, aku masuk dan terus berdiri di kubikal feveret ku (ruang antara dua gerabak) sebab aku percaya lelaki sihat tubuh badan tak layak duduk di dalam LRT kecuali kalau  betul-betul ada kekosongan.

Aku pandang kearah para commuters yang duduk, ada empat orang lelaki Vietnam duduk dengan rupa mereka sangat buragas baru pulang dari kerja, muka masam mencuka mungkin masih kena kutuk akan kalah bola dengan rakan sekerja berbangsa Malaysia, ada pasangan kekasih berketawa kecil tanpa melepaskan tangan yang di genggam, cubit-cubit sandar-menyandar, ada remaja punk/gothic "darjah enam" duduk dengan gaya "ahh aku tak peduli", aku tersenyum sambil melayan Glasvegas di iPod ku.

Sampai di stesyen Hang Tuah aku lihat ramai orang dah beratur kat luar,"leceh ni sosak train nanti " bentak ku, orang ramai meyerbu masuk macam anak ayam keluar kandang, tadi nampak macam beratur pelik sungguh warga KL nih, semua berebut nak duduk, mungkin penat berjalan di bukit bintang tadi, atau pun pusing terlalu lama di Low Yat cari laptop cooling fan yang murah tapi bermutu, hingga ada brader tu buat muka benci sebab ada awek comel lebih cepat amik tempat duduk yang dia dah aim dari luar lagi, 

sebelum pintu di tutup masuk seorang pemuda agak kurang upaya bersama ibunya, berdengket-dengket dia berjalan, aku rasa ada sedikit down syndrome pada diri nya, dia berdiri betul-betul tepi pasangan kekasih tadi, malangnya si gadis tidak mahu melepaskan tangan jejaka hatinya bila aku nampak pakwe nya itu cuba-cuba nak bangun, siap kena marah dengan si gadis lagi, demi cinta dia terpaksa akur dengan kehendak si gadis, mamat-mamat Vietnam yang kasut berlumpur serta muka buragas, berbibir ada warna sireh tadi bingkas bangun dari tempat duduk mereka yang jauh di hujung, menarik dan memimpin pemuda cacat  bersama ibunya duduk di tempat mereka.


aku rasa terharu...dan malu dengan sikap orang Kuala Lumpur.

Saturday, December 19, 2009

duduk antara dua zazen...

Ketika rakyat Malaysia sedang hangat meraikan kemenangan pasukan bolasepak Malaysia di Laos, aku sedang bergegas meredah hujan ke arah auditorium DBKL untuk menyaksikan persembahan kebudayaan Min'yo dari negeri matahari terbit, dengan keadaan semi-basah aku tunggu teman-teman lain sampai di lobi, ada pak cik duduk dan bercakap sensorang, aku terus tuduh dia orang seni, sedang mengelamun ternampak aku kelibat saudara Fatullah Lukman teman lama, kami duduk sebentar di sofa empuk DBKL bertanya khabar.

Terima kasih buat saudara Ise dari Parkingproject yang mengadakan pass untuk kami, tepat jam 8.30 persembahan bermula, dengan introduksi pada dua orang penyanyi yang sangat hebat suara mereka, khabar nya mereka berlatih di tepi air terjun untuk mendapatkan suara yang kuat, mungkin aku boleh ke Kuala Woh atau Bukit Berapit, sebelum buat persembahan.

Di setiap pengenalan lagu oleh dua penyanyi ini di translate oleh seorang juru bahasa dari Jepun ke bahasa ingeris yang ada masanya aku pun tak faham apa yang di perkatakan oleh beliau.


lontaran suara secara gimrama, sungguh hebat


ish la comey sungguh Cik Hitomi ni

Benarlah seperti yang diperkatakan bahawa Min'yo ini merupakan seni yang agak asing bagi bukan warga Jepun, kerana musik dan teknik nyanyian nya amat berbeza dari yang pernah kita dengar dan saksikan, sesekali ada sedikit elemen Sunda dan Bali tetiba melintas, tak kurang juga lenggokan ala-ala qawalli dari Pakistan bila penyanyi dah naik "syeh", mereka mampu menukar vocal register bagai menyelak buku dan punya vocal resonance yang menggetarkan seluruh badan, kagum sungguh aku.

