Thursday, February 12, 2009

garis hati si saktimuna

berpati racun melengai bahasa
laku yang miskin berjubah kaya
terkopak hati yang tadinya mati
menahan sebak berkati-kati
mencemar capal berjanji akad
membasah benang tenun bertekad
bagi yang raja tidur tak lena
buat yang rakyat berdiri tak kena

2 comments:

C.E.@ said...

suka berseni?

MagnusCaleb said...

berseni? oh tidak, seni adalah kehidupan :)