Skip to main content

senja di kuala lumpur

akibat terbaca posting abang neraka dan si fakap:


Mac 1992, sabtu, jam menunjukan 7.20pm...senja...aku dari Setiawangsa amik bas Sri Jaya (145A rasanya) ke KL, aku duduk kat belakang dan ada empat orang penumpang lain, aku pasang rokok berjenama Kent...abang driver panggil aku ke depan "woi! yang isap rokok tu mai sini" ada bunyi longhat utara...aku terkedu "hai nak kena marah la nih", aku ke depan, dia tenung aku dengan muka serius..."bak sebatang" kata nya sambil tersenyum...hahaha aku siap cucuh kat dia lagi...aku kembali kebelakang sambil ada makcik menjeling tanda protes dengan anak nya yang dressing ala-ala fauziah latif...comel

waktu aku melabuh kan bontot ku terpandang pemandangan senja merah kemerahan yang syahdu ketika bas menuruni bukit di kawasan lembah keramat, waktu yang sama brader driver tu pasang radio dan berdendang lagu Senja di Kuala Lumpur...sumpah aku tak buat-buat cerita

indahnya waktu itu...berat badan pun kurang 5 kilo dari yang sekarang ni...isap rokok dalam bas kat seat belakang...lagu pengiring yang menarik, anak makcik ranggi serta permandangan lembayung senja yang sepi haiii

kan ku ingat (kan ku ingat)
kan ku kenang (kan ku kenang)
senja indah senja di Kuala Lumpur
kau ku bawa (kau ku bawa)
kau ku simpan (kau ku simpan)
senja indah senja di Kuala Lumpur
-Broery-

ni hang la ni fahmi mengimbau...

Comments

phikool thong said…
haha..bleh la kuar lgu tu tyme tu jugak..

hmm..pmandgn senja?..
hmm..mmg cntik =]

Popular posts from this blog

perniagaan seni irama...

Pertanian adalah perniagaan, tepat sekali namun bagi ku musik bukan lah perniagaan, jangan di letakan sebagai agenda utama, ianya mempunyai nilai dari 0.01 sen hingga lah ke beratus ribu ringgit, jadikan iya perniagaan total? kurang sesuai, kerana seni irama adalah penggerak yang mengayuh dunia agar berputar dan berjiwa, disebabkan ianya bernilai maka boleh lah dijual beli dengan bertujuan melancar pergerakan seni tersebut seperti perbuatan menyampaikan irama dan hasil kerja artis tersebut, dari minda beliau ke para pendengar, pembiayaan pekakasan musikal dan lain-lain pebelanjaan yang melibatkan tenaga kerja.
Artis dari dulu lagi menggelar diri mereka hamba seni yang membawa maksud sesorang yang berkorban untuk sesuatu kelompok yang lain agar terhibur dan meraikan kehidupan, seseorang yang menulis akan sebuah lagu yang mampu merobohkan sebuah empayar yang agung, seseorang yang melakar puisi di atas sekajang irama yang berjaya mengubah peratusan manusia akan kepercayaan …

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara yg meninggal diawal pagi raya.
Mak Lang yg berusia 83 tahun akhirnya meninggalkan kami, aku sesungguh menghormati manusia yg berjaya menjangkau umur yg tinggi, banyak pengalaman dan garis-garis sejarah bercalar di seluruh tubuh dan jiwa, tiada apa yg dapat membeli semua itu.
tidur lah Mak Lang dengan tenangnya bersama cerita yg dibawa bersama nya.
*skang ni berdoa tinggi agar Chu Yah aku tak menjual pinggan mangkok belanda tinggalan Tok Teh yg dibawa dari Indonesia

...you don’t have to worry now

Received a sad sms during my duty at Bukit Jalil Stadium, one of our dearly friend Boy of Punisher/Naked Butterfly passed away after being electrocuted at home, from what I learned he’s doing a renovation upon his house “DIY”ly…such a lost…

I still remember him carryin' Lee Toyol on his back in one of the gigs circa 90’s…serious looking guy with a sense of humor…gonna miss him

hope he’ll be swimming in the sea of light tranquilly…rest in peace bro…


pic were taken from http://ricecooker.kerbau.com/