Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2006

si pe"rempit" muda

Workin’ Trip : Terengganu (Kemaman)
Originally uploaded by MagnusCaleb.
Semalam aku baru pulang dari Dungun dan Kuala Kemaman atas urusan rasmi pejabat…adalah menjadi suatu kemestian untuk singgah ke kedai Kak Ani di Kuale Kemamang untuk beli kepok lekor dan kapok keping beliau yang amat digemari ramai itu…sedang rakan-rakan ku membelek kepok-kepot tersebut aku mengambil keputusan lari dari bau ikan dan menghela nafas segar di luar gerai Kak Ani…

lalu berkayuhlah seorang anak tempatan yang baru pulang dari sekolah agama…berkain selempang dan bersongkok hitam yang tertolak kebelakang (imejan seorang budak nakal)...namun pelekat di basikalnya membuatkan aku hampir menangis dan juga nyaris-nyaris ketawa bergulingan…ahhh…satu perasaan yang bercampur aduk…

aku panggil dia dan ingin megambil gambarnya namun dia mengeleng kepala seraya berkata “bak pe abang nok puko gambo kite?” dan aku berkata dengan tersengih "sikal mu molek sesangat…” dia tetap menolak dan berlalu sambil berkata…”tak emb…