Wednesday, December 31, 2008

long december...

hey semua orang...selamat tahun baru!!!

sometime dreams do comes true in late December hehehe

------------------------------------------------------------------------------------------

dapat buah epal

meriam g sepuluh

berakhirnya genjatan surat dari seberang :)

Tuesday, December 30, 2008

kasi pecah itu dinding...



ada nyanyi-nyanyi sambut tahun baru di muzium telekom
pada jam 8.30pm 31/12/2008

emmmm....

Sunday, December 28, 2008

batuk lagi

kuala lumpur...hujan lagi...aku terteduh di premis temanku yang amat baik layanan nya...bau kopi di starbucks (kotaraya) mengenangkan aku...akan sensara asap rokok...yang sepuluh tahun lalu jujur meluru masuk ke rerongga paru-paru ku...

kini...kepulan asap bernikotina tetap menjalar ke akar peparu ku...walaupun tiada lagi jemputan ikhlas dari ku...terpaksa...kerana hanya dua dari sepuluh hidupan disekeliling ku yang menafi sedutan jujur jamung kecil berbara di hujung...

aduhh...

Wednesday, December 17, 2008

buat jiwa yang terbang meninggalkan raganya

pegun berdiri bersenang longar
rehat seketika di hujung tanjung
menghirup segar angin deras udara bergaram
dulu reronga ku penuh dengan asap kereta dan rokok teman-teman
lalu terbang rendah langsung menyapa ikan-ikan di laut cina selatan
tak perlu lagi papan kekunci yang mengubat hati
terang silau monitor yang menikam kornea

yang ada hanyalah cerah-cerahan cahaya di ufuk timur

biar...kata jiwa mu...kau tinggalkan segalanya buat kenangan teman-teman
biar yang bermusuh atau yang sama bertepuk ketawa
semuanya telah kau tinggalkan...untuk meneruskan perjalanan itu


buat saudara syukree...semoga perjalanan baru mu penuh keindahan



foto dari flickr beliau

Friday, December 12, 2008

buat hujan di bulan disember

Kalau pekan bertukar kota

Pasti tertekan jiwa nan lara

Kalau berpesan tapi tak menyapa

Pasti terkesan jiwa yang alpa...

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...