Walau apa pun alasan/elakan mereka, gua tak boleh terima, lu orang bukan New Boys atau Hujan panas, lu orang dah 28 tahun jadi rockstar, kejadian di Bukit Kiara sabtu lepas membuatkan gua delete semua lagu korang dalam iPod gua, tak professional langsung dan tak rock beb, It’s all about the sounds and the attitude beb, gua tak sing along even dalam hati,
Dari penglihatan gua malam tu:
-Venue dah bagus susun atur stage pun boleh diberi A+ (tiket mahal dan murah pun ok)
Dan mereka…
datang lambat (kata budget besar, bikin lah "holding room" kat area berdekatan, jangan salah kan orang parking kereta, tu semua dah patut di ambil kira dalam acara, event manager tak pernah buat show ke?) dan untuk yang dikatakan konsert penutup dalam karier mereka segala dosa-dosa ini besar tak boleh berlaku :
1. Power failure (iuhhhh promoter/technician tak buat prep ke? Tak buat dry-run ke?)
2. Sound sehancus-hancusnya, kata pakai soundman Dewa or someone from Indo (udah macem nonton lenong donk), namun gua tak salah kan dia (ada orang bilang sama gua, diorang tak turun buat sound check, bongok betulah, Iron Maiden pun buat sound-check even kat tempat terpencil) boleh dikira standard sound malam tu macam speaker kedai-kedai kain kat jalan Tuanku A. Rahman, Aru and the ROB sound lagi gempak malam tu
3. peralatan tak ada kualiti, back-line teruk, speaker rabak, effects, bunga api and those pyros kalau tak sequent semua tu tak payah buat lagi bagus, cam cemperet, kalau setakat nak main "power-point" LED kat blakang tu simpan jerlah
4. penganjur tak ada art direction langsung, penata cahaya macam kat bintang RTM terang sepanjang show, mamat yang jaga "follow spot" pun boleh turun dan pi beli burger Otai time show, susun atur lagu macam haram, tak jaga mood langsung hishhhhh (ok this is personal)
5. Pengurusan kucar-kacir (info kengkawan yang terlibat secara langsung), sapa yang jadi "godz" for the runninng programs? musti tak lantik nih...camera tak boleh bawak masuk, zaman bila punya arahan nih dah tahun 2009, kalau boleh rekod pun show tu bukanya boleh dapat anugerah BOH Cameronian Award pun, orang dah pandai pasal Harta Intelek lah time ni
6. Amy tak fit untuk perform, tah apa-apa, compare dengan show-show sebelum ni (alasan tua gua tak terima) gua rasa yang bagus bersilat malam tu adalah Abang, bersungguh orang tua tu hentak drum namun apa buleh buat sound dah macam kaset tercabut sponge dan Din Mayat yang main penuh attitude, gua rasa lu buat band lain lah Din, lagi sempoi, ada free call gua kita borak,
Dan banyak lagi yang kalau gua tulis terbakar blog ni... gua tahu ada banyak alasan yang telah di beri dan ada beberapa jawapan yang di lontar, namun gua tak boleh terima kerana kita orang tak nak tahu semua tu, tu kerja dia orang yang telah di tanggungjawabkan ini samalah dengan alasan “sorry, teraba bontot awek lu, sebab gua mabok“ apa yang terjadi dengan management kita orang tak perlu kesah, kita orang sudah bayar tiket dan masa, lu orang di lihat sebagai penipu, bak kata brader dari Singapura yang lepak sebelah gua “ape nih merepek-repek sound dia orang, sia-sia je gua turun”
update: khabar dari teman yang terlibat sebagai krew, Amy dah pecah kepala 2-3 hari sebelum show lagi, hah kalau dah tau cari lah Mr. Wolf (mcm dalam Pulp Fiction) kasi iron semua problem, tu pun nak kena bagi tau ke?
Mengaku salah dan mintak maaf dengan sepenuh hati itu sahaja yang gua mintak (semua orang bikin salah, tapi kena berani mengaku) dan gua memang layak kata semua ini pada lu orang kerana gua dengar dan meminati dia orang ni secara “religiously” gua perjudikan time sekolah, idologi remaja gua dengan perjuangan yang lu-orang bawak...sebagai otai rock lu ada tanggung jawab beb, bukan cam Otai burger yang harga 5 engget tu, gua masih respet lu orang sebab lu orang rock sampai sekarang (tak macam rockers yang lain dah jadi korporat ,tak pun "rock makan protien") pegang janji lu orang, rock saja tak cukup, give us one HELL of a show...
Untuk Amy (khususnya) dan Search, Bro Jalil Ngah dah tak ada lagi bersama kita, ini tidak bermaksud lu terus terbiar tanpa arah seni yang sebenarnya, cari lah yang lain atau mungkin dia masih ada dan tersembunyi di hati lu...
gambar setelah marah (lagu #2) bebudak yang lain dah gi lepak belakang makan Otai burger sambil membebel
ps:
Banyak betulnya kata member ku Aziz si Pemberita selepas dia interview Metallica kami tanya dia “kerek tak Metallica?” dia jawab “eemm aku rasa kerek lagi Wings dan Search”.