Part yang buat aku naik bulu roma bila permainan solo Syakuhaci (serunai buluh) yang amat menyentuh perasaan dan di tambah lagi keasyikan nya bila dia meniup empat bar lagu Kojo No Tsuki (mat rock 80an mesti tau lagu ni, ada dalam album live Scorpions: Tokyo Tapes), komen teman ku "uish, Mohar kena tinggai sepuluh tiang kalau macam ni".

Lagu-lagu dalam Min'yo ini cenderung ke arah penceritaan pada empat musim di Jepun, berkisar akan kehidupan orang-orang kampung, cerita tentang anak-anak berlari di tepi sawah hingga lah kedinginan di musim salji, aku akui akan kebenaran satu artikel yang lagu-lagu ini boleh membawa mereka terkenangkan kampung halaman kerana ada auntie berbangsa Jepun di baris hadapan mengalir air mata tak kala sang penyanyi mendendang kan lagu musim luruh.



bercerita akan musim luruh

disiplin yang hebat

Tapak paling penting untuk persembahan ini adalah disiplin para pemain musiknya yang berada di tahap tinggi yang mana mereka boleh diam dalam posisi zazen sewaktu permainan mereka tidak di perlukan, kalau aku mampuih dah cramp kaki, mamat Sawada yang main Shamisen (ala-ala kecapi) tunjuk handal dengan solo, shred, licks dan scales menggunakan pick sebesar senduk nasik, kalau Sham Kamikaze tengok sure rasa nak balajaq balik main gitar kapok,

persembahan mereka di akhiri dengan lagu-lagu musim panas yakni musim menuai, dengan jeritan "yo so so yoi" bergema di auditorium DBKL,



Miss Tanaka dengan gaya rock star lupa lirik

dan aku masih tergamam dengan persembahan bangsa yang penuh tertib dan lembut, yang juga pernah bagi penampar kat onyang aku...


----------------------------------------------------------------------------



geram sungguh aku, tanpa aku sedar si Ise
dah berjaya amik gambar dengan Cik Hitomi





semua gambar di ambil menggunakan camera Canon G10 dan hakcipta terpelihara



satu emas untuk semua...


manusia, emas dan spera

Hebat sungguh benda yang berbentuk spera ini dari bentuk bumi, kueh bom, disco ball dan juga muka Cik Embun taukeh karipap semuanya bulat, agong nya hingga ada permainan bola sepak ini  sejak zaman kuno lagi di lakaran sejarah manusia pada setiap empat penjuru dunia.

Hebatnya hanya dengan satu emas untuk benda spera ini, rakyat Malaysia terlupa sebentar "sapa Daniel Bego ni?" yang pecahkan rekod kebangsaan dan juga SEA Game, tak perasan yang team Akuatik yang menyumbang 15 kalung emas untuk Malaysia, telupa akan lenggok pedang team Wushu kebangsaan yang sungguh mengkagumkan, menyegat sungguh sukan yang bikin taukeh mafla dan snow cap hidup mewah ini.

Untuk satu petang yang mendebarkan projek 1Malaysia dengan jujurnya berjaya di lihat di seluruh restoren mamak seluruh negara ini (skala penjulan teh tarik meningkat dengan mendadak) riuh di kawasan flat bagai senada, sungguh majmuk, even gym kat ofis aku dah bunyi macam di Vientiane.

Walau bagaimana pun aku rasa masih belum terlambat untuk aku ucapkan tahniah pasukan bolasepak Malaysia, percayalah tiada yang mustahil jika kita mencuba dengan hati yang jujur dan terangsang, raja bola Mokhtar Dahari pasti tersenyum bangga di atas sana...




dan aku tetap hanya akan tengok bola time final jer :)

Thursday, December 17, 2009

gerbang baru...

"tiada kekayaan yang hebat dari kebijaksanaan, tiada kemiskinan yang lebih daif dari kejahilan, tiada warisan yang lebih agong dari kebudayaan dan tiada sokongan yang lebih kuat dari perundingan"

-Ali bin Abu-Talib-



Selamat Tahun Baru Hijrah 1431 Buat Semua Umat Islam Seluruh Dunia

tak ghrot tak ghrin...

