Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2009

tanggal tiga puloh satu...

bangun pagi seawalnya, mak aku pasti kejutkan aku, walaupun hari cuti, bukan apa nak tengok orang berbaris-baris dan perhimpunan "raksaksa" (aku tunggu jugak gorgon ke goliath ke, tak dak pun), itulah ingatan aku pada Hari Kemerdekaan, sejak dari zaman tadika lagi,

bila dah besar sikit baru faham erti merdeka sebab nenek aku selalu bercerita akan susah nya nak merdeka, bila tumbesaran aku makin menambah makin banyak lah persoalan yang datang masuk, bila dah kenal buku-buku luar yang kekadang aku salah interpret macam-macam soalan aku tanya pada diri aku sendiri, namun semangat Merdeka aku tak pernah luntur tapi ada sisipan yang penuh persoalan akan apa maksud hidup bernegara, hidup di tanah yang bersempadan, aku masih boleh tersebak bila nyanyi lagu kebangsaan, masih meremang bulu roma aku bila tengok gambar lama pejuang dulu-dulu, cuba mengerti kehidupan mereka,

setiap orang ada pengertian masing-masing, mungkin hidup mereka tidak sesenang zaman kecil ku dan aku tidak semewah…

libang-libu...

bagai mana harus aku lepas kan ini dari gengaman tangan ku
satu jawapan yang aku warisi sebentar tadi, panas dan ada getar
perenggan kata-kata yang harus aku unjurkan pada seseorang
yang awalan ayatnya bagai pedang-pedang yang rapuh hulunyasesuatu yang mengembirakan namun berselimutkan kehitaman
keraian buat semua tapi bukan untuk dia...
bakal lah engkau maafkan aku kawan

breath in breath out...

42 dah ke 38...earrrghhh sikit jer lagik :)


ribut mini petang jumaat

tolong lah sesapa mula kan mass budaya silent kan atau perlahankan nada dering HandPhone di dalam pengangkutan awam, aku dah buat lama tapi tak ada kawan, tambah-tambah sekarang dengan ringtone yang mencabar minda,

bayangkan kakak-kakak atau bebudak indie darjah enam berbalas sms dalam train yang ringtonenya pada tahap maksimum tak pun handphone dengan nada dering mp3 tak cukup setengah kilobyte menjerit dalam beg dan mengambil masa setengah minit untuk menjawabnya...bak kata Tompel dalam nasib do re mi "...bongok"

ingin sekali nak tengok signboard depan LRT:

"SILA PERLAHANKAN NADA DERING TELEFON BIMBIT ANDA"

hujan pagi

hari ini, Star LRT, Masjid Jamek, 8am, hujan

aku sedang melangkah ada Jawbreaker sedang bernyanyi di telingaku, aku terhenti pegun, ada gadis di platform bertentangan, rambut melepasi telinga yang ada earphone terletak, ber t-shirt longsleve oren, straight-cut jeans, bersepatu converse putih lusuh dan pecah, ada rerintik hujan turun diantara kami, dia tersedar aku memandangnya...uhhh...nasib baik aku pakai mask

muka-muka surat

tadi malam aku dengan payung belang-belang pelangi masuk ke barber regular aku, nak cukur misai, dah naik lemaih dengan misai Tom Selek tak jadi ni, mencucuk hidung, aku juga minta dia trim janggut terus bukan apa sesekali nak bermanja dengan mamak, boleh dia antar duit lebih sikit kat bini dia di Chennai sana, di iringi laguan dari S.P. Balasubramaniam aku hanyut dengan pisau cukur yang bagai mengurut muka, siap tertidur dan...

aku perlu tidur awal hari ni sebab semalam dah lepak dan berborak di kedai abang Jay dengan Zira si tokan buku dari time buka puasa sampai jam 2 pagi, tujuh jam bercerita, kalau bina tapak rumah haram dah boleh ikat batu-bata buat dinding, tapi time tu juga lah hujan turun macam shower tap kat Hotel Mandarin Oriental laju dan bercurtain...
yeah Zira, gadis manis kawan baru aku yang amat menarik dan mempersonakan perwatakan nya, dia buat aku terjumpa/terjawab banyak daerah persoalan yang tak pernah aku pikir kan, a good seven hours of words and laughs, it's…

lari jarak dekat

this cant be true, tapi aku kena hadapi jugak, kata kawan aku rahim, aku kena makan lotsa carrots, dekat berpuluh tahun aku hidup tak pernah pakai cermin mata, lagipun time pengakap dulu pun aku rajin buat jugak eye exercise ala-la BP, mungkin ini faktor usia, haihhhh leceh ni, dalam jarak 7 inci aku dah tak bleh baca, sudah kena rabun dekat, baru sekarang aku faham perasaan perabun-perabun semua tu,

