Tuesday, May 18, 2010

dua kali pukul, dua kali mati...part II

aku sebenarnya awal seminggu dah resah, libang-libu kata orang perak, nak pergi ke tidak, sakit hati di padang bersebelahan tempoh hari tak abis lagi, aku tanya dua-tiga member semua tak nak pergi, aku jadi jejaka keliru chiss, adik aku bagi tau dia dan bebudak kampung aku turun satu bas yang di sewa khas 24 rockers swasta chisss lagi...

lagi dua tiga hari nak sampai date tu aku nyaris amik keputusan tak nak pergi, tapi si Alif cakap dia dah ada tiket so aku rasa ok lah, aku pergi, aku tetapkan hati, aku nak pergi sebagai rockers tak ada camera tak bawak beg, cukup dengan bandana ori beli dari Zolo dan Blackberry untuk amik gambar, hajat di hati nak pakai seluar Kakachi tapi tak kesampaian (kalau ada pun tentu jenuh nak sarung guna plastik bag ikat kat kaki), amik dua tiga jam jugak aku temenung depan almari nak pilih t-shirt penyudahnya aku pilih baju Infectious Maggots Cookie Monster,

jam 6ptg aku dah on the way ke sana, macam biasa parking dah penuh sampai ke depan, kami park agak jauh sebab tertipu dengan budak jaga parking tu yang bilang "alah bang, belakang bumbung merah tu jer" lima belas kali aku cerita pasal nak pelempang budak tu sewaktu perjalanan kaki yang mengambil masa 20 minit,

sampai depan pintu orang dah penuh, "harap orang jer ramai tapi kalau sound hancus, bongok juga" bentak hati ku, jalan depan sikit aku jumpa Robyn dan Mat Mega oh ni orang-orang terrer dalam show, bersinarlah sikit harapan aku, kat luar dewan penuh dengan warung makanan macam di pasar tani aku rasa, brader-brader opis dan belia yang nak rasa rock depa pakai Ed Hardy yang tu aku tak faham, mungkin depa rasa Ed Hardy tu reperesent rock attitude kut, ramai gak aku jumpa kengkawan tapi semua lepak VIP tak pun kat back stage gurau-gurau dengan bandboys, aku cakap kat diorang "aku tak kira aku nak jadi rockers biasa hari ni, kalau kena belantan dengan FRU macam dulu-dulu pun aku tak kesah" depa senyum nipis bak kata Pipi,

time aku masuk dewan dah separuh penuh jam baru 7.30pm weh, nak kena tunggu lagi sejam setengah nih, aku tak kesah, tapi sementara tunggu ada juga aku cuba nak panjat and suruh Isma Halil tu diam, jenuh dengaq dia beletiaq, time dah dekat nak meletup, lagi kuat dia membebel (sorry Isma hehe)

tepat 8.45 kain gebar warna hitam runtuh depan mata, stage dah terbuka ada 10 orang mat rock (+ keyboard) yang di usia senja berdiri atas stage siap dengan bunyi-bunyi bising dari kapak-kapak mereka, aku rasa ini vibe yang baguss, lampu menyala terang menyuluh, aku separuh buta sementara, kedengaran "plucking" lagu Gemuruh melimpah dari speaker, crowd jadi gila, satu stadium sing-along (di khabarkan ada lebih 17,000 orang malam tu), rasa nak tercabut bumbung stadium, aku happy sound ok dan aku rasa cukup terhibur bila Wings banyak bawak lagu rare diorang aku rasa malam tu Wings yang punya, aku bagi keputusan Awie dan kawan-kawan dia menang 5-3 dengan lebihan dua gol dan mata tambahan bila dua-dua band bawak medley lagu kangkang syahdu meleleh, agak nya kalau time tu Awie dan Amy tak payah nyanyi pun takpa dah jadi sessi karoke yang paling hebat, lenjun dengan peluh dan rasa nak bukak baju tapi banyak pulak gadis-gadis dalam himpitan manusia malam tu, malu I,

Nota tambahan (updated 19052010):

time lagu Misteri Mimpi Syakilla, ngam-ngam waktu lirik "...ku berjalan di dalam hujan" aku nampak se"tebar"an air dari cooling hose jatuh atas kami, basah kuyup dramatik seh, rupanya si Zan ni yang punya kerja, dia jadi bomba malam tu.

thanks to kawan lama aku Eddie Video yang organise show malam tu, thanks to Double Trouble yang mengingat kan aku apa rasanya erti menjadi seorang rockers yang bersesak di dalam concert...

aku balik berjalan kaki ke tempat parking dengan masih menyimpan niat nak pelempang mamat yang jaga parking tu :)

gambar amik dengan Blackberry tak semenggah sungguh

2 comments:

zan said...

Thanks kerana masih sudi menyokong konsert rock Malaysia dari Sayap-Sayap Wings..hehehe

the artist and i said...

lama mengilang aih

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...