Skip to main content

Posts

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara yg meninggal diawal pagi raya.
Mak Lang yg berusia 83 tahun akhirnya meninggalkan kami, aku sesungguh menghormati manusia yg berjaya menjangkau umur yg tinggi, banyak pengalaman dan garis-garis sejarah bercalar di seluruh tubuh dan jiwa, tiada apa yg dapat membeli semua itu.
tidur lah Mak Lang dengan tenangnya bersama cerita yg dibawa bersama nya.
*skang ni berdoa tinggi agar Chu Yah aku tak menjual pinggan mangkok belanda tinggalan Tok Teh yg dibawa dari Indonesia
Recent posts

petak satu

kembali ke petak satu, kata omputeh, aku tutup semula semua media sosial yg ada untuk mendamai-tenangkan minda yg sering berserabut dgn permasalahan orang lain yg terapung merata-rata di persada maya, aku kembali kepada panggilan/SMS telefon, email, blogs dan juga poskad serta surat yg tak perlu dijawab dengan serta merta, yg tak perlu lincah-lincah.

Aku yg pastinya akan kembali memeluk laman maya sosial itu nanti, namun bukan sekarang...bukan sekarang :)

perniagaan seni irama...

Pertanian adalah perniagaan, tepat sekali namun bagi ku musik bukan lah perniagaan, jangan di letakan sebagai agenda utama, ianya mempunyai nilai dari 0.01 sen hingga lah ke beratus ribu ringgit, jadikan iya perniagaan total? kurang sesuai, kerana seni irama adalah penggerak yang mengayuh dunia agar berputar dan berjiwa, disebabkan ianya bernilai maka boleh lah dijual beli dengan bertujuan melancar pergerakan seni tersebut seperti perbuatan menyampaikan irama dan hasil kerja artis tersebut, dari minda beliau ke para pendengar, pembiayaan pekakasan musikal dan lain-lain pebelanjaan yang melibatkan tenaga kerja.
Artis dari dulu lagi menggelar diri mereka hamba seni yang membawa maksud sesorang yang berkorban untuk sesuatu kelompok yang lain agar terhibur dan meraikan kehidupan, seseorang yang menulis akan sebuah lagu yang mampu merobohkan sebuah empayar yang agung, seseorang yang melakar puisi di atas sekajang irama yang berjaya mengubah peratusan manusia akan kepercayaan …

duduk yang bukan bertinggung...

ni aku dah masuk seminggu bertongkat balik (sakit kaki lama datang balik) bak kata kutu tepi jalan "berkaki tiga ke der", namun atas kesedaran fesyen yang tinggi aku lakukan seberapa boleh agar imej bertongkat nampak selari dengan gambar-gambar di majalah fesyen dari New York, boleh lah nampak ala Pimp atau pun pakcik tua nak jalan petang ke Central Park

sebagai warga kota metropolitan aku mana bawak kenderaan sendiri mesti kena naik public transpot baru lah urban, disinilah rintangan sebagai jejaka bertongkat semakin tinggi bila aku nak ke pejabat di pagi hari, aku terpaksa berdiri di dalam LRT sepanjang perjalan ku ke tempat kerja, tak sapa pun nak bagi duduk kat aku, ternyata infratruktur kelas dunia pertama ini di penuhi dengan manusia berfikiran kelas dunia ketiga, kebanyakan nya lelaki yang berebut nak tempat duduk, yang sihat tubuh badan ada yang macam badan Chef Riz anak Chef Wan yang pernah kerja dengan Mario Batali, semua buat muka space-out, berpaling ke tempat lai…

param param ram...

Pasar Ramadhan datang lagi, maka bermulalah rentak membuka payung membakar arang, menjamu mata mengurut nafsu, meriah berwarna warni macam pasar malam tapi hari-hari, kalau jurufoto dari luar datang lapan giga punya CF kad pun tak cukup nak capture moment-moment tersebut, tah lah enak ke tidak, juadah-juadah tersebut, masuk tahun ni aku dah lima tahun aku jadi vegetarian sepenuh masa, so tak taulah sedap ke tidak,

yang melayu menjamah mata dengan kung-fu tunjuk-tunjuk, yang cina jam 4.30 petang dah beratur membeli, suka sungguh mereka, semangat 1Malaysia nampaknya, nasib baik puasa sebulan saja kalau tidak peratusan yang obes dari keturunan cina pasti meningkat,

Pasar Ramahdan aka Param nampak nya dah jadi satu kewajipan macam dulu-dulu mesti ada rancangan Rumah Kedai tak kala puasa bermula, namun aku jarang kesana, atas dasar apa aku nak membeli juadah yang 95% aku tak makan (hari-hari layan seri muka jenuh jugak), nak buat macam mana pasar ramadhan melayu tak vegetarian friendly, ja…