Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2009

oh kuala lumpur...part III

Kali pertama aku melihat Brickfield adalah pada penghujung tahun 1992, jam 7 petang aku dan driver tempat aku berkerja bang Said (bukan nama sebenar) mahu minun kopi setelah menghantar sebeban surat yang urgent serata KL, dah macam-macam cerita aku dengar pasal tempat ni, ngeri pun ada, tiba-tiba bang Said menjerit kecil "hah, tu la Nora ayam regular aku , jom pi kena seround aku belanja, mama-san tu tu kawan aku, ko pilih mana ko suka" aku yang ketika itu berumur 20 tahun 5 bulan jadi kecut perut, darah tinggal secawan, "mana boleh bang kita kena balik opis ni" aku mengelak, "mangkok lah ko ni, jom!" dia paksa lagi, akhirnya aku berjaya mengelak, aku cakap baik-baik dengan dia, penyudahnya aku kena tunggu dia kat gerai mamak ujung simpang jalan Thambipillay, sepanjang setengah jam sementara aku tunggu dia seribu satu persoalan menerjah ke otak ku, kalau aku try apa salah nya, kalau kantoi kena serbu dah tentu aku lari ke Indo jadi jaga hotel.

Brickfield …

all those small things...

cerita-cerita kecil di Kuala Lumpur

1.

Jam 3 pagi aku dan rakan-rakan sedang makan-makan di Restoren Ariff Pandan Indah, baru pulang dari siap-siapan wedding Azmir dan Erna yang lagi 7 jam mendatang, Encik Weng datang menjengah bikin drive by shooting maka bertambah lah waktu kami lepak di situ, handphone teman ku berbunyi masuk SMS, dia buka dan menjerit "phowwww!" dan berlari setempat "boleh tebalik meja nih" katanya sambil ketawa

kami baca SMS dari teman yang juga seorang pemberita parti pembangkang "aku naik teksi n rsa nk turun blik bila aku nmpk nama drver tu Asaallamualaikum bin Bachok, nama bachok tu buat aku nglupur dalam hati"

kami terus terbayang filem Toyol lakonan Sidek Hussain


2:

Aku dalam LRT on the way nak ke Bukit Jalil ada Rock The World 09, ada urusan membantu Kombat and The Kugiran D' Tepi Pantai, jam 2 petang aku dah berlari dari kenduri rumah Erna, di dalam train duduk dua orang gadis manis baru habis SPM fikirku, dengan fashion suban…

rinjis-rinjis menepis...

dua puluh enam haribulan dua belas kawan yang juga jiran aku kahwin, tahniah buat Erna Dyanty dan Azmir the Azu, semoga berbahagia hendaknya, hangpa punya wedding wardrobe (dari seberang) bikin Adlin punya wedding costume nampak sangat biasa...yeahhh tahniah lagi sekali dan maaf aku kena gerak cepat ari tu sebab show di Rock The World start jam 3 petang


dua pengapit import dari Jakarta dan Jepun


total jawa costume


menyambut laki ku datang


tahniah beb

panggung takziah...

10 Muharam 1431 Hijriah

Di bawah genang terik mentari, dengan bibir berhias dedebu dan pasir, mendakap pelana Dzuljanah dengan seribu kesakitan, mengalir sungai-sungai darah di luar ragamu, segalanya untuk satu tujuan muktamad


"...kematian adalah satu kepastian buat semua manusia, bagai seutas rantai di leher seorang perawan muda, aku terpesona dengan kesungguhan moyang-moyang ku Yaakub dan Yusof...wahai kamu semua, sesiapa yang mahu menumpahkan darah mereka atas perjuang kita, maka kamu sudah bersedia untuk menemui Allah, maka keluarlah kamu bersama-sama kami..." -Husayn ibn Ali ibn Abi Talib-

denai yang jauh...

selamat pagi Kuala Lumpur, 

di setiap pagi cuti am di hujung tahun secara automatisnya tangan aku akan langkah ke meja tulis, on my laptop, jangkau ke iTune click play pada Long December dari Counting Crows, walaupun Asia Tenggara tak ada salji dan canyon kering, hishh

"a long december and there's reason to believe, maybe this year will be better than the last"




radar warna perang dalam otak

aku ada dapat email yang menyatakan akan bahayanya penggunaan telefon bimbit secara extensive, boleh kena barah katanya tah lah betul ke tidak, dalam article tu ada sebut satu model phone Motorola yang paling selamat di pakai, mungkin ini propaganda Motorola, siapa tahu.

