Wednesday, May 03, 2006

jalan-jalan hujung minggu...

Aku agak gembira pada hari minggu yang lepas di mana aku telah berjaya melancong di kuala Lumpur dengan hanya tiket bas (pas harian) yang berharga rm4 sahaja…satu sistem baru yang diperkenalkan oleh Rapid KL …hanya dengan rm4 kita boleh menggunakan pas harian tersebut kemana-mana sahaja asalkan bas yang kita naiki itu kepunyaan Rapid KL

Lalu aku dan kamera baruku telah menjelajahi seluruh Lembah Kelang (yang termampu) dengan bermodalkan rm4….sarapan pagi di Cheras... minum kopi di Damansara… Makan tengah hari di Brickfield… minum petang di Ampang… makan malam di Lebuh Ampang dan aku pulang ke rumah yang mana depot terakhirnya terletak hanya bersebelahan apartmen ku

Pas ini bagus untuk kawan-kawan dan sedara-mara dari jauh kalau nak melawat Kuala Lumpur… boleh pusing puas-puas

Eerr… bagi rakan-rakan ku yang pernah jadi “pemandu pelancung untuk kuti-kuti” bolehlah ke Rapid-KL unutk mengambil maklumat-maklumat terkini hehehe

Rapid-KL - Pas harian:

Rm2 "dalam bandar"
Rm1 "antara taman perumahan
Rm4 "semua route"
Rm7 "sepadu : semua route termasuk lrt" (sudah dilancarkan )

http://www.putralrt.com.my/

11 comments:

kirana nakia said...

bob pilgrim?? mcm pernah jumpa..tapi kat mana yek?? hehe..kat starbucks kota raya...
*miss that place*

N a d i a said...

waaa..bagus skali promosinya..cayalah...dah lama aku tak beradventure naik bas ni. dulu aku pun suka buat camtu. naik je gi memana...explore. baru best hidup kat kl ni. hehehehe...

N a d i a said...

btw, sesape yg tak pernah merasa betapa hebat & dasatnye public transport kat kl ni since the glory days of bas mini (before they turned ugly with that pink color!), well...you don't actually knew KL that much!...;-)

gua said...

weih... tak ajak...

MagnusCaleb said...

yeap bus mini time to 50sen jer sempoi gila...kalau lambat gi keje naik lah bas mini...sedar2 je dah sampai hehehe... but make sure ada insuran laa

N a d i a said...

bob,
betui tu..and bukan setakat insurance, kena ada skill..skill bergayutan sambil pegang brg2 yg byk, skill meluluihkan diri time nak turun, skill utk tak rasa terpenyek & sabo byk2 bile kena paksa dek konduktor gi "belakang...belakang..."...whatever it is...bas mini ni sebenonye convenience gak. tak risau kalo kena tinggal bas.

bas mini - with or without youuuuu...:-)

Mohd Asnol Lob said...

haha...bas mini bas mini
sempat kejap je merasa budaya bas mini ni. kira tak sempat dpt 'feel' dia la. tau2 je dah pakai Intrakota.

kirana nakia said...

brader..i used to work there..hehe..the one and only barista yg bertudung masa tu..that time abg kamarul manager dia..agak2 ingat tak..surat sokongan takder la bro..

...$weE+ 666... said...

dah lama giler tak naik public transport. hmmm...

jayna said...

woah, maybe we can do this for one of our flickr meets... a bus-photo-around-kl thing. erm, but what if dont know which bus to take and get lost ya?

Anonymous said...

"...pegi mekah balik hari taukey bas ni" kesan audionya akan lebih meletup apabila digayakan dengan "tone"nya sekali macam tone suara itik " babi **** " ;)
wish i were there on the bus as well :)

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...