dah lama simpan dendam, simpan perasaan, aku letak tekad nak buat jugak tapi tak pernah ada peluang dan reruang masa, dua minggu lepas aku terlepas peluang itu kerana ada kerja di Sunway dan petang itu juga aku dapat berita tak gembira, dindingnya akan dirobohkan pada malam itu, aku jadi geram terlolos peluang yang tak akan kembali, aku jadi putus asa, bak kata anak muda sekarang rasa down...
Ahad lepas aku bangun pagi, kemas beg, bawa dua lens, amik cab terus ke jalan Pudu, pintu gerbang dah di kunci rapat, tiada ruang untuk lolos, aku kecewa, rasa macam nak isap rokok, tapi ternampak satu pintu belakang untuk lori-lori hantu keluar masuk hantar pasir dan tanah, buat satu temu-duga dengan mamat kontrek, hulur seketul dua, aku di biarkan masuk dengan sedikit ganguan dari mat bangla yang setia dengan boss nya,
ok I lied, aku masuk dengan empat orang teman ku, semuanya tukang amik gambar (but the bribery and the security problem was true), kami masuk dengan debaran, suasana yang suram semuanya jadi B&W so aku tukar mode camera ke Monochrome,
sampai di sama kami berpecah, aku merasakan mixed feeling, beserta dengan segenggam perasaan eery, cuacanya berbeza dari luaran, aku merasakan melangkah ke suatu alam berbeza, satu pembekuan masa, satu perasaan sedih yang pedih tiap kali aku masuk ke cell yang penuh dengan seribu cerita, tak banyak yang aku mahu perkatakan disini, hanya sekarang aku ada 500 keping imejan digital yang perlu aku edit kan, di bawah ini aku letak beberapa keping imejan untuk tatapan anda semua,
aku takrif kan akan 70% perasaan di sepanjang proses pemotretan adalah kesunyian yang merundung, pemanggilan awan memendung...aku terkenangkan beberapa rakan yang pernah menginap disini...
yang teroboh itu adalah bilik gantung asal
"malam yang panjang"
"aku mahu pulang" sering menjadi irama disini
jejaring melarik hati yang perit
cahaya sahaja yang mampu menembusi pepalang ini
the legendary Blok D
5 comments:
teringat zaman jalan kaki dari loke yew ke pudu, kadang-kadang lalu sebelah bangunan ni. Zaman badan slim macam papan lapis.
mural paling panjang.
rasa sedih bila dgr berita ia akan dirobohkan..tp hati jadi lega sedikit bila dikabarkan yang pintu gerbang dan dua mural disisinya akan dikekalkan..
post la lagi pic..menarik nih..
Huhu... sampai hari ni tak pernah masuk dalam tu... ade gak teringin buat lawatan tapi tak pernah jadik.. so thanks for the pics... teringat zaman skolah jalan kaki tepi tempat nie nak gi melepak kat sungai wang...
priceless...
nice pic laa bro
Post a Comment