Setiap hari aku naik train ke tempat kerja dan kekadang aku akan jumpa seorang kakak ni yang sentiasa akan bergayut dengan handphone nya dan tak pernah aku terserempak dengan dia tanpa bercakap pada HPnya dari Ampang sampailah aku turun masih bergayut selalunya muka ada sikit masam tak pun tak da ekspressi, time balik pun sama pun bergayut, mungkin menceritakan atau mendengar masalah orang lain,

aku dah observe kakak ni dari tahun lepas lagi (sebab selalunya dia akan berdiri di tempat bersetentangan dengan area feveret aku), aku terus tuduh kakak tu tak bleh hidup tanpa HP coz time tak bercakap pun dia akan sentiasa gengam HPnya dan periksa sms setiap 30 saat walaupun takda bunyi nada terima sms, aku ada percaya yang a…

mengenang hari pertama retina mu kenal akan cahaya (buat Miss Weed)

Suatu hari yang berbulan-bulan-bulan lepas aku dan Fahmi FSF, menyusuri jalan besar Pandan Indah, tak silap aku kami nak pekena kopi dan berborak akan kehidupan, phowwww,

Tetiba si Fahmi berkata " eh tu Peah budak kampung aku" tunjuk Fahmi akan seorang wanita berjalan balik dari Fajar dengan lelaki berambut funky, "dia dengan laki dia tu, aku rasa hang pernah baca blog dia, yang tu lah I Dont Drink Milk" kata si Fahmi lagi, "ooo yang tu ka dia" aku kata.

Aku pun rasa macam pernah tengok dia mungkin makan atau menapau di kedai Jay LRT Corner, khabarnya sekarang pasangan ideal ini dah tak duduk di Pandan Indah lagi, walau bagaimanapun sekarang aku rasa aku pengunjung tetap blog Miss Weed, walau tak pernah berkenalan secara formalnya aku suka baca tulisan beliau yang bagus, jujur dan menceria kan hati.

Hari ini birthday dia, aku nak ucapkan selamat hari jadi buat cik puan Peah aka Miss Weed aka cikgu, semoga semua harapan dan impian anda menjadi kenyataan and…

budi berlumpur...

Petang semalam aku pulang dari pejabat, setelah menjamu nasi daun pisang di Kader, dengan perut sengkak aku menapak ke LRT Masjid Jamek, "ugh tak ramai orang sempoiii" kata hati ku.

Penantian tak lama LRT menghala Ampang datang dengan senyuman, aku masuk dan terus berdiri di kubikal feveret ku (ruang antara dua gerabak) sebab aku percaya lelaki sihat tubuh badan tak layak duduk di dalam LRT kecuali kalau  betul-betul ada kekosongan.
Aku pandang kearah para commuters yang duduk, ada empat orang lelaki Vietnam duduk dengan rupa mereka sangat buragas baru pulang dari kerja, muka masam mencuka mungkin masih kena kutuk akan kalah bola dengan rakan sekerja berbangsa Malaysia, ada pasangan kekasih berketawa kecil tanpa melepaskan tangan yang di genggam, cubit-cubit sandar-menyandar, ada remaja punk/gothic "darjah enam" duduk dengan gaya "ahh aku tak peduli", aku tersenyum sambil melayan Glasvegas di iPod ku.
Sampai di stesyen Hang Tuah aku lihat ramai orang dah ber…

duduk antara dua zazen...

Ketika rakyat Malaysia sedang hangat meraikan kemenangan pasukan bolasepak Malaysia di Laos, aku sedang bergegas meredah hujan ke arah auditorium DBKL untuk menyaksikan persembahan kebudayaan Min'yo dari negeri matahari terbit, dengan keadaan semi-basah aku tunggu teman-teman lain sampai di lobi, ada pak cik duduk dan bercakap sensorang, aku terus tuduh dia orang seni, sedang mengelamun ternampak aku kelibat saudara Fatullah Lukman teman lama, kami duduk sebentar di sofa empuk DBKL bertanya khabar.