"macam celaka"

aku tak marah, tapi aku sebut dengan kasih sayang macam lagu Sheila On 7, semalam jam 12.05am si dia telefon dari kejauhan dengan niat menjawab surat yang aku beri hampir seminggu lepas, laju sungguh patah-patah perkataannya, (kami terpaksa berinteraksi dalam english kerana bahasa malaysia dan indonesia mungkin serumpun namun kekadang makna nya berbeza, boleh bawak konklusi yang berbeza) tapi bayangkan seorang gadis berketurunan jawa campuran cina yang bercakap inggeris dalam accent indo yang pekat dengan kelajuan 100km sejam, hampir lima dari lapan perenggan yang si dia katakan aku tak faham, aku keliru dan hanya menitip kata-kata "yes dear" "...umm..." "I understand" aku tambah kelam dengan efek bunyi di talian bagai di dalam Gua Niah, penyudah nya aku yang tak dapat keputusan, aneh sungguh dunia teknologi ini, manusia sudah tak percaya pada kertas, tinta, sampul surat dan setem lagi

aku perlu buat panggilan jauh malam ini untuk meng iron segala kekusutan, harap keputusan final bola Malaysia-Vietnam petang ini serta persembahan nyayian dari Jepun malam ini, tidak menggangu keputusan yang telah di gengam untuk majlis dialog dengan si dia awal pagi nanti,

atau perlu aku buat video conference? err tak boleh nanti cair

:)

pucuk cahaya sang matahari yang terbit pagi...

sesekali menukar alun akan irama yang memukul gegedang telinga ini, melihat akan lemah gemalai budaya jauh di seberang lautan, satu bangsa yang rendah tapi tinggi cita-citanya, malam ini Kuala Lumpur akan disulami dengan nada sang pelontar suara soprano purba dan getaran tali shamisen, malam ini aku akan melayan perasaan :)

Min'yo - Echoes of Japanese Folk Songs

Touring Project To South - East Asia by Japan Foundation

Date: 16-17/12/2009
Time: 8.30 pm
Vanue: DBKL Auditorium, KL
Admission: Free (Passes available at Japan Foundation, KL)

apakah itu Min'yo




Wednesday, December 16, 2009

gegalang emas...

aku kaki bangku, tak tahu makna curi ayam, wings yang aku tahu hanya lah band yang penyanyinya nama pak awie, fullback aku ingatkan beg penuh di belakang dan aku tak tahu yang bebudak Brasilia boleh menari samba sambil gelecek bola, aku haram tahu pasal bola, kerana aku percaya time final match jer bola ni best, abang RELA boleh tambah elaun, boleh jerit hilang suara, boleh conteng muka tak dak sapa marah, taukeh burger angkat untung lebih sket, air mineral dan jambu asam boi boleh lambak depan stadium dan brader jual mafla boleh senyum lebar, oh tak lupa mercun dan bahan bakar boleh ada jual di tepi tandas, aku faham bola takat tu jer,

namun aku berharap pasukan bola Malaysia berjaya membawa balik pingat emas dari Laos, hasil dari game esok hari so tak da lah lepas ni member aku tutup TV di kala team Malaysia beraksi , alasan nya takut TV rosak,

Kuala Lumpur akan bersama mu ole ole ole oleeeeee

Tuesday, December 15, 2009

oh kuala lumpur... part II

percubaan menulis semi-serius tentang Chow Kit

"you have to know the street if you wanna embrace the city" -teman buddhist ku dari Brooklyn-

sekarang dah nak masuk 2010, KL yang aku kenal kengkadang buat-buat tak kenal kat aku, dulu aku baca Mat Som karya Dato' Lat sebagai panduan penting hidup di kota ini, kini kitab penting itu aku simpan di rak buku bersebelahan dengan sajak-sajak Pablo Neruda, kalau korang kenal Kuala Lumpur di awal 90an aku percaya separuh dari survival skill yang korang ada dah tak valid untuk zaman sekarang, termasuk lah aku, skill ini perlu di update selalu, kadang kala masa dan kehidupan sering menjadi penghalang,