arwah onyang aku pesan baca sepotong ayat quran sehari sekurang-kurangnya boleh bikin mata clear dan seingat aku dia memang tak rabun sampai nafas terakhir dia (98 tahun), tapi aku curik-curik baca hikayat Inderaputera dari seumur 4 kaki setengah (memang mak aku larang baca buku-buku cam tu, dia takut aku sesat, aku tak sesat tapi hanyut) dan curik-curik ponteng mengaji,

so sekarang kena makan carrot lebih, tunggu dalam seminggu dua, kalau tak boleh jugak kenalah aku ke kedai carik frame Victor and Rolf hehe

(harap-harap Najib bagi bonus untuk raya nih )



ini lah imej yang di lihat oleh penuli…

kanta serigala

money purse dari jepun


surat-surat yang berselerak


gambar mamat comel mana tah


buku


pencil case aku dari jepun


buku nota


taggin'


pensel juga dari jepun


money purse yang tadi


my current readin' the piano teacher


Semalam nak "punch-out" awal ada delegate dari World Bank jumpa boss aku so kena tunggu depa abis baru bleh blah,

aku lepak kat tempat kecil aku berkerja dan bermain-main dengan Macro setting pada Canon G10 aku, (aku memang gila stationary lebih-lebih lagi dari jepun, kalau tension aku akan lari ke kedai stationary untuk hilangkan tekanan)

lepas tu aku teman member-member aku berbuka di Old China CM, nampak sedap makanan mereka :)

sound check

gambar terpaksa di grayscale kan
tak tahan tengok "make-up" diorang:)

ada konsert Search di kampung aku, kat tapak sekolah tinggi, sebelah masjid, stage betul-betul kat tepi parit sebaris dengan rumah Din Terangkat, tapi speaker diorang mak aii besaq nya sama tinggi dengan menara masjid betul-betul tepi kedai Pak Wan Pelembang, tentu ramai bikin pasar malam kilat malam ni Pak Lang Usup tentu-tentu jual nasik ayam tomato, Mat Kona jual laksa, Udin Banjaq tebaq murtabak, sapa la anjur konsert ni di bulan puasa, tak hormat langsung ni mesti geng pemuda UMNO ni

show nak start aku gelisah kenapa aku mesti tengok konsert ni kan aku dah janji tak mau layan Search lagi, diaorang masih belum mintak maaf dengan aku lagi,

amy dah keluar dan start menjerit orang kampung dah mula enjois, gulung kain tinggi sikit, tak nampak pulak orang bikin protes sejak bila orang kampung aku ni liberal? kawasan Pas nih,

show dah mula macam biasa sound sebu, hampeh, aku nampak Amy lari ke depan stage dan tur…

garis selingkar III

gambar dari Justhungry

petang ni aku nak masak (so blog aku ni bunyi macam blend sikit la dengan orang melayu yang sedang berpuasa) tapi kena ke OU dululah beli sayur-sayuran

ni resepinya cik abang - cik kak sekalian:

beras india (parboil) + teh hijau + jagung + kacang dal (rendam semalaman) + ubi kentang + lobak merah + kacang tanah + kismis+ lada sulah + cili kering goreng + bahan perasa (gula/garam) = letak air banyak-banyak rebus sampai lebik atau tunggu sampai "nasik dah jadi bubur"

amat lah vegan sekali makan ini biarpun mengandungi kadar yin(gula dan garam) yang melebihi tahap pemeditasi, tapi aduhhhh enak

kalau orang tanya aku cakap ni lah bubur Zen (Chagayu) macam temple kat Kyoto tuh

ah sudah, selamat beramal :)

cermin mata di bilik mandi

aku lama tak berenang, biar berbadan besar tapi sebagai budak kampung yang duduk tepi parit kalau tak berenang pasti kena keji sampai tingkatan lima bezanya aku berenang tak laju macam budak lain, setakat nak float tu kacang ja (tapi aku mudah cramp, kurang garam kata atuk aku)

dulu aku selalu berenang kat apartment member aku sambil cuci mata tengok gadis-gadis dari tanah besar china bermandi-manda, tak pun bayar rm2 dan ke kolam renang bandar raya kat cheras tapi kat situ bosan ramai nak jadi michael phelps dan kena pakai swimming trunk "hang pa gila pa ka?"

so semalam aku just tengok movie ada orang berenang dalam laut, cukup lah tu, biaq pi lah google jenama Speedo tu tergantung kat bilik ayaq

cahaya cerah di tingkap

ahad, 23/08/09, 1.30pm

aku baru pulang dari Leboh Ampang, melepas geram dengan Holga yang berpelurukan medium format 120, sambil membeli barang dapur untuk di masak (mana nak cari beras rebus timbang kati kalau tak di situ)

panas rasa macam nak tido siesta tapi aku sedikit bosan dengan tidur, aku tenung tingkap dan tersenyum pada bekas pensel, semalam maranthon filem-filem Italy, hari ni aku nak layan filem-filem perancis...yeah bancuh milo :)

perbandingan...

