Wednesday, June 02, 2010

kisah benar akan cinta...

di suatu senja di antara laluan dari Dayabumi ke LRT Central Market, aku lihat akan dua susuk manusia jalan berhimpit-himpitan, "wah pasangan serindit" kata hati ku, "tak agak-agak waktu nak magrib" bentak hati ku lagi,


makin dekat baru aku perasan mereka buka bercinta tapi heret-mengheret, si lelaki dengan kasarnya menggengam dan memulas tangan si gadis sambil menghambur kata-kata kasar "aku cakap mintak, bagilah...perempuan bodoooh" jerit lelaki tersebut, si gadis lemah melawan "tak boleh Yang, ini saja yang baby ada" kurang begitu lah kedengarannya, mereka berlalu di sisian aku tanpa menghirau kan aku yang gagah tapi penat ini,

aku di himpit delema, jadi jejaka keliru, nak tolong ke tidak, ini perkara domestik tapi domestic violence nih, kena ada public rescue, selang tiga meter aku dengar satu bunyi pelempang, aku toleh ke belakang ada lagi satu pelempang hinggap di muka si gadis berserta caci-maki dari "jantan tak guna tuh", aku rasa mahu bertindak namun tersekat bila ada satu brader Pos menjerkah dari tangga Pejabat Pos Besar, "ko ni pondan ke hape hah? pukul perempuan!" si lelaki menepik balas "encik jangan nak sibuk ini hal saya" maka berlaku lontaran suara dari kedua-dua belah pihak dan si gadis cuba menyorok di belakang brader Pos yang kepak rusuknya ala-ala Awie Wings,

keadaan semakin tengang dan si lelaki sudah tak tahan lalu melemparkan satu tumbukan dan karate slash ke muka brader Pos, namun di elak dan "dupp!!" satu tumbukan di perut oleh brader Pos tepat mengena sasaran di susuli dengan satu siku-siku mencari urat belikat (smack down) mengebabkan si lelaki tersujud di jalan tar, secara spontan tapi kurang bijaksana si gadis dengan refleknya menyerang brader Pos dengan handbagnya dan melolong histeria "jangan pukul diaaa, kurang hajar punya oranggg, babiii"

brader Pos jadi keliru dan tergamam, di tunjalnya kepala gadis tersebut dan berlalu sambil mencarut ala-ala bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa, si gadis terus menerpa si lelaki dan memeluk erat seraya bertanya "Yang, u tak apa-apa?"

aku yang jadi pemerhati dari tadi jadi bingung dan bertambah lapar, ku bawa diri ku yang kelaparan ke Kader jalan Ampang

sambil minum aku buat satu konklusi: Dengan cinta manusia boleh dianggap hilang pertimbangan akal di mata masyarakat majmuk hehehe

5 comments:

Anonymous said...

heh....penat je turun tangga


~dzaza

Unknown said...

setia betul gadis tu.. siksa!!

http://bobp101.blogspot.com/2010/04/siksa-jadi-setia-nih.html

~~DucKneSs~~ said...

macam situasi dalam cite Trainmen..huwahhh..




tapi, malangnya, cinta itu buta kan?aku harap aku tak buta bila bercinta nanti..aminn

Tipu Tapi Benar (TTB) said...

Ada rakan kepada rakan sekerja yang kadang kala matanya lebam bekas ditumbuk, tangannya bengkak akibat dipulas, belakangnya lebam akibat dihentak, namun setiap 2 tahun tetap akan ada kelahiran anak baru (sudah 10 tahun berkahwin).

Betullah kata seorang makcik sebelah emak saya : "Masa bercinta, kentut pun wangi, bila dah kawin, silap cakap pun kena penendang!"

inafarhana said...

cinta buta..buta hati buta perasaan

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...