Skip to main content

pre valentina

gambaran yang di harapkan..


"sayang aku sudah di sini di depan mu...di atas kedua lutut ku aku persembahkan sejambak mawar kegemaran mu


aku ingin jadi alfa dan omega untuk dirimu...aku tinggalkan masa selesa ku hanya untuk bersama mu di tanah ini...biar aku bisik kan ke telinga mu yang aku akan terus diam disini, untuk senentiasa bersama mu...ini tangan ku untuk mu...kan laku kan apa saja untuk mu


wahai kekasih ku...aku sudah di sini...seperti yang kita sering impikan...selamat menyambut hari kekasih...ohhhh"


(perlakuan-perlakuan di atas yang tak mungkin berlaku hehe)

.


.

.

.

.

.

.

.

...tapi sebenarnya


hah 12 ringgit? bentak ku perlahan, ikut kan rasa hati nak saja aku suruh kerani poslaju tu timbang balik, namun di sebab akan terpesona dengan kerani manis ber"name tag" Azila, aku buat cool jer seraya berkata "emm ok"


ku utuskan sampul perang beralamatkan kepada adinda nya yang aku yakin dua tiga kali ganda comel dari kekasih ku, di dalamnya ada kad yang mengayakan taukeh-taukeh kad ucapan di setiap 14 febuari, apa isi nya? oh itu rahsia :)


"ingat malam 13 feb, waktu kakak mu udah turu, sisip aja kad ini di bawah bantal nya" tulis ku,


dah lama aku rancang pakatan jahat ini dengan si Arny, walau tak sehebat rancangan akedemi fantasia namun ianya pasti menawan


kalau berjaya projek ku ini pasti aku kan rasa segembira Dato' Najib tak kala berjaya merampas balik negeri Perak dan harap-harap terhapus semua dosa "tidak menghantar" kad-kad valentine sebelum ini, yang mana pejabat pos dan posman menjadi "kambing hitam" akan tuduhan ku...yeah! (kalau gagal susah-susah aku ngorat jelah si Arny tu...yeah sekali lagi)


tadi aku terima sms dari adik nya "dont 4get mas bobby, titipkn ongkos buat bunganya kak yanie"



cisss!

Comments

Si Fakap said…
amboih, amboih amboihhhhh.
phikool thong said…
hekhek..owh sweetnye enchek.
Mohd Jayzuan said…
kangen berat ama cewe Indo ya mas Bob? hehehe.
percintaan

Popular posts from this blog

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara yg meninggal diawal pagi raya.
Mak Lang yg berusia 83 tahun akhirnya meninggalkan kami, aku sesungguh menghormati manusia yg berjaya menjangkau umur yg tinggi, banyak pengalaman dan garis-garis sejarah bercalar di seluruh tubuh dan jiwa, tiada apa yg dapat membeli semua itu.
tidur lah Mak Lang dengan tenangnya bersama cerita yg dibawa bersama nya.
*skang ni berdoa tinggi agar Chu Yah aku tak menjual pinggan mangkok belanda tinggalan Tok Teh yg dibawa dari Indonesia

semusim (di neraka) selamanya

Pasti ramai yang kecewa akan tindakan beliau me"nyah"kan kewujudan blog "Semusim Di Neraka" yang menjadi ubat penenang buat jantan-jantan kesunyian dan pernah juga menjadi ambisi khayalan gadis-gadis yang melayari internet (laptop/powerbook) dari atas katil mereka

...namun bagi mikon itu merupakan tindakan yang amat menepati kehendaknya...

aku biarkan mereka tertanya-tanya apa yang terjadi pada "entiti" ini...biarlah rahsia seperti kata Datin Siti

mungkin selepas ini ramai yang akan turun ber"jogging" petang di padang Pandan Indah hanya untuk melihat kelibat mikon membuat "kawat kecik"...mengubat rindu

emmm...dan kata umbi bagi situasi ini perlulah disebut sebagai...amat punk rawk...hehehe


cheers bro...have fun


mungkin ianya kan kembali...siapa tahu?


ps: aku pasti akan merindui watak-watak peng"komen" spt Penajih, Papan Chatek Di Pandan Indah, YDP Tiroi dll

...you don’t have to worry now

Received a sad sms during my duty at Bukit Jalil Stadium, one of our dearly friend Boy of Punisher/Naked Butterfly passed away after being electrocuted at home, from what I learned he’s doing a renovation upon his house “DIY”ly…such a lost…

I still remember him carryin' Lee Toyol on his back in one of the gigs circa 90’s…serious looking guy with a sense of humor…gonna miss him

hope he’ll be swimming in the sea of light tranquilly…rest in peace bro…


pic were taken from http://ricecooker.kerbau.com/