Skip to main content

Ibu

Aku: Ma, sedap ke Marmite tu?


Mamaku: eeee…tak sedap jangan makan, pahit lah


setelah umur ku 20 tahun aku termakan Marmite di rumah teman ku dan sekarang aku adalah pemakan Marmite yang amat tegar


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Aku: Ma, orang putih tu cantik lah (time naik ferry gi penang)


Mama ku : hish ! nampak jer cantik, busuk tak mandilah


Lama jugak lah. Setiap kali nampak mat atau minah saleh lalu aku cuba mengelak, namun kini seperti macam teman-teman yang lain, aku juga tidak membiar minah-minah saleh tu pergi tanpa di sapa :)


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Aku: Ma, kenapa Batman duduk kat dalam gua?


Mama ku: aihhh, gi lah depan tu, mama nak basuh pinggan nih!


aku sampai sekarang masih tinggal dan diam dalam dunia fantasi yang kekadang Batman atau Aquaman datang bertanya khabar :)


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


aku tahu ibu menjawab dan membalas dengan niat yang tersendiri, untuk kebaikan ku, namun aku sampai ketikanya memilih jalan dan denai yang aku rasakan sesuai untuk ku, thanks for everthin's and I still owe you a soul...


selamat Hari Ibu mama ku, rest in peace

Comments

one love said…
sweet~
marmite tu bukan ka yg makan bubuh gui skali dgn buboq nasi ka? ntah..aku main bedal tanya jer.
FarisMohdNoor said…
owh,touched.

Popular posts from this blog

perniagaan seni irama...

Pertanian adalah perniagaan, tepat sekali namun bagi ku musik bukan lah perniagaan, jangan di letakan sebagai agenda utama, ianya mempunyai nilai dari 0.01 sen hingga lah ke beratus ribu ringgit, jadikan iya perniagaan total? kurang sesuai, kerana seni irama adalah penggerak yang mengayuh dunia agar berputar dan berjiwa, disebabkan ianya bernilai maka boleh lah dijual beli dengan bertujuan melancar pergerakan seni tersebut seperti perbuatan menyampaikan irama dan hasil kerja artis tersebut, dari minda beliau ke para pendengar, pembiayaan pekakasan musikal dan lain-lain pebelanjaan yang melibatkan tenaga kerja.
Artis dari dulu lagi menggelar diri mereka hamba seni yang membawa maksud sesorang yang berkorban untuk sesuatu kelompok yang lain agar terhibur dan meraikan kehidupan, seseorang yang menulis akan sebuah lagu yang mampu merobohkan sebuah empayar yang agung, seseorang yang melakar puisi di atas sekajang irama yang berjaya mengubah peratusan manusia akan kepercayaan …

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara yg meninggal diawal pagi raya.
Mak Lang yg berusia 83 tahun akhirnya meninggalkan kami, aku sesungguh menghormati manusia yg berjaya menjangkau umur yg tinggi, banyak pengalaman dan garis-garis sejarah bercalar di seluruh tubuh dan jiwa, tiada apa yg dapat membeli semua itu.
tidur lah Mak Lang dengan tenangnya bersama cerita yg dibawa bersama nya.
*skang ni berdoa tinggi agar Chu Yah aku tak menjual pinggan mangkok belanda tinggalan Tok Teh yg dibawa dari Indonesia

semusim (di neraka) selamanya

Pasti ramai yang kecewa akan tindakan beliau me"nyah"kan kewujudan blog "Semusim Di Neraka" yang menjadi ubat penenang buat jantan-jantan kesunyian dan pernah juga menjadi ambisi khayalan gadis-gadis yang melayari internet (laptop/powerbook) dari atas katil mereka

...namun bagi mikon itu merupakan tindakan yang amat menepati kehendaknya...

aku biarkan mereka tertanya-tanya apa yang terjadi pada "entiti" ini...biarlah rahsia seperti kata Datin Siti

mungkin selepas ini ramai yang akan turun ber"jogging" petang di padang Pandan Indah hanya untuk melihat kelibat mikon membuat "kawat kecik"...mengubat rindu

emmm...dan kata umbi bagi situasi ini perlulah disebut sebagai...amat punk rawk...hehehe


cheers bro...have fun


mungkin ianya kan kembali...siapa tahu?


ps: aku pasti akan merindui watak-watak peng"komen" spt Penajih, Papan Chatek Di Pandan Indah, YDP Tiroi dll