Monday, September 06, 2010

mengutus rindu...

Salam Lebaran dari saya yang jauh di perantauan, hanya dua gadis dari Kazakstan dan Russia Barat yang dapat mengubat luka merindui kampung halaman, salam Aidil Fitri buat semua keluarga dan handai taulan...


Saturday, August 28, 2010

bila bulan tersusuk lalang...

aku berharap apa yang aku cari itu tiada, aku mimpikan engkau yang ku rindui itu tidak wujud, aku berdoa kepada langit yang lapang bahawa engkau hanyalah mainan mindaku, aku menyanyikan lagu penafian, menarikan rentak pemalsuan, aku lari, diam terhendap agar tak terkesan engkau akan denyut nadi ku...

namun engkau hanya menemui aku hanya dengan satu pesanan ringkas (sms)...chisss

Wednesday, August 25, 2010

mengimbau baris kerusi belakang bas Len Seng...

dah lama dah cari tapi tak jumpa, habis semua tempat aku kuis, rupanya ada depan mata dalam hati,

aku selongkar balik kotak-kotak lama, jumpa, cari lagi kat drawer almari paling bawah pun jumpa, hah ok nih

aku dah lama menafi benda ni, kena embrace jugak, aku dah jadi brader-brader, dah tua, kalau yang waktu dulu-dulu nak pandang diorang ni pun takut, kalau lepak Pertama Compleks atau Campbell tak plan mana nak lalu mesti takut kena pow dengan diorang nih, pandang lama sikit dah kena sound hehe best gak zaman tu handphone pun tak wujud lagi, kat pinggang ada case Ray-Ban tak pun Zippo uihhh

sekarang aku dah sampai usia tu, so terasa nak pakai cam brader-brader, emmm sapa aku nak pow nih, haha


Ray Ban, Large Metal with Chromax lens, rare nih

(cuma aku tak sanggup nak bikin misai handle-bar je)

western pearl-snap button shirt, phowww

original bandana "hankey"

boots, brader-brader dulu memang wajib ada nih
(jenuh aku cari yang vegan)


p/s: brader-brader tak pakai bangles, kalau dia pakai tu bukan brader tapi adinda jaga kawasan untuk ayahanda :)

Thursday, August 05, 2010

meredah kembali denai rohani...

kawan ku, kita ketawa bila kau cerita dengan simpang-siur tangan awangan merata, contoh gaya menekan cerita agar kita faham, bebas tanpa rantai tanpa pagar, engkau menyusuri hidup dalam akal mu,

kau berjalan jauh untuk merasa dan melihat dunia, untuk mengisi reruang yang di cipta untuk manusia dan hidupan yang lain, merah menimpa biru, kuning yang mendakap putih,

kau di antara yang menebas lalang kebiasaan untuk melarik denai buat sahabat-sahabat yang lebih muda malah buat pendokong yang lebih lewat lahirnya dari engkau, terima kasih wahai sahabat berjisim guru

pernah engkau di rundung gering, merangkul jiwa dengan jejari runcing mu, gering merindu kelegaan, sakit tubuh di selimut onak, kau lawan bangkit dari tiarapan perlahan menongkat lutut agar tubuh berdiri tegak menghirup udara penyambung nyawa,

kau menafi tewas, bangun kembali mengorak jejak, melakar senyum buat sahabat-sahabat lama, kami gembira memeluk mu kembali

namun sahabat ku menitik tinta menulis di cerita hayat tiada kita mampu menyimpangkan nya, kini berenanglah engkau di lautan cahaya, terang berbaur kerlipan, kerana kematian itu suatu tidur yang panjang, maka mimpikan lah yang indah-indah sahabat ku Oz Yusof,

kau bukan kawan biasa, kau sahabat yang ceritanya hanya boleh tulis dengan darah persahabatan...

05.08.2010, 3.15pm tidur selamanya...

Oz Yusof of Kakakara, Assault and Naked Butterfly

you shall be missed

Monday, July 12, 2010

tendang bola itu jauh-jauh...

pesta bola dunia dah abis, aku lega, kurang sikit ledakan warna-warna bendera asing di kuala lumpur, "bola tak penting dalam hidup aku" itu aku selalu perkatakan pada teman-temanku, namun setiap kali ada World Cup aku akan berpihak pada Brasil dan Germany (aku ada sebab)

semalam balik dari gig Carpathian aku tengok berduyun-duyun orang datang nak "sapot" Belanda dan Sepanyol, ramai jugak pakaikan anak-anak mereka dengan team kegemaran diorang head to toe beb, budak tu conform tak tau apa, main pakai ja, (tapi akan di racun oleh bapak diaorang) so aku buat konklusi 30% peminat sukan bola antarabangsa di Malaysia ada lah kerana keturunan, kerana bapak diorang ajar untuk minat team yang sama dan iya nya akan bersambung hingga ke generasi di hadapan,

aku bersyukur bapak aku tak minat bola, kalau adapun mungkin Moktar Dahari (itu pun dia lupa bawak aku gi tengok waktu Supermokt main di kampung aku di tahun 1977) jadi aku boleh claim minat pada Brazil dan Deutschland secara inspirasi sendiri kerana sejak darjah Lima lagi aku dah ada poster besar Karl-Heinz Rummenigge dalam bilik aku dan aku pernah menangis bila kawan-kawan aku gelak besar guling-guling bila aku cakap nak main bola macam Socrates pemain bola Brasil berkelayakan doktor tu (hey aku pernah tengok dia main live kat TV lah), sebab aku tengok diaorang main bola bak kata bebudak sekarang "cam best"

so final match semalam aku tak tengok sebab semua team kegemaran aku dah out, Belanda dan Spain? hah itu team yang ramai peminat instant, tiba-tiba ramai yang minat Spain mungkin sebab kesian first time masuk final so aku kira team ni banyak poser supporters atau juga penyokong Argentina yang kecewa, rasa nak balas dendam pada Germany, jadi bertimbun-timbunlah yang sokong Spain dan bila Raja Eropah ini menang, ramai yang gembira and that is not a very good scenery, those people are not truely in love Spain football, they dont deserve to celebrate, too many happy people is not good, iya nya tak da beza nya bila ramai yang gembira bila parti Keadilan menang banyak kerusi dalam parlimen.

so Pesta Bola dunia dah abis, awek-awek seksi boleh simpan memorabila South Africa WC dalam almari dan brader-brader tegar bola sudah abis alasan nak lepak kedai mamak berTV HD hingga pagi pada isteri-isteri mereka, aku syukur ledakan waka-waka dah berakhir, tapi yang pastinya Vuvuzela akan menjadi serunai utama di setiap perlawanan bola di serata dunia, eh pandai ke tiup?

Saturday, July 10, 2010

Friday, July 02, 2010

tapak rasa...

kawal pegang lawan resah atas nama kaseh untuk halang pasrah
harap jelaga melembab langit dari mentari yang mengukus kepala
usik kuis jolok kata-kata belum sakti susun tembok letak paksi
kalau haus di hujung tanjung simbahkan tuak di telaga tekak...

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...