Friday, November 18, 2011

duduk yang bukan bertinggung...

ni aku dah masuk seminggu bertongkat balik (sakit kaki lama datang balik) bak kata kutu tepi jalan "berkaki tiga ke der", namun atas kesedaran fesyen yang tinggi aku lakukan seberapa boleh agar imej bertongkat nampak selari dengan gambar-gambar di majalah fesyen dari New York, boleh lah nampak ala Pimp atau pun pakcik tua nak jalan petang ke Central Park

sebagai warga kota metropolitan aku mana bawak kenderaan sendiri mesti kena naik public transpot baru lah urban, disinilah rintangan sebagai jejaka bertongkat semakin tinggi bila aku nak ke pejabat di pagi hari, aku terpaksa berdiri di dalam LRT sepanjang perjalan ku ke tempat kerja, tak sapa pun nak bagi duduk kat aku, ternyata infratruktur kelas dunia pertama ini di penuhi dengan manusia berfikiran kelas dunia ketiga, kebanyakan nya lelaki yang berebut nak tempat duduk, yang sihat tubuh badan ada yang macam badan Chef Riz anak Chef Wan yang pernah kerja dengan Mario Batali, semua buat muka space-out, berpaling ke tempat lain dengan harapan ada orang lain bagi aku duduk..."woii sakit ni berdiri" aku jerit dalam hati,

so aku nak bagi proposal pada Kementerian Kemasyarakatan/DBKL agar mengubah perangai penumpang kenderaan awam di Kuala Lumpur, kena bikin kempen khas untuk waga kota,

ini adalah antara etika dan undang-undang tak bertulis yang perlu di terapkan pada semua warga kota (kena panggil Siti Nurhaliza atau pun Adibah Noor nyanyi lagi tema ni)

* Kaum lelaki tak boleh duduk di bangku dalam kenderaan awan kecuali memang ada tempat kosong, pakcik tuan, sakit bertongkat, kurang upaya atau pun terlalu penat yakni seperti beru lepas menoreh getah atau pun baru lepas memotong padi (alasan berbentuk agama seperti "kami kaum yang di lantik sebagai khalifah di bumi allah ini perlu di hormati" tidak akan diterima, baca balik kitab-kitab yang korang simpan bersusun atak rak tu)

* Sila perlahan kan deringan telefon bimbit anda jika menaiki kenderaan awam, kerana bunyi lagu tekno kuda atau pun gorengan gitar rock leleh 80'an serta bunyi lazer juga bunyi burung jatuh melanggar susunan bata dari game iPad korang tu akan menganggu ketenangan otak semua penumpang yang sedang bersiap sedia ke tempat kerja

dah ini dua saja aku nak tekankan buat masa ni,

wasallam

dari yang marah dan sakit namun tetap bergaya.

tembus dari otak

hari ini aku berdoa lagi agar dan harap perkataan "Nukilan" dan "Terpanggil" tidak wujud di dunia perbahasaan melayu nusantara...eeeiii geli

Wednesday, October 12, 2011

blog baru

blog baru aku untuk pengkisahan akan imej-imej yang di tangkap di reruang bising dan berbunyi

Monday, August 08, 2011

param param ram...

Pasar Ramadhan datang lagi, maka bermulalah rentak membuka payung membakar arang, menjamu mata mengurut nafsu, meriah berwarna warni macam pasar malam tapi hari-hari, kalau jurufoto dari luar datang lapan giga punya CF kad pun tak cukup nak capture moment-moment tersebut, tah lah enak ke tidak, juadah-juadah tersebut, masuk tahun ni aku dah lima tahun aku jadi vegetarian sepenuh masa, so tak taulah sedap ke tidak,

yang melayu menjamah mata dengan kung-fu tunjuk-tunjuk, yang cina jam 4.30 petang dah beratur membeli, suka sungguh mereka, semangat 1Malaysia nampaknya, nasib baik puasa sebulan saja kalau tidak peratusan yang obes dari keturunan cina pasti meningkat,

Pasar Ramahdan aka Param nampak nya dah jadi satu kewajipan macam dulu-dulu mesti ada rancangan Rumah Kedai tak kala puasa bermula, namun aku jarang kesana, atas dasar apa aku nak membeli juadah yang 95% aku tak makan (hari-hari layan seri muka jenuh jugak), nak buat macam mana pasar ramadhan melayu tak vegetarian friendly, jadi aku lebih ke leboh Ampang dan jalan Silang dimana banyak juadah India dan Bangladesh yang 95% pulak dalam bentuk vegetarian punya la tenang aku melayan Chola, Jalebi atau pun Aloo Bhaji,

tapi yang aku harapkan bukan lah kesedapan melampau dari mana-man Pasar Ramadan cuma tolong lah abang-abang, kakak-kakak peniaga setahun sekali jaga lah kebersihan jangan lah main simbahkan saja air cendol yang tak habis tu di tepi padang dan gadis-gadis manis yang kelaparan membeli juadah janganlah hidangkan paha dan dan betis gebu pada mata abang-abang yang kelaparan nafsu jiwa (sambil dokong anak)

di citakan juga agar Param ini akan jadi tarikan pelancong asing di masa hadapan, boleh lah Malaysia menjana ekonomi sendiri

sekian wasallam, selamat berbuka


Wednesday, July 13, 2011

antara Bersih dan irama...

