Skip to main content

kenangan ribut ber acah

Tahun: 1995

Tempat: Rumah Sewa Mr. Too, Bukit Bintang (Jalan Hicks)


Aku tersentak dari tidur, meraba-raba mencari jam...ah jumpa, 7.45 arrrgghhh lambat lagi, capai towel lari ke bilik air, chisss ada orang, selalu time pagi aku sorang jer yang mandi...ahhh lewat ni...tak sampai seminit pintu terbuka, lutut aku menggeletar, Noni gadis manis berjawatan GRO yang tinggal di bilik no 4 keluar dari bilik air berkeadaan berkemban, indahnya pemandangan di depan ku...“mandi Bob?“ Sapa beliau, "eerrr yeah nak gi kerja“ balas ku, Noni buat muka macam ada yang tak kena lalu dia jawab “same lah kite...the room is yours“ sambil berlalu dengan senyuman yang aku pasti tok imam kan tercabut serban kalau tengok,


habis mandi aku berlari ke bilik sambil terbayang muka boss aku, hishh masuk ni dah lapan kali aku lambat bulan ni...tiba tiba aku rasa sesuatu yang tak kena...ada bahang yang menyelinap masuk ke bilik ku...aku ter diam dan menarik nafas untuk bertenang...

.

“ciss...anak haram“ kenape lah aku tak perasan waktu tengok jam tadi...7.45PM la. padan lah bahang, tak sejuk macam pagi, padan laaa si Noni tu pelik dan jawab “same la kite“ tadi...ahhh malu campur marah...ni lah bahana balik dari opis terus tido...bodo nih


aku sambung tido balik dan jaga jam 10.30mlm untuk acara mingguan rasmi ke Hard Rock yang hanya 800 tapak dari rumah ku emmmm...

Comments

phikool thong said…
haha..tido petang lagi..

bro sejak bila buat part time shift mlm dgn noni ni? kehkehkeh
ochs widdle said…
hahaha..

lucu bangat seyh kamu nih..

Popular posts from this blog

perniagaan seni irama...

Pertanian adalah perniagaan, tepat sekali namun bagi ku musik bukan lah perniagaan, jangan di letakan sebagai agenda utama, ianya mempunyai nilai dari 0.01 sen hingga lah ke beratus ribu ringgit, jadikan iya perniagaan total? kurang sesuai, kerana seni irama adalah penggerak yang mengayuh dunia agar berputar dan berjiwa, disebabkan ianya bernilai maka boleh lah dijual beli dengan bertujuan melancar pergerakan seni tersebut seperti perbuatan menyampaikan irama dan hasil kerja artis tersebut, dari minda beliau ke para pendengar, pembiayaan pekakasan musikal dan lain-lain pebelanjaan yang melibatkan tenaga kerja.
Artis dari dulu lagi menggelar diri mereka hamba seni yang membawa maksud sesorang yang berkorban untuk sesuatu kelompok yang lain agar terhibur dan meraikan kehidupan, seseorang yang menulis akan sebuah lagu yang mampu merobohkan sebuah empayar yang agung, seseorang yang melakar puisi di atas sekajang irama yang berjaya mengubah peratusan manusia akan kepercayaan …

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara yg meninggal diawal pagi raya.
Mak Lang yg berusia 83 tahun akhirnya meninggalkan kami, aku sesungguh menghormati manusia yg berjaya menjangkau umur yg tinggi, banyak pengalaman dan garis-garis sejarah bercalar di seluruh tubuh dan jiwa, tiada apa yg dapat membeli semua itu.
tidur lah Mak Lang dengan tenangnya bersama cerita yg dibawa bersama nya.
*skang ni berdoa tinggi agar Chu Yah aku tak menjual pinggan mangkok belanda tinggalan Tok Teh yg dibawa dari Indonesia

...you don’t have to worry now

Received a sad sms during my duty at Bukit Jalil Stadium, one of our dearly friend Boy of Punisher/Naked Butterfly passed away after being electrocuted at home, from what I learned he’s doing a renovation upon his house “DIY”ly…such a lost…

I still remember him carryin' Lee Toyol on his back in one of the gigs circa 90’s…serious looking guy with a sense of humor…gonna miss him

hope he’ll be swimming in the sea of light tranquilly…rest in peace bro…


pic were taken from http://ricecooker.kerbau.com/