Monday, January 05, 2009

lontar suara dari mulut

aku lahir dengan ibu ku berbahasa melayu bila menjerit kesakitan,

aku faham bila bapak tengking jangan berendam lagi dalam parit belakang rumah


aku tersinggung bila teman-teman sepermainan menyanyi kan lagu "pak gemok dang...dang"


aku separuh faham bila cuba menghabiskan "three invisigator" atas arahan cikgu lim


aku tulis surat cinta pertamaku buat gadis cina di bagan serai dalam bahasa melayu...dia faham


bertungging-buyung kata-kata ku bila nak bercerita dengan mat punk dari barat


aku terpaksa guna bahasa inggeris untuk menolak pelawaan kupu-kupu malam di king x

kami ketawa besar bila sri raj dari kathmandu berbual dengan ku dengan bahasa isyarat

kini aku bermimpi di dalam dwi bahasa...sesekali dalam bahasa jawa malang (hehe)

aku bangga dengan bahasa malaysia ku bagai kulit dan isi melayu yang membalut di tubuh ku


dan aku juga selesa berbahasa inggeris untuk menempuh hidup di muka bumi ini


rasanyanya kena tambah lagi satu bahasa penjajah yang tak sempat menjajah semenanjung ni
...Reino de EspaƱa

emmm apa masalah gapena ni :)

1 comment:

dianixx said...

Espana? mau pesan spanish delights,yg mcm kueh batang buruk tu tp sgt kick ass! sy pesan mknan ke?