Puluhan tahun yang lampau kalau ada kenduri di depan Madrasah Al-Tahzib bapak aku akan beli sekor ayam dari pasar lalu di ikat dengan benang tebal dan di hantar ke tukang masak kenduri tersebut "macam ni nama nya ayam tumpang celup" kata bapak pada ku, makna nya kita tumpangkan ayam tersebut dalam periuk kenduri untuk di makan sekeluarga tapi bayar lah sikit duit rempah dan apa patut, memang sedap sebab masak dalam periuk besar, itulah perasaan aku pada himpunan Bersih, banyak agenda tumpang celup sebab out-put dia pasti besar dan sedap untuk kumpulan tertentu saja, kalau nak tuntut yang 8 permintaan tu aku ok saja, kalau nak turun ke jalan pun tak masalah dengan benda tu, namum pasal ada ayam tumpang celup tu yang aku malas nak ambil tahu, rasa kena tipu,

itu semua pun tak penting, hak masing-masing aku hormat apa perasaan korang, tapi bila aku duk layan YouTube berkenaan Bersih aku terperasan akan satu perkara, orang Malaysia (melayu khusus nya, sebab peratusan yang tinggi menghadiri perhimpunan tersebut) tak ada rhythm yakni rentak, terdengar diorang menjerit akan laungan "Kuasa Rakyat" dan beberapa war cry, berterabur tak ikut rentak sedih betul, memang out dan ke laut, kalau kita tengok demontrasi jalan di India, Indonesia atau Afrika, mereka menyanyi dengan rentak yang sama yang sekata, hentak kaki berderap ikut irama kerana ianya telah tertanam dalam di hati telah di semai dari kecil lagi, contohnya sahabat-sahabat dari seberang, biar apa pun genre musik kesukaan mereka namun bila irama Dangdut terpasang kaki dan tangan akan menari mengikut rentak yang ada,

lalu aku sedar kita orang melayu makin melupai joget dan apa-apa perlakuan yang melibatkan rentak dan irama. orang melayu terlalu mengejar hidup senang, mahu post gambar duit berkepuk-kepuk dalam facebook mahu ambil gambar di tepi kereta baru dan juga buang adat kerana menyelak-cari kesenangan di syurga, dah tak banyak kenduri kahwin ada joget lambak kalau ada pun pasti di pandang sinis oleh masyarakat, lagu irama melayu tidak di perjuangkan cukup sekadar tertengok kalau ada orang belanja makan di Saloma Bistro atau Restoren Seri Melayu, Dikir Barat lah yang paling best sebab kena kekang di negeri asalnya (aku rasa orang Kelantan antara orang melayu yang kuat rentak dan irama di hatinya) Dabus yang megah berbesi pun dah sayup membawa ke ghuyup...alahai

rentak bergendang perlu ada untuk penyatuan umat melayu khusus nya, sedangkan bangsa berseban dan berjubah juga punya irama dan genderang untuk berpesta mahu pun ke medan perang, sesuatu perlu di buat untuk kekosongan ini, perkara ini mungkin tidak menjadi masalah bagi golongan seni dan kreatif namun untuk keseluruhan ianya perlu di ambil kira, baru lah sedap dan tergentar sikit pihak berkuasa bila berdepan dengan pen"demonstrasi " jalanan di Malaysia

sekian harap maklum

Tuesday, July 12, 2011

berhalangan

sudah dan lama betul nak menulis, bertimpa batu-bata menutup jalan ayat-ayat keluar dari otak, aku banyak menerima dari mengeluarkan kan isi kandung kepala, banyak dah tulis simpan "save" dalam PC, banyak dah nak kata tapi tercicir waktu nak kejar berbaris membeli nasik santapan tengah-hari,


...hai tengoklah nanti aku update lagi

Tuesday, April 12, 2011

darah di tempat tinggi

phowwww, phowwww

lama tak menulis panjang, ini semua kerana malas nak baca blog malas nak menulis blog sebab dalam otak ada blok, yang baca blog aku pun tak ramai...nasib baik kalau tak dah tentu aku padam mukasurat ni, sekarang dah ok sket kerja masih banyak macam biasa tapi pejabat dah berubah tempat ke bangunan lain, tak jauh dari "pekan" Bangsar, segoreng tempeh lah jauh nya, so sekarang kalau aku menulis boleh lah jeling-jeling pekan Bangsar dari tingkat 19 ni untuk inspirasi konon nya...

perjalanan ke opis makin jauh tapi makin mudah naik dua rail, hujan tak basah perjalan berbumbung, tapi hati tak tenteram, makin banyak gadis-gadisan yang berkecantikan di sana sini...

aku tak boleh tulis bebanyak sebab dah lama tak menulis, nanti termuntah pulak otak aku ni, tunggu di lain hari aku sambung lagi, ni baru nak panas injin...



tingkap opis aku

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...