Terima kasih buat saudara Ise dari Parkingproject yang mengadakan pass untuk kami, tepat jam 8.30 persembahan bermula, dengan introduksi pada dua orang penyanyi yang sangat hebat suara mereka, khabar nya mereka berlatih di tepi air terjun untuk mendapatkan suara yang kuat, mungkin aku boleh ke Kuala Woh atau Bukit Berapit, sebelum buat persembahan.

Di setiap pengenalan lagu oleh dua penyanyi ini di translate oleh seorang juru bahasa dari Jepun ke bahasa ingeris yang ada masanya aku pun ta…

satu emas untuk semua...

manusia, emas dan spera
Hebat sungguh benda yang berbentuk spera ini dari bentuk bumi, kueh bom, disco ball dan juga muka Cik Embun taukeh karipap semuanya bulat, agong nya hingga ada permainan bola sepak ini  sejak zaman kuno lagi di lakaran sejarah manusia pada setiap empat penjuru dunia.

Hebatnya hanya dengan satu emas untuk benda spera ini, rakyat Malaysia terlupa sebentar "sapa Daniel Bego ni?" yang pecahkan rekod kebangsaan dan juga SEA Game, tak perasan yang team Akuatik yang menyumbang 15 kalung emas untuk Malaysia, telupa akan lenggok pedang team Wushu kebangsaan yang sungguh mengkagumkan, menyegat sungguh sukan yang bikin taukeh mafla dan snow cap hidup mewah ini.
Untuk satu petang yang mendebarkan projek 1Malaysia dengan jujurnya berjaya di lihat di seluruh restoren mamak seluruh negara ini (skala penjulan teh tarik meningkat dengan mendadak) riuh di kawasan flat bagai senada, sungguh majmuk, even gym kat ofis aku dah bunyi macam di Vientiane.
Walau bagaimana pun aku …

gerbang baru...

"tiada kekayaan yang hebat dari kebijaksanaan, tiada kemiskinan yang lebih daif dari kejahilan, tiada warisan yang lebih agong dari kebudayaan dan tiada sokongan yang lebih kuat dari perundingan"

-Ali bin Abu-Talib-



Selamat Tahun Baru Hijrah 1431 Buat Semua Umat Islam Seluruh Dunia

tak ghrot tak ghrin...

"macam celaka"

aku tak marah, tapi aku sebut dengan kasih sayang macam lagu Sheila On 7, semalam jam 12.05am si dia telefon dari kejauhan dengan niat menjawab surat yang aku beri hampir seminggu lepas, laju sungguh patah-patah perkataannya, (kami terpaksa berinteraksi dalam english kerana bahasa malaysia dan indonesia mungkin serumpun namun kekadang makna nya berbeza, boleh bawak konklusi yang berbeza) tapi bayangkan seorang gadis berketurunan jawa campuran cina yang bercakap inggeris dalam accent indo yang pekat dengan kelajuan 100km sejam, hampir lima dari lapan perenggan yang si dia katakan aku tak faham, aku keliru dan hanya menitip kata-kata "yes dear" "...umm..." "I understand" aku tambah kelam dengan efek bunyi di talian bagai di dalam Gua Niah, penyudah nya aku yang tak dapat keputusan, aneh sungguh dunia teknologi ini, manusia sudah tak percaya pada kertas, tinta, sampul surat dan setem lagi

aku perlu buat panggilan jauh malam ini untuk …

pucuk cahaya sang matahari yang terbit pagi...

sesekali menukar alun akan irama yang memukul gegedang telinga ini, melihat akan lemah gemalai budaya jauh di seberang lautan, satu bangsa yang rendah tapi tinggi cita-citanya, malam ini Kuala Lumpur akan disulami dengan nada sang pelontar suara soprano purba dan getaran tali shamisen, malam ini aku akan melayan perasaan :)

Min'yo - Echoes of Japanese Folk Songs

Touring Project To South - East Asia by Japan Foundation

Date: 16-17/12/2009
Time: 8.30 pm
Vanue: DBKL Auditorium, KL
Admission: Free (Passes available at Japan Foundation, KL)

apakah itu Min'yo




gegalang emas...

aku kaki bangku, tak tahu makna curi ayam, wings yang aku tahu hanya lah band yang penyanyinya nama pak awie, fullback aku ingatkan beg penuh di belakang dan aku tak tahu yang bebudak Brasilia boleh menari samba sambil gelecek bola, aku haram tahu pasal bola, kerana aku percaya time final match jer bola ni best, abang RELA boleh tambah elaun, boleh jerit hilang suara, boleh conteng muka tak dak sapa marah, taukeh burger angkat untung lebih sket, air mineral dan jambu asam boi boleh lambak depan stadium dan brader jual mafla boleh senyum lebar, oh tak lupa mercun dan bahan bakar boleh ada jual di tepi tandas, aku faham bola takat tu jer,

namun aku berharap pasukan bola Malaysia berjaya membawa balik pingat emas dari Laos, hasil dari game esok hari so tak da lah lepas ni member aku tutup TV di kala team Malaysia beraksi , alasan nya takut TV rosak,

Kuala Lumpur akan bersama mu ole ole ole oleeeeee

oh kuala lumpur... part II

percubaan menulis semi-serius tentang Chow Kit

"you have to know the street if you wanna embrace the city" -teman buddhist ku dari Brooklyn-

sekarang dah nak masuk 2010, KL yang aku kenal kengkadang buat-buat tak kenal kat aku, dulu aku baca Mat Som karya Dato' Lat sebagai panduan penting hidup di kota ini, kini kitab penting itu aku simpan di rak buku bersebelahan dengan sajak-sajak Pablo Neruda, kalau korang kenal Kuala Lumpur di awal 90an aku percaya separuh dari survival skill yang korang ada dah tak valid untuk zaman sekarang, termasuk lah aku, skill ini perlu di update selalu, kadang kala masa dan kehidupan sering menjadi penghalang,

suatu pagi tiga bulan lepas aku berbekalkan enthusiast ku pada kamera lalu keluar berjalan-jalan untuk mencuri imej jalanan di kawasan Chow Kit, kawasan industri pelbagai perniagaan . Melangkah sahaja kaki ku di lorong Haji Taib aku dapat rasakan ketegangan yang berbeza, I loose my grip sudah rasa tak biasa, sudah lost touch, aku rasaka…

oh kuala lumpur... part I

...dulu, kini dan selambanya

Kuala Lumpur kota besar yang menjadi idaman aku sejak kecil lagi, aku pernah tersenyum lebar waktu cuti sekolah ke KL di tahun 1978 tak kala terlihat signboard besar A&W di tepi jalan besar Templer Park (dulu tak ada highway, tu kira main road ke KL) dan dengan senyum yang sama (campur sedikit terngaga) bila ternampak kelibat menara Dayabumi sewaktu datang KL nak report duty kerja di tahun 1992,

tak banyak yang berubah tapi banyak yang terubah, KL ini kota tak siap (hint: maladroit) ada tempat yang macam tak terusik dek zaman dan ada kawasan yang kita boleh sesat walaupun baru bulan lepas kita melawat,

kota ini kentut jam 8 pagi, tak percaya? sewaktu aku berkerja di tingkat 40 Menara Maybank sekitar 90an tepat jam 8-10 pagi akan terlihat lapisan kelabu naik ke atas langit hasil dari sumbangan ikhlas warga kota yang menyusuri trafik dengan petrol dan diesel mereka dan baunya boleh tahan hina (buka tingkap nak isap rokok) tapi tak lah sengeri Kota Jakarta k…

kata hadiah buat hati yang jauh...

ketika menghambur lara kata, berbidang anak jerami menghalang nafas suntuk menyebat sasaran, cinta bercampur dedebu masa yang tak basah bagai di salut tepung kubis cina, perang legar serang lari, perang bawa hati meredah belukar, pakar bukan bercambah akar yang hujung nya dahaga atas lima tahun tanpa gerimis, yang sepi berbongkah merah pijar, yang gengamnya bertangkai lari hebat sang perindu...




-magnuscaleb haridasazami-

laman terang

pagi ini tenang, nafas lapang, hati terang, lantai LRT kosong, orang selangor cuti harijadi raja mereka, ku pasang Tipe X di iPod sambil merenung reruang gerabak tanpa penuh obstikal manusia, rasa bagai mahu membuka langkah "skanking" di tengah lantai,

namun ada gadis bertudung merah jambu mendengar lagu dari headphone Audio-Technica yang warnanya sedodon dengan tudung beliau, "emmm...great taste of audio gadget" kata hati ku,

berjalan terus menuju menara putih si Dayabumi, dengan sedikit langkah penuh irama.

kedai kopi keras...disco part I

di umur 20 aku amat baru di kota kuala lumpur, tapi dah mula lepak Central Market dan tempat sewaktu dengan nya, lepak dengan anak-anak "underground" yang dengar lagu pecah telinga, yang pakai tak macam orang lain, yang rewind kaset pakai pen/pensel atau straw, yang punya pemikiran sedikit beza dari manusia-manusia yang lain, sesekali kami ada gigs atau konsert kecilan di kelab-kelab sekitar bandaraya, tak macam sekarang tiap-tiap minggu dulu hanya dua bulan sekali kadang kadang setahun empat kali sahaja, tapi amatlah "happening" saudara-mara dari utara selatan turun reramai, penuh sesaklah rumah 121-C kat Brickfield tuh,

tapi aku nak cerita bukan pasal gig atau bebudak underground tapi pasal lepak dugem bak kata teman dari Bandung, berdisko, clubbing kata orang sekarang, semalam aku naik bus ke Bukit Bintang melalui jalan Sultan Ismail, biasalah jalan jem, aku tersangkut depan Hard Rock Cafe lama gak aku perati kelab tu, maka terimbaulah segala kenangan di Hard Roc…

pemberian...

atas semuanya yang di balik tingkap kata,
atas segalanya yang lembut lagi bersutera,
di bawah longgokan janji-janji tanpa tafsir,
bersama garis-garis hitam di atas pulpa putih...

aku masih menunggu ruang masa untuk menghadiahkan kamu satu jawapan...

kari dalam doh berlipat...

karipap, (aku percaya) makanan paling sedap di dunia, di Johor ianya di panggil Epok-epok jangan terperdaya dengan curry puff, yang tu kategori pastry barat yang doh nya agak berbeza, aku bercerita tentang karipap kampung yang aku makan waktu kecik, arwah mak aku suka bikin karipap sebab senang dan aku suka, dia tak payah masak kuih yang pelik-pelik, kadang-kadang dia buat bentuk empat segi atau apa-apa diagram yang dia suka, aku lagi suka bentuk alternative janji dalam ada inti, paling aku benci karipap putar yang sangat flakie dan rangup, ugh tak suka,
antara yang sedap dan boleh bawa ketengah boleh lah try Old Chang Kee atau karipap bebudak jual kat Station LRT Masjid Jamek waktu petang (dalam kotak) amat lazat dan old skool, sekarang ni aku cuma makan karipap yang vegetarian sahaja lah, kakak dekat LRT corner tu ada bikin, "yang ni vegetarian dik, udang kering pun tak letak" ujar kak yam, bahan wajib kueh hebat ini adalah ubi kentang namun ada jugak peniaga nak jimat le…

seni lambat...

Habis kerja, aku punch-out jam 6.16pm semalam dan terus ke Bus Stand Kelang, niat di hati nak amik bus ke Bangsar (ada acara di Valentine Willie Fine Arts)

sampai di bus stop aku bertanya pada brader master station"saya nak ke bangsar village bas no brapa, bang?" "oh amik U87, kat ujung sana tuh" ujar beliau dengan cemerlangnya, aku gembira,

aku tanya lagi pada kakak master kat hujung, "bas U87?" dia jawab "alah adik baru je lepas, tunggu jap dalam 15minit sampai lagi" aku masih gembira ada improvement dengan sistem kita, jam di tangan menunjukan 6.20pm,

lama tak lepak area nih dekat sepuluh tahun rasanya, amatlah dodgy tempat nih, rasa cam tunggu nak kena pau jer,

aku jadi geram bila dah dekat setengah jam aku tunggu bas U87 tak muncul-muncul, bila waktu mencecah 7.15pm aku rasa marah tadi kata 15 minit saja, sudah timbul rasa kecewa, dan nampak dashboard blogspot, tepat 7.30 bas U87 muncul ada sedikit lega biar pun marah, bus sampai, tutup pintu, …

dakwat jatoh...

tahun belum habis Moleskine ku dah penoh, arghh another *sigh*