Skip to main content

bahana dari kehidupan yang lampau...

bukan doktor mahupun tabib, malah jauh menyimpang dari di gelar pakar sakit jiwa, belajar pun setakat SPM, namum kekadang ilmu itu turun mencurah bagai terperangkap dalam hujan di antara jalan yang tak berbumbung sewaktu pulang kerja, sekarang aku nak bercerita tentang masa depan :)

memang sudah di ketahui dari dulu lagi yang aku seorang pemimpi (bukan macam john lennon) tapi aku akan bermimpi di setiap waktu tidur ku, jarang sekali tidur ku kosong dan sepi, sejak akhir-akhir ini aku di kunjungi rasa ngantuk yang datang secara *sarbu tanpa helmet, malah aku boleh terlelap lima saat ketika berjalan di kotaraya (bukan pengsan atau pitam) dan aku juga pernah berkali-kali tertidur lima-enam saat sewaktu berdiri didalam LRT malah dilapik dengan mimpi sekali,

dengan petingkahan yang tertulis seperti di atas, aku telah mengadakan separa diagnosis terhadap diri ku...hasilnya, aku mungkin sedang atau akan menghadapi penyakit Narcolepsy macam mamat argentina dalam cerita Moulin Rouge...mungkin aku perlu tukar nama ku Magnus the Narcoleptic di masa hadapan...emmmmm

kita tunggu diagnosis dari tuan doktor pula nanti

cheers






*sarbu tanpa helmet = bahasa central market circa 90an membawa maksud menyampuk secara tiba-tiba

Comments

Eskapisminda said…
Sekapallah kita. Kerana beberapa saat itu juga saya telah melanggar divider dalam Smart Tunnel dengan jayanya lalu menghadiahkan diri sendiri 30 jahitan! Ouch!!
Robinson said…
hai, abg pilgrims..:)

Popular posts from this blog

perniagaan seni irama...

Pertanian adalah perniagaan, tepat sekali namun bagi ku musik bukan lah perniagaan, jangan di letakan sebagai agenda utama, ianya mempunyai nilai dari 0.01 sen hingga lah ke beratus ribu ringgit, jadikan iya perniagaan total? kurang sesuai, kerana seni irama adalah penggerak yang mengayuh dunia agar berputar dan berjiwa, disebabkan ianya bernilai maka boleh lah dijual beli dengan bertujuan melancar pergerakan seni tersebut seperti perbuatan menyampaikan irama dan hasil kerja artis tersebut, dari minda beliau ke para pendengar, pembiayaan pekakasan musikal dan lain-lain pebelanjaan yang melibatkan tenaga kerja.
Artis dari dulu lagi menggelar diri mereka hamba seni yang membawa maksud sesorang yang berkorban untuk sesuatu kelompok yang lain agar terhibur dan meraikan kehidupan, seseorang yang menulis akan sebuah lagu yang mampu merobohkan sebuah empayar yang agung, seseorang yang melakar puisi di atas sekajang irama yang berjaya mengubah peratusan manusia akan kepercayaan …

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara yg meninggal diawal pagi raya.
Mak Lang yg berusia 83 tahun akhirnya meninggalkan kami, aku sesungguh menghormati manusia yg berjaya menjangkau umur yg tinggi, banyak pengalaman dan garis-garis sejarah bercalar di seluruh tubuh dan jiwa, tiada apa yg dapat membeli semua itu.
tidur lah Mak Lang dengan tenangnya bersama cerita yg dibawa bersama nya.
*skang ni berdoa tinggi agar Chu Yah aku tak menjual pinggan mangkok belanda tinggalan Tok Teh yg dibawa dari Indonesia

...you don’t have to worry now

Received a sad sms during my duty at Bukit Jalil Stadium, one of our dearly friend Boy of Punisher/Naked Butterfly passed away after being electrocuted at home, from what I learned he’s doing a renovation upon his house “DIY”ly…such a lost…

I still remember him carryin' Lee Toyol on his back in one of the gigs circa 90’s…serious looking guy with a sense of humor…gonna miss him

hope he’ll be swimming in the sea of light tranquilly…rest in peace bro…


pic were taken from http://ricecooker.kerbau.com/