Kuala Lumpur kota keriangan kata orang,
hah hujan tak sekata, jem bagai baling buah dadu, panas setara Kalahari di waktu suboh, sampah tak di kitar, penagih dadahnya tak kreatif, pendatang tanpa izin dah tak perlu keizinan, gadis-gadisnya masih cantik, makcik-makcik nya masih berminat nak mengumpat, "abang dahaga" masih menyikat misai-misai mereka yang lebat, melayu, cina dan india masih berjalan tersenyum dan menjeling...
apa yang tak kena?
dengan apa aku cuba banding kan Engkau?
kenapa?
emmm...tak perlu rasanya :)

garis selingkar II

LRT ku sesak pagi ni, ada kakak-kakak yang baca novel yang cover tak cantik sungguh, ada uncle yang tersenyum dengar radio dari HPnya, ada gadis-gadis cilik beruniform sekolah Indonesia, ada wanita berkebaya cantik bermuka masam, ada abang Mie yang cuba-cuba bersembang dangan aku dari jauh, ada macam-macam manusia yang bertujuan hendak ke tempat perkerjaan mereka, yang tak ada adalah amoi yang pakai kasut converse lusuh yang tali kasut nya berbeza warnanya emmm

burung merak yang sudah tiada lagi

Mas Willibrordus Surendra Broto Rendra sudah lupus, Rendra sudah mati, tubuh nya sudah tiada lagi nyawa, sudah hilang segala upaya menjadi manusia, raga sudah tak terkandung jiwa...Rendra sudah tiada, Rendra sudah tiada

aku tak sepatut nya bersedih kerana kematian perlu di raikan kerana kematian adalah sebahagian dari kehidupan, namun aku takut akan rindu ku padanya akan mengetarkan seluruh rahsia nyawa ku, akan menumpahkan sungai-sungai di pinggir mata ku, membuat ku merenung bumi mengenang kata-kata saktinya...

tidurlah Mas Rendra tidur setenangnya, belayarlah Pak Willi di lautan cahaya yang cemerlang, terbanglah Sang Burung Merak selamanya, kami pasti dan berjanji akan merinduimu...

7 November 1935 – 6 Ogos 2009


gambar di ambil dari blog Taufan Hidayat

garisan selingkar...

aku...
cuba belajar erti enak
mencari maksud deria di lidah ku
menyusur kemulusan cinta berserat
yang akhirnya membawa ku reruang kosong dan kehampaan
yang katanya di sebalik reruang tersebut ada jawapan sebenarnya
jauh lagi perjalanan ini, perlu berpijak tanpa jejak
perlu meredah tanpa peta, bernafas tanpa udara...

apa jawapan atau perjalanan yang ku cari...

Konsert Search Di Awan Biru di Bukit Kiara yang gagal dan tak berbaloi langsung...

Search, mana ada lagi band rock tempatan yang mampu buat konsert yang berskala begini besar stage dan penontonnya tapi sayang gagal di Ibu Negara sendiri...

Walau apa pun alasan/elakan mereka, gua tak boleh terima, lu orang bukan New Boys atau Hujan panas, lu orang dah 28 tahun jadi rockstar, kejadian di Bukit Kiara sabtu lepas membuatkan gua delete semua lagu korang dalam iPod gua, tak professional langsung dan tak rock beb, It’s all about the sounds and the attitude beb, gua tak sing along even dalam hati,

Dari penglihatan gua malam tu:

-Venue dah bagus susun atur stage pun boleh diberi A+ (tiket mahal dan murah pun ok)

Dan mereka…

datang lambat (kata budget besar, bikin lah "holding room" kat area berdekatan, jangan salah kan orang parking kereta, tu semua dah patut di ambil kira dalam acara, event manager tak pernah buat show ke?) dan untuk yang dikatakan konsert penutup dalam karier mereka segala dosa-dosa ini besar tak boleh berlaku :

1. Power failure (iuhhhh promoter/tec…