suatu pagi tiga bulan lepas aku berbekalkan enthusiast ku pada kamera lalu keluar berjalan-jalan untuk mencuri imej jalanan di kawasan Chow Kit, kawasan industri pelbagai perniagaan . Melangkah sahaja kaki ku di lorong Haji Taib aku dapat rasakan ketegangan yang berbeza, I loose my grip sudah rasa tak biasa, sudah lost touch, aku rasakan atmosphere yang dodgy itu amat kuat, ada perasaan yang diri ini diperhatikan dari setiap sudut, aku terpaksa duduk diam di kopitiam menghirup kopi pekat berminyak dan menghela nafas mencari kekuatan, aku perlu ada guts untuk merenung mata abang misai tebal penjual keretek haram, perlu ada aura penepis kakak cantik berhalkum, perlu stand taller than adik-adik nakal penghidu gam, perlu nampak baik di kalangan makcik-makcik yang bertandang membeli tepung buat kek dan biskut semperit and thank G-d setelah lima belas minit mengelamun di situ, I got it back, aku berjaya menyusuri lorong-lorong hitam yang dah tak seberapa hitam sekarang ni, menyantap tengah-hari dengan tempeh goreng bercili dan sayur lemak kemili serta pucuk keman di kedai jawa (lorong haji taib 3) aku lega,

aku merenung dan tersenyum akan bekas papan tanda supermarket yang pernah hebat Hankyu Jaya sebelum melintasi jalan besar TAR dan meredah pasar Chow Kit kawasan yang agak "melayu" mungkin kerana bersempadan dengan Kg. Baru, tak banyak yang berubah masih bising dan lembab seperti biasa, aku petik pemicu kamera berkali-kali. Ada kakak yang tersenyum tak nampak gigi ada uncle yang grumpy tapi tak violent , kali terakhir aku ke sini pada tahun lepas, aku bawa Stewart Butterfield (pengasas flickr) yang sibuk nak tengok malaysian wet maket, lorong pasar yang sempit dan hanya berbekalkan cahaya dari lampu-lampu kalimantang, sesekali akan nampak kelibat chef-chef mata salleh dari hotel lima bintang yang datang membeli ikan di pasar tua ini, di lapisi dengan suara berdengus abang berbangsa minang yang salah step letak buah dam, kalau rindu dengan barangan dapur indonesia di sini semua nya ada dari kecap chap bango sampailah kerepek jawa yang berwarna warni, kalau kena gaya menjenguk boleh jumpa brader-brade Acheh masih jadi tokan ganja yang besar di situ,

di luar pasar ada selorong gerai-gerai makanan yang sentiasa penuh dengan manusia yang melepas lelah setelah sarat bershopping bahan basah, di situ dulu ada mihun sup utara (warna kuning) yang handal, melalui di penghujung jalan Haji Hussien aku terlihat Flat Hock Ann yang masih evil macam dulu-dulu, hebat nya di dua-tiga bumbung balcony "rumah susun" tersebut ada pokok cili tumbuh dengan akhil-baliqh dan kalau korang pejam mata korang akan rasa tetiba berada di jalan Mangga Dua, Jakarta, di tambah dengan bau bakso dan sate sapi, kalau jalan terus ke penghujung jalan (di belakang bekas Keramat Supermarket) masih terdapat gerai-gerai india muslim menjual pelbagai jenis sup dari ayam, kambing dan lembu cecah dengan roti pound boleh meleleh, manakala on the opposite side of the market, terdapat sekelumit kecil kawasan masyarakat berketurun Sikh lalu-lalang kerana adanya sebuah temple Tatt Khalsa Diwan, malang nya kawasan tersebut sekarang di penuhi dengan brader-brader "askusmi" dari benua Africa yang akan datang dan minta duit royalti kalau gambar mereka di ambil, mereka sungguh kuat dan amat kurang sopan,

kesimpulanya tentang Chow Kit ini masih tempat orang mencari rezeki tak kira dengan apa cara sekalipun, warganya masih nampak macam dahulu tapi ada yang berbeza, ada yang tak kena, latarbelakangnya ada lukisan baru yang punya rasa yang asing, mungkin aku...aku yang sudah berubah, pengalaman mengajar kita lebih matang akan tetapi pengalaman juga mampu membuat kan kita lupa akan jalan-jalan lampau, jalan di kota busuk yang indah ini.

hari itu aku ambil keputusan untuk menapak terus menuruti jalan TAR dan singgah di 1 Cafe yang sedang ada gig metal berlangsung :)





bersambung...





trivia: Chow Kit sebenarnya hanyalah sebatang jalan pendek yang menuju ke arah PWTC di antara Jalan TAR
, dan seperti kata j or ji "Hanya Sudirman yang berjaya menutup jalan chow kit..Lain manusia, tak dapek!"

