Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2010

dua ratus tujuh puluh dua langkah untuk kekanda...

di rangka waktu Kali Yuga ini aku bartanya akan bila agak nya bebunga kan lahir dari bebunga serta hujan kan turun tanpa musim, adakah Satya Yuga kan kembali menerang angkasa, siapa yang tahu...

selamat menyambut Hari Thaipusam buat semua penganut Sanātana Dharma dan selamat hari jadi buat Sri Skanda.

o newton my captain...

damn...sudah kluar baby baru dari company buah apple, bagus untuk photographer on the run rasanya nih...



susur kesini untuk lebih jelas

jalan dalam lari...

kerja lawan jaga, kena faham gerak lorong RMK10 kena susur KPI dengan KRA, salin-salin-salinan, berkopi-kopi, rendah lemak please...jenuh nak tarik WiFi masuk lobang laptop, papan kekunci renjaih berbunyi hingaq, lakar tarikh dalam kotak-kotak janji jumpa, tekan punch card jam lapan bawak sepuluh malam, aku rindu budak rambut kerosot...maaf tak sempat nak sikat rambut awak buat sementara waktu :)

timbun susun...

tujuh belas tajuk dengan tujuh belas mahu di rujuk, ratus ribu huruf-huruf merantai bahasa, ratus puluh letih bakal menyusun prosa, kata tanpa sebut kata baca dalam hati, terima kasih akal mencuba, terima kasih buat Azira...

stok buku baru sampai untuk tiga bulan, yeah

api membakar...disco part II

disko-diskoan, circa 1994
malam CM dah dekat nak tutup dan aku demam aritu, maka aku pakai jaket denim hijau terang menutupi polo shirt ku yang berwarna unggu yang juga terang, sungguh tak hensem, kombinasi warna yang menjurus ke gaya 4U2C, sudah aku cakap sama Fathul, Joe dan Chris yang aku tak nak ikut, "ishhh baju kaler tak sempoi nih" kata ku, tapi depa degil paksa juga aku pegi, kami naik bus turun depan Shangri-La Hotel dan menapak ke belakang di mana di situ terletaknya Menara Sabre dan ada kelab yang paling hangat membakar ketika itu, welcome to Fire Discotheque, fuh, laluan bawah tanah pintunya, aku terkesima gaya budak darjah satu lupa jalan balik rumah, kalau tak silap aku cover-charge nya RM15, mahal la time tu, aku masuk di sambut dengan cahaya berkilau-kilauwan dan bunyi yang menghentak dada, benda baru untuk aku nih, tetiba ada mat salleh tiga orang tegur aku, sambil jerit kat aku "great colors man, you rave" mulai aritu aku belajar apa makna rave (it…

gentlemen, start your engines...

pagi Isnin, anak kecik meraong nak kena hantar nursery, si abang buat-buat sakit perut malas bangun pagi, abah lupa nak iron baju semalam, mak kena masak sebelum mandi dan letak make-up, rumah bising macam soundcheck band grindcore, abah cemas lagi bila dengar radio banyak jalan dah jem, mak baling apa yang tercapai dalam tas-tangan, nak cepat, tahun baru dah berlalu tiga hari, dah lebih seratus jam, hari ini empat hari bulan januari 2010, pagi paling chaos untuk mereka yang berkeluarga besar, tahniah, setelah hampir sebulan rumah anda ceria dan bercartoon network dengan cuti sekolah.

Aku suka, dengar rumah sebelah dan depan kelam kabut, dengar jerit budak tak nak keluar rumah, hari pertama ke sekolah, train masih lengang, hujan renyai-renyai aku pakai hooded Keith Haring ada gambar crossing fingersmerentas dada, mak-cik dan kakak assallamualaikum takdak nak tegur atau buat muka grim hehehe

Selamat Tahun Baru "sebenar" Kuala Lumpur