Monday, September 14, 2009

melanggar kota melaka

aku dan rakan-rakan se"photograpy" KL flickr atau KLickr ke kota melaka sabtu lepas, pada orang melaka kitaorang tak umumkan kehadiran kami ke sana so kalau ada anak-anak yang terkejut dari tidur atau ada anjing yang lari bertempiaran maaf kan kami, tak ramai pun dalam 50++ orang jer,

kami berkumpul depan bangunan merah milik penjajah belanda (bukan encik azizul) dalam jam 5.00pm, kemudiannya kami dengan semangat 1malaysia turun ke Jongker street untuk menganggu nyonya dan amoi yang baru nak buka gerai dengan kamera sambil mencuri-curi buat muka ala peranakan portugis dan makan aiskerim, (5 kali jatuh cinta dengan 5 orang amoi anak -anak peniaga di situ...hishhh)

kira kepala dan buat bising di Stadthuys Square


chaos, kira kepala dan masih tak dapat keputusan
(photo by azri of KLickr)

selepas ke Jongker street
(photo by Adi of KLickr)

menjelang senja kami beramai-ramai ke Sungai Duyung (tanpa sesat) untuk berbuka puasa (tapi terpaksa berpecah kerana tak cukup seat so ada dua tiga kerat kena makan kat kampung portugis), ikan bakar dan beberapa jenis binatang laut di hidangkan, mereka makan dan bersembang serta ketawa dengan lahapnya, tak kurang juga sesekali jeritan luar dugaan dari kelompok kami, tentang makan aku tengok jelah tak makan makanan yang ada mata dan boleh bergerak hehehe, nasib baik anak tokey kedai yang comel tu pandai masak sayur kosong, lega aku, aku rasa dia faham makna vegan or vegetarian coz dia pakai baju band anarcho ganaih (Doom), yang penting kami semua happy dengan makanan dan harga tempat tersebut dan berjanji pada pakcik towkeh akan datang lagi di tahun hadapan dengan tata-rakyat yang lebih tinggi,


Sri, bercakap dan ketawa sambil makan udang bakar

setelah perut kami penuh dengan makan yang bersulam air tembikai dan oren kami kembali ke Jongker street yang kini penuh sesak, sekali tengok macam petaling street bezanya peniaganya amatlah photo friendly tak macam di KL sombong dan fasih berbahasa nepal, maka "jenuh"lah aku "pukui gambaq", hampir separuh SD card aku penuh,

kemudianya kami dengan rendah hati menyerbu kedai cendol yang sedaplah ameeeek, aku terpaksa akui ianya lebih sedap dari cendol Penang street, walaupun kedua-dua cendol ini dari negeri-negeri selat, cendol Jongker street menang perbandingan ini pada ais kisarnya yang halus dan gula melaka yang menangkap kalbu, ada juga aku nampak nyonya tokeh kedai tu macam berdoa dan buat muka bidan pengugur anak agar kami lekas bayar dan pulang, namun doanya tak termakbul kerana nyaris-nyaris kami buat dapur kedai tu macam dapur nenek kami yang punya, dont worry auntie next year we'll come again >:)


kemeriahan dapur kedai cendol
(photo by Adi of KLickr)


masih di dapur kedai cendol, kelihatan Yaya
dalam percubaan naik ke bilik nyonya towkey kedai


muka gembira dan sarat selepas makan cendol

lepas pusing dua-tiga round kami balik ke KL dengan keletihan dan berpuluh "snap-shots" di kamera...kalaulah ada star-gate portal cheh



*terima kasih buat cik shaf and cik faz yang meng"organize" trip ini dan juga buat afai sekeluarga yang menumpangkan jentera berat ini



koleksi gambar trip ini di flickr aku



Wednesday, September 09, 2009

mengaji kue

sekarang ni aku rasa nak makan banyak benda, yang ini di panggil mode bulan puasa, dah kira macam "auto-pilot mode" sama dengan bila dulu-dulu dengar lagu tema drama "rumah kedai" dah rasa musim puasa walaupun tah apa musim diorang buat re-run cerita tu,

sebagai orang utara aku ada banyak kueh-kueh yang berceretet dalam kepala aku (orang utara selalu perasan yang depa lagi pandai pasai kueh-kueh ni sebab kami ada bab "mengaji kue")

memandang aku ni manusia jenis herbivor maka ada banyak yang berhaiwan kena list out, ni aku nak senaraikan sepuluh kueh-kueh idaman yang aku sesangat nak makan:

1. tepung bungkuih, uih lemak manis ada masin skit
2. pulut sekaya, terangkat
3. lepat liat, nyamannn
4. limeh (limas) kepakaran opah aku ni
5. cucur jagung pedas, ni buat aku rindu kat mak aku ni
6. apom lengang depan market lama, parit buntar
7. cucur labu manis, yang ni rare, makanan orang banjar
8. coq bongoi nyonya juga kat market lama parit buntar (cakoi)
9. lopez yang baru keluar dari fridge (ada jual kat pasar malam)
10. sum-sum dengan sirap merah, yaeahhhhh

mana nak cari, mana nak cilok, tak gamak nak beli kat pasar ramadan yang kebanyakanya berniaga setahun sekali,

dah aku nak pi cari jagung nak buat cucuq,

cheers

Monday, September 07, 2009

tengalung burung sintaq

time-time lah aku rasa malaih, sebu otak serba-serebi tak kena, sehari sebelum, hari jadi aku, naik jenuh nak bertepih nasib baik bukan kat kampung, kalau tak tentu-tentu Mak Su, Mak Lang dan Tok Long Saudah mai berletiaq, temasuk la Tok Ketua Dolah duk ghelin nak tanya, mau naik bederemen telinga, bebulu mata, yang chomey kat seberang nu duk buat-buat tanya penoh kaseh sayang, yang kat sini dok bagi pembayang maksud, jenuh nak rasa meloroih jiwa, blutin hati, berlemoih benak, naik cemuih perut rasa nak lambong semua sekali, biaq tertomoih tunggin buyong, biaq depa saja yang lapaq nasik berangin perut dan kalau depa nak telan jeruk lapan balang pun mampuih pi kat depa la, nak langgah ayaq nira nam beldi pun aku tak kisah, 

ni dah kira sirhu pulau kendi la nih campoq chempera naga, tak kena gaya bulih kena siku mat erom...bukan marah...mamu tak maraah aih...gerrram saja

macam mana pun trima kaseh la kat Mak aku yang beranak kan aku esok hari untuk kali yang berkali-kali ni dan juga kat Pak aku yang biru muka tahan duk berdebaq tunggu tepi pintu wad besalin hospital taiping berpuluh tahun lepaih, sori mintak maah la, anak hampa ni rasanya macam tak mau ada pengalaman lagu tu

akhir kata aku ungkap ayat power member lama sekampung, nama dia Chek'e, ni, dia marah kalu, nanti dia eja kata-kata ni (dia ni kira hero kampung aku circa 80an):

"sat mai, dia buh hamperr, buh hangerr, buh klip, buh kunyit skit, pi siddaaai bagi..."
(baca dgn slanga penang)





---------------------------------------------------

tak Zen sungguh entry ni

Wednesday, September 02, 2009

seni tampak

semalam santai bersama Ise Parking Project di sebuah restoren india bukan mamak (yang taukeh nya beragama hindu), bicara tentang seni popular, biennale dan trinnale, tentang projek menculik pelukis tersohor dunia ke republik pandan indah, mencari keizinan ketua menteri melaka dan tentang gadis-gadis asia tenggara yang sesekali mencari suaka di tempat kami,

tapi yang agenda amat penting adalah tosey yang di cicah bersama mango chutney amat lah memberahikan :)

Tuesday, September 01, 2009

no string attach...

tuesday, 1st september 2009, 6am-7.40qm, congrats monsieur robert alain philippe

btw, pity the KLCC security department, pasti kena tiaw :)




image from taken from wikipedia

the truth

oh i love this one, his quote for today:

"We mess with women a lot. But we shall never never never ever mess with their Tupperwares" -Akab-

pondok oren

aku rindu pada berjalan menapak mencari dan berdiri di depan pondok oren fiber glass, kadang-kadang tengah panas, hujan atau mungkin di watu malam, tangan kiri mengenggam duit syling, tabur satu persatu, kalau tak mampu boleh pohon untuk "reverse charge", aku rindu menekan butir-butir punat bernombor lusuh, mendengar nada dering yang ber"riverb" tiga kati, bergangang besar, kekadang tangan gatal terconteng juga kata-kata indah sebelum di luahkan pada yang menanti di hujung talian... kerana semua itu ada perjalan

aku rindu kehidupan membawa buku kecil untuk mencatat nombor telefon dan kehidupan tanpa handphone.

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...