Monday, December 14, 2009

oh kuala lumpur... part I

...dulu, kini dan selambanya

Kuala Lumpur kota besar yang menjadi idaman aku sejak kecil lagi, aku pernah tersenyum lebar waktu cuti sekolah ke KL di tahun 1978 tak kala terlihat signboard besar A&W di tepi jalan besar Templer Park (dulu tak ada highway, tu kira main road ke KL) dan dengan senyum yang sama (campur sedikit terngaga) bila ternampak kelibat menara Dayabumi sewaktu datang KL nak report duty kerja di tahun 1992,

tak banyak yang berubah tapi banyak yang terubah, KL ini kota tak siap (hint: maladroit) ada tempat yang macam tak terusik dek zaman dan ada kawasan yang kita boleh sesat walaupun baru bulan lepas kita melawat,

kota ini kentut jam 8 pagi, tak percaya? sewaktu aku berkerja di tingkat 40 Menara Maybank sekitar 90an tepat jam 8-10 pagi akan terlihat lapisan kelabu naik ke atas langit hasil dari sumbangan ikhlas warga kota yang menyusuri trafik dengan petrol dan diesel mereka dan baunya boleh tahan hina (buka tingkap nak isap rokok) tapi tak lah sengeri Kota Jakarta kentutnya lagi asem,

Bukit Bintang memang tempat mencuci mata dan mencuri hati nak lihat fashion remaja terkini (majmuk) datang lah ke bukit yang mendatar ini, dulu kawasan depan Pavilion tu tempat gadis-gadis manis BBGS curik-curik salin baju dan hisap rokok (bukan semuanya dik) dan malamnya jadi tempat mat rempit gesek foot stand kasi berapi di atas jalan tar ianya juga jadi tempat buang sampah (siap masuk paper lagi) sekarang dari Dome Cafe di hujung Lot 10 hingga ke Pavillion (pavie kata orang sekarang) dah jadi runaway for catwalks fashion terkini, kena gaya nampak hebat salah pakai macam musibat nak kena rembat,

aku tinggal di Changkat Bukit Bintang sekitar pertengahan 90an, di mana jalan tu sunyi sepi kalau tinggi korang bawah lima kaki dan berat kurang dari 50kg ada harapan di paw dengan pisau tak pun di tuduh penagih dadah, waktu malam lepak ngan mak-mak ayam dengar cerita tentang zaman gadisnya mereka, eeeuuu, sekarang jalan tu dah jadi super happening bila tumbuhnya deretan tempat hiburan dan di hiasi dengan awek melayu yang berkulit tan berkepit dengan mat salleh minum di bar-bar dan restoren berkonsep jerman, huh "i wanna partayyyy"

kota ini ada hutan cerucuk di hatinya, Plaza Rakyat yang aku jangka tak akan siap sampai bila-bila, mungkin aku dan warga KL tak faham akan ownernya nak buat art installation, pop modern art mungkin, aku sedih kerana sewaktu di sekolah menengah aku merupakan kapten pasukan softball sekolah, jangan tak percaya you, so untuk mengubat rindu pada softball aku selalu ke Padang SCRC selepas kerja nak tengok team bola lisut KL training dan padang itulah yang jadi installation Plaza Rakyat sekarang, sedeh nya

di waktu petang aku paling suka dulu duduk minum teh sensorang cari ilham di gerai charlie bawah pokok depan Sinar Kota (jalan silang) tengok orang lalu lalang, kini tempat tu dah jadi dataran Nepal coz setiap hari cuti aku rasa macam ada portal yang boleh bikin lintas langsung ke Khatmandu, gerai-gerai tu pun dah kena roboh oleh DBKL yang bijaksana,

di waktu tengah bulan biasanya aku makan nasi lemak gadang rm1 (sebungkus dah boleh kenyang sampai malam) kat gerai mamak di siar kaki lima depan Woh Fatt jalan Silang (mat musik musti tau kedai ni), gerai ni pun senasib dengan gerai charlie yang kini jadi tempat parking motor hak milik mat pet dan penghidu gam tegar,