24 comments:
aku pun menyampah kat dia ni sekarang. sejak sokong pas memang persembahan dia tak best lagi. mungkin sebab dia kena tipu bab saham macam pak man telo baru2 ni hampir sejuta. padan muka dia
Likewise, dude. Gua dah agak serik untuk pergi mana mana konsert kumpulan Search lepas ni.
Serious.
Kena tukar tagline la... instead of berbaloi-baloi..jadi berbarai-barai la pulak...
Aku tak pegi tengok sebab aku dah pegi time kat backroom dulu (kuchalana opening act)... time tu aku rase memang show terbaik diorang dan aku dapat masuk secara percuma... itu memang berbaloi-baloi...
;P
-acai-
Kah kah kah. Memang hancur. Kalau gua jadi Amy, minggu depan juga gua keluar duit sendiri buat konsert semula tiket RM5.
Acai, kat Backroom tu memang superb. Gua memang tak boleh lupa punya.
nasib baik tiket aisha tiket free~
Sound system masa birthday party kat ofis aku lagi sedap di dengar.. atleast xde trip...
Search... keep searching la brader.
semua mat rock kena tipu nie...kesian
Bila gua masuk je highway sri hartamas from NKVE,jammed giler..parking sampai 3 lapis..dlm merabai-rabai carik parking tu..gua perati kereta2 yg dah parked..bukan calang2 beb..BMW,Porsche,Merc..gua terpikir, peminat Search bukan calang2..termasuklah gua..bkn nak ckp besar,gua pun sebahagian dari lu org yg punya jawatan dan gaji yg baik..gua membesar dgn search sejak dr 1985 sekolah menengah sampai la lepas grad..memang rock sampai sekrg..persembahan dia org mlm tu sungguh menghinakan..(maaf bahasa gua)..samada penganjur atau Search sendiri,tidakkah lu org terpikir siapa market segment Search ni? 28 thn beb..macm ni ke quality product?gua mmg nak bg peghargaan terakhir mlm tu..tapi mcm ni ke penghargaan lu org kat gua?yg lain2 gua tak tahu..tapi gua rasa sungguh tertipu..konsert terakhir selepas 28 thn sepatutnya dirancang dgn teliti dan terperinci..study la sikit target audience..jgn main tangkap muat je..bayar lebih pun gua tak kisah asalkan kualiti baik.Konsert mlm tu gua rasa baik sikit je dari Fun-Fair!
Kepada Celcom..berbaloi kat lu..tapi bala kat gua..
Kepada Search..lagu2 lu org tak sampai la..helikopter yg lalu lebih menarik perhatian gua..utk lu org bersara lebih diingati peminat,gua cadangkan lu org repeat konsert KL..cari penganjur lain..buat betul2 dan lebih berkualiti...
Wak Kokor
Keramat KL
thanks for sharing dan great comments.
aku tak pergi, kalo aku pergi aku mesti hampa jugak..
peminat dari merata tempat datang, yang dari jauh tu lagi kesian
acai... lu pergi ke mlm tu?
adik aku pergi dgn bini dia... aku bangun pagi dah dengar benda tak best pasal search..
eh, lama tak bfast dgn kau
Memang tak best..hampa gila..baik lepak kat kandang kuda...
e eh..tetibe bob glamer byk komen..haha semua rasa tertipu tipah
suruh acad jer nyanyi ganti amy!
metallica serius tk kerek
ya.... berbaloi baloi tu jadi BERBAHLOL BAHLOL sama itu konsert..
standard konsert funfair...
serius tak berbaloi
Boleh dikatakan yg datang p tgk SEARCH mlm tu, mmg kecewa.
n pd aku tak pergi, yg dgr cerita cerita mereka yg kecewa, merasakan ia MELAMPAU. satu PENIPUAN berlaku terang2an. ta taulah jika ia nya bukan salah dorg.
senang ja. mcm yg anda katakan, MINTA MAAF. toksah ckap banyak.
icon Rock Malaysia wat hal, MALU. org SPORE, BRUNEI turun. tp sia2. hampeh.
jgn wat konsert lagi.
jika salah dtg drpd CELCOM, klu dorg ada otak, dorg pulangkan balik separuh drpd tiket show, BERBALOI BALOI-lah dgn apa yg peminat ni dtg. senang.
next time, artis2 kat Malaysia ni jgn pakai Sialcom. panggil Sponsor yg besar2..
sory teremo.
Azlan dari Melaka.
saya lann,
Celcom tak salah sepenuhnya (diorang cuma poyo coz banyak orang yang tah apa-apa kat backstage pakai pas Celcom hehe) diorang pump duit jer (nama diorang yang buruk), yang buat dosa besar ialah management yang uruskan show tu malam tu (ada banyak cerita belakang antaranya supplier banyak tarik diri coz show sebelum ni masih ada hutang, soundman tu katanya dah lari balik coz tak di bayar juga tapi berjaya di pujuk, eemm mana pi duit yang Celcom bagitu eeeemm)
fahmi ada tu, takkan takleh grab mic selamatkan keadaan?
Gua rasa, lebih baik Search main kat Malam Baca Naskhah Sindiket Sol-Jah dan