Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2009

jatuh cinta II

masih terbenam, gali tapi tak jumpa berkarat fail-fail minda nih, folder tahun 1992-93 katakan...hish tak cukup tajam

sneak peek:

Adam berpeluh dingin, Faisal dari tadi terketar-ketar tapi seruis membakar telur ayam mentah yang terlukis "pentagram" di atasnya sambil mulutnya berkumat kamit, mungkin hafalan dari buku "Necronomicom" photostate kepunyaan Zahid...bilik tengah rumah 212C kini hanya di terangi oleh cahaya lilin yang menari-nari...ada suasana seram dan kelam ketika itu, Boy dan Zahid dari tadi lagi dah terbongkang berpeluk bantal berlayar jauh ke alam mimpi...pintu bilik di tutup rapat dan di kunci kerana budak-budak di ruang tamu sedang bising sambil men"dubbing" kaset dan bermain gitar

jam di tangan Adam tertera angka digital 2am, dia sudah resah bercampur gelisah "betul ke ni boleh menjadi" tanya Adam..."hurghh" dengus Faisal tanpa berkata apa-apa...malam yang pagi itu semakin gelap, anjing menyalak sahut menyahut...ada angin…

dung dung cheng...

ketika itu aku baru berumur sembilan tahun masih didarjah 3, di tv dan radio memperkatakan akan tahun baru cina, dikelas pun guru-guru terutama Puan Lim menceritakan bagai mana orang-orang tionghwa merayakan tahun baru mereka, kira hari raya untuk kaum cina, mereka bercerita tentang makan besar, chap goh meh dan lain-lain lagi, makan besar merupakan acara utama dalam tradisi ini, bersungguh-sungguh Puan Lim cerita akan betapa penting dan cerianya majlis makan besar tersebut


malam itu dalam pukul 7.45 selepas maghrib aku dan keluarga sudah mau pulang ke Titi Serong dari melawat opah di pekan Parit Buntar, dalam perjalanan kami perlu menempuhi pekan kecil kersebut, yang pasti nya akan melalui "stesen bas" yang ada banyak terjual pelbagai juadah kegemaranku tapi malam tersebut semua kedai dan gerai di tutup lebih awal..."deme ni semua tutup awal sebab malam ni cina nak makan besar...kedai melayu pun tutup" ujar mama ku,


dalam kesuraman suasanan di "stesen bas"…

makan roti dan minum wine...

aku teringat (sepuluh tahun lepas) akan cita-cita seorang rakan yang bersungguh-sunguh nak buat bisnis ni...dia kata mudah dapat duit atas angin saja...tapi kena cari sponsor dan pengiktirafan sesebuah badan penting di malaysia ni...JAKIM atau pun paling senggkek pun JAWI

"aku dah buat pelan dan kerangka dgn penuh teliti nih...semua dah ok" ujar beliau

"apa bisnis nih" tanyaku

"aku nak buat bisnis tanggung Dosa...mesti ramai pelanggan" katanya tanpa ada ekspressi nak buat lawak di mukanya

dah anak sorang dah engko skang ni...masih nak buat bisnis tu lagi?


sesat di kuala lumpur...dosa dan pahla bercampur :)

jatuh cinta

Semalam aku duduk lagi di depan kekunci berhuruf untuk mencari keharusan suatu rangka cerita akan drama yang akan aku kitabkan...macam haram satu pun tak keluar..tiang "beam" pun tak nampak...foundation sudah letak tapi belum "ikat" mentelah lagi nak turap...hishhh

sneak peek:

"dia menoleh...gadis berbaju kurung kuning cair...berkasut "worrior" lusuh tanpa setokin itu telah berjaya menggugurkan hati dan jiwa Adam...habis bersepai di atas lantai depan KFC di dalam Central Market...di corong speaker yang sayup berbunyi "mono" berdendang lagu Di Alam Fana Cinta"

mo-gee-wai

i was dumbfounded...that's the right word...these lads from Glasgow really scythe my night with their threads of lights and fistful of pulses...say no more...thank god no one spray water on 'em...






Stuart Leslie Braithwaite





all photos were taken by Cannon G10 (with lotsa lousy shots)

anak-anak akal nakal

gema irama elektronika bagai memanggil zaman 80an menderu bagai ombak di Zouk KL, malam minggu lepas,

Goodnight Electric (jakarta)
at U.O.X. Zouk KL, 18/01/2009



Om Ise dan Oomleo


oh mee mamak-mee mamak


the groupies (The Rabak Elektrik) yang
berpusat di Ipoh



anak-anak akal nakal


at the Zouk


another bright night

tepen

beghiye bebenor bebudak KLflickr tu nak ke Tepen, katenye nak naik kerete api, teman kalo bebunkuih bangkeh naik beh idak le nak ngikut, tapi kalo naik kerete api chedeh je kaki teman ni...

Tepen bando pencen, tenang damei rase macam tempat tu kena "pause" dalam time machine...tak sabo rasenye...

Mr. Black Hurts 2000

I just assigned Mr. Black Hurts to a good friend who deserve you better...because of you I've deserted five good reads...to collect the dust on a lonely shelf...thanks for those great memories...bye bye :)



terik padang karbala...

sama ada kamu di khinati oleh para syiah dari kufah atau pun sememangnya Yazid ibn Mu'awiyah itu manusia yang sekejamnya....aku tumpah kah seluruh cinta dan air mata ku untuk mu Ḥusayn ibn ‘Alī ibn Abī Ṭālib


"I left all creatures for the sake of Youand I orphaned the children so that I see YouSo if I am cut into pieces for the love of Youthe heart would lean to none other than You"-Ḥusayn ibn ‘Alī ibn Abī Ṭālib at his last breath-

lontar suara dari mulut

aku lahir dengan ibu ku berbahasa melayu bila menjerit kesakitan,

aku faham bila bapak tengking jangan berendam lagi dalam parit belakang rumah

aku tersinggung bila teman-teman sepermainan menyanyi kan lagu "pak gemok dang...dang"

aku separuh faham bila cuba menghabiskan "three invisigator" atas arahan cikgu lim

aku tulis surat cinta pertamaku buat gadis cina di bagan serai dalam bahasa melayu...dia faham

bertungging-buyung kata-kata ku bila nak bercerita dengan mat punk dari barat

aku terpaksa guna bahasa inggeris untuk menolak pelawaan kupu-kupu malam di king x

kami ketawa besar bila sri raj dari kathmandu berbual dengan ku dengan bahasa isyarat

kini aku bermimpi di dalam dwi bahasa...sesekali dalam bahasa jawa malang (hehe)

aku bangga dengan bahasa malaysia ku bagai kulit dan isi melayu yang membalut di tubuh ku

dan aku juga selesa berbahasa inggeris untuk menempuh hidup di muka bumi ini

rasanyanya kena tambah lagi satu bahasa penjajah yang tak sempat menjajah semenanjun…

petang ahad yang panas dan sunyi

waktu: 2petang, ahad (4/1/09)

tempat: tepi padang "jogging" rakyat pandan indah depan masjid

suasana: panas tapi redup di bawah pokok rimbun dengan angin menderu (jalan kosong)

tujuan: perjalanan (jalan kaki) nak ke rumah boss tolong dia pindah rumah

perbuatan: duduk atas kerusi plastik sambil makan rojak dan cendul pulut mamak....di telinga bersambung dengan MD yang sedang bermain lagu-lagu dari tan sri p.ramlee


fuh...stim!