aku juga rindu pada bas mini, kalau lewat nak ke pejabat naik lah bas mini komfom sampai tepat pada waktunya harga baru 60 sen, even dari Selayang boleh bikin 30 minit meredah jam, kecil molek dan mampu panjat divider jalan dengan tenang, bas mini juga mengajar kita disiplin "hah tu yang kat belakangku beratur buat dua barisan" jerit kakak konduktor, tak banyak beza dengan bas metro yang ada skang, driver yang sama aku rasa, tapi teknik akrobatik dah banyak susut mungkin faktor saiz yang panjang and bas metro ada bau kepam macam kelab dangdut, tak suka aku,

aku ada waktu nya sering keluar negara atas urusan kerja atau cari pasal, selalu aku bandingkan kota-kota asing ini dengan KL, dari segi cultural, infrastuktur dan peradapan, banyak yang kita nampak kecil, tapi KL ada gayanya tersendiri, ada bau dan hormon nya tersendiri, ada keindahan nya tersendiri, ada LRT yang berteknologi tinggi, ada bas RapidKL yang masih lembab, ada segalanya untuk aku, engkau dan mereka (termasuk pendatang tanpa izin) it's always love and hate, dengan syarat korang bersyukur dengan apa yang ada

gotta love this city...





dah keja banyak ni, ada masa aku sambung...

Sunday, December 13, 2009

Saturday, December 12, 2009

kata hadiah buat hati yang jauh...

ketika menghambur lara kata, berbidang anak jerami menghalang nafas suntuk menyebat sasaran, cinta bercampur dedebu masa yang tak basah bagai di salut tepung kubis cina, perang legar serang lari, perang bawa hati meredah belukar, pakar bukan bercambah akar yang hujung nya dahaga atas lima tahun tanpa gerimis, yang sepi berbongkah merah pijar, yang gengamnya bertangkai lari hebat sang perindu...




-magnuscaleb haridasazami-

Friday, December 11, 2009

laman terang

pagi ini tenang, nafas lapang, hati terang, lantai LRT kosong, orang selangor cuti harijadi raja mereka, ku pasang Tipe X di iPod sambil merenung reruang gerabak tanpa penuh obstikal manusia, rasa bagai mahu membuka langkah "skanking" di tengah lantai,

namun ada gadis bertudung merah jambu mendengar lagu dari headphone Audio-Technica yang warnanya sedodon dengan tudung beliau, "emmm...great taste of audio gadget" kata hati ku,

berjalan terus menuju menara putih si Dayabumi, dengan sedikit langkah penuh irama.

Wednesday, December 09, 2009

kedai kopi keras...disco part I

di umur 20 aku amat baru di kota kuala lumpur, tapi dah mula lepak Central Market dan tempat sewaktu dengan nya, lepak dengan anak-anak "underground" yang dengar lagu pecah telinga, yang pakai tak macam orang lain, yang rewind kaset pakai pen/pensel atau straw, yang punya pemikiran sedikit beza dari manusia-manusia yang lain, sesekali kami ada gigs atau konsert kecilan di kelab-kelab sekitar bandaraya, tak macam sekarang tiap-tiap minggu dulu hanya dua bulan sekali kadang kadang setahun empat kali sahaja, tapi amatlah "happening" saudara-mara dari utara selatan turun reramai, penuh sesaklah rumah 121-C kat Brickfield tuh,

tapi aku nak cerita bukan pasal gig atau bebudak underground tapi pasal lepak dugem bak kata teman dari Bandung, berdisko, clubbing kata orang sekarang, semalam aku naik bus ke Bukit Bintang melalui jalan Sultan Ismail, biasalah jalan jem, aku tersangkut depan Hard Rock Cafe lama gak aku perati kelab tu, maka terimbaulah segala kenangan di Hard Rock Cafe,

di hujung 1993 aku sudah menjadi regular di HRC (hanya pada jumaat malam), semua nya gara-gara Joe Kidd, Emelia dan Boy ajak aku kesana, di mana aku berkenalan dengan teman-teman baru yang bukan dari kelompok asal ku, aku hanya ingat 2-3 nama sahaja sekarang antaranya, Boy, Armand, CD Deadmushroom, Pet, Dayak, Morgoth, Sal (uish banyak gak) zaman tu kalau dah lepak HRC susah nak lepak tempat lain coz atmosphere yang berbeza, paling tak boleh blah DV8 lah, tak rock langsung dan Branigan Club banyak awek bawah umur hehe

setiap hari jumaat lepas kerja aku terus balik rumah (tinggal di jalan pasar) amik power nap, bangun jam 9pm, mandi dan bersiap, tepat jam 11pm dah sampai HRC yang pasti masuk ikut pintu tepi maklumlah regular, time tu band yang main nama Soulid (if i'm not misteken) dari Manila set-list diorang sempoi banyak lagu rock terkangkang dan terkini, walaupun guitaris dia main tipu kami layan bagai nak rak, ramai yang tak suka kat kitaorang coz selalu bikin moshpit kecil-kecilan depan stage, time DJ set pun dia tak bleh main sembarang lagu nanti kena boo,

zaman tu grunge baru nak merebak, maka jeans potong, flannel ikat kat pinggang sama Doc Martin menjadi pilihan (boleh beli kat Fishbone or kedai Abang Nor), kerana taukeh-taukeh disko dan abang-abang kasut kulit tengok sakit mata maka keluarlah larangan short tak boleh di pakai untuk clubbing, pernah satu kali kawan aku berlobang di dahi kena cincin Wak (bouncer) coz dia main sapu jer liquor orang atas meja, kena belasah sebab termengorat awek uncle pakai vest kulit bawak Harley la dan macam-macam musibat lain lagi,

umur masih muda boleh kata tak ada sorang pun yang ada kereta time tu, maka tutup saja HRC dalam 3am kami berjalan kaki ke Bahadurshah belakang Istana Hotel dengan minda yang duduk di bawah sedikit dari paras garis sedar (boleh tahan berpeluh ketiak), maggie goreng dan roti canai menu utama, boleh tahan bising kengkadang boleh bawak gadoh dengan meja sebelah dan aku sebagai penjawat awam yang hyper akan tunggu first mini bus no. 60 ke jalan Pasar jam 5.30am, pagi sabtu tu kena masuk kerja (halfday)...

zaman riang anak muda, zaman liar tak boleh di tegur, zaman tidur tepi longkang, zaman ilmu tinggi nak jarman masuk disco dan minum free, zaman tak ada handphone urgh

*sigh*

--------------------------------------------------------------------------------

aku tersentak bila bas brake mengejut lalu tersenyum sensorang dalam bus tengok HRC, awek depan aku mungkin ingat aku baru first time tengok HRC yang dah dekat sepuluh tahun tak masuk dan teringin nak mengelonjit ke sana...alahai hehehe


selongkar CD box cari Pocket Full Of Kryptonite :)




gambar baru HRC dulu tak ada beranda kat luar tuh

Tuesday, December 08, 2009

pemberian...

atas semuanya yang di balik tingkap kata,
atas segalanya yang lembut lagi bersutera,
di bawah longgokan janji-janji tanpa tafsir,
bersama garis-garis hitam di atas pulpa putih...

aku masih menunggu ruang masa untuk menghadiahkan kamu satu jawapan...

Monday, December 07, 2009

kari dalam doh berlipat...

karipap, (aku percaya) makanan paling sedap di dunia, di Johor ianya di panggil Epok-epok jangan terperdaya dengan curry puff, yang tu kategori pastry barat yang doh nya agak berbeza, aku bercerita tentang karipap kampung yang aku makan waktu kecik, arwah mak aku suka bikin karipap sebab senang dan aku suka, dia tak payah masak kuih yang pelik-pelik, kadang-kadang dia buat bentuk empat segi atau apa-apa diagram yang dia suka, aku lagi suka bentuk alternative janji dalam ada inti, paling aku benci karipap putar yang sangat flakie dan rangup, ugh tak suka,

antara yang sedap dan boleh bawa ketengah boleh lah try Old Chang Kee atau karipap bebudak jual kat Station LRT Masjid Jamek waktu petang (dalam kotak) amat lazat dan old skool, sekarang ni aku cuma makan karipap yang vegetarian sahaja lah, kakak dekat LRT corner tu ada bikin, "yang ni vegetarian dik, udang kering pun tak letak" ujar kak yam, bahan wajib kueh hebat ini adalah ubi kentang namun ada jugak peniaga nak jimat letak ubi keledek tapi kalau kena dengan gayanya intinya boleh tahan terangkat and the lates invention pasal karipap ni aku rasa karipap sardin yang muncul secara komersial di pertengahan era 90an,

aku merasakan yang karipap dulu dan sekarang dari segi rasanya dah berbeza, mungkin karipap di waktu 50 dan 60an rasanya lebih umph dan jujur pembuatanya, kali terakhir aku rasa karipap authentic adalah sewaktu darjah tiga, ada rombongan sekolah ke penang time tu dan kami ke Muzium Pulau Pinang, di depan nya ada gerai-gerai kecik paling aku ingat si Rosli beli Keropok Deng-Dang dan dalam nya ada hadiah "kartun beroda" pertama kali kami bebudak Titi Serong tengok secara real benda tu sebelum ni hanya tengok dan dengar suara Mat Sentul di TV, kagum dan amat lah memalukan tingkah laku kami,

namun tapi kat sebelah gerai ada seorang mamak pakai basikal menjual karipap dalam bakul besar bertutup kain, besar karipapnya dekat 6 inci, harga pun mahal 40 sen satu (time tu 40 sen dah boleh makan mee goreng), aku beli satu, dia ambik satu lalu di koyakan tengah karipap tersebut dengan garfu dan di letakan jeruk bawang merah pada koyakan tersebut dan karipap tersebut di letak atas kertas (amat lah london take-away nya), tak pernah hayat aku tengok orang jual karipap cam tu dan itulah karipap paling sedap aku pernah makan, aku cerita kat mak aku, dia cakap "kat tanjung memang jual macam tu, tapi mama tak pandai nak buat karipap tu"

sampai sekarang dah dekat 28 tahun, habis satu penang dan malaya aku tercari-cari karipap version tu tapi tak jumpa, sapa-sapa ada jumpa tolong bagi tau,

walau apa pun kueh karipap tetap menjadi pujaan hati ku


gambar di ambil/cilok dari princess haryati blogspot

Sunday, December 06, 2009

knottin' the words...

Birds are like words, suddenly away
Birds are like words, some of them will stay


-Birds, Kari Bremnes-

Friday, December 04, 2009

seni lambat...

Habis kerja, aku punch-out jam 6.16pm semalam dan terus ke Bus Stand Kelang, niat di hati nak amik bus ke Bangsar (ada acara di Valentine Willie Fine Arts)

sampai di bus stop aku bertanya pada brader master station "saya nak ke bangsar village bas no brapa, bang?" "oh amik U87, kat ujung sana tuh" ujar beliau dengan cemerlangnya, aku gembira,

aku tanya lagi pada kakak master kat hujung, "bas U87?" dia jawab "alah adik baru je lepas, tunggu jap dalam 15minit sampai lagi" aku masih gembira ada improvement dengan sistem kita, jam di tangan menunjukan 6.20pm,

lama tak lepak area nih dekat sepuluh tahun rasanya, amatlah dodgy tempat nih, rasa cam tunggu nak kena pau jer,

aku jadi geram bila dah dekat setengah jam aku tunggu bas U87 tak muncul-muncul, bila waktu mencecah 7.15pm aku rasa marah tadi kata 15 minit saja, sudah timbul rasa kecewa, dan nampak dashboard blogspot, tepat 7.30 bas U87 muncul ada sedikit lega biar pun marah, bus sampai, tutup pintu, drebar turun dan lepak sambil usik-usik awek pakai jeans Romp skinny yang jual buah potong, marahhhhh nya aku, 15 minit berlalu pintu bas di buka, aku bayar harga rm1.90 satu hala (mahal tak tepat dengan servis) dan perjalanan ke bangsar mengambil masa lagi 45 minit kerana jalan yang sesak (itu aku tak kesah, lumrah kota)

aku berjaya habis kan dua album The Mars Volta (Frances The Mute dan Octahedron) dalam proses perjalanan ini dan aku sampai depan pintu galeri Valentine Willie Fine Arts tepat jam 8.20pm tika kawan-kawan ku dah tinggi dengan Bombay Sapphire dan Martini,


konklusi: 6.20pm-8.20pm @ 2 jam, hanya untuk ke bangsar dari dayabumi, perkhidmatan bus ke bangsar amat sucks dan di hiasi harga satu hala yang membebankan rakyat, dalam erti kata lain servis yang masih amat gagal...

*sigh*



auntie yang banyak membantu memaki RapidKL


kawan-kawan yang ceria penghilang rasa marah hati


mereka yang "art"


santai setelah memikir pasal "art", walaupun
yop masih bercerita tentang painting yang menekan otak

Wednesday, December 02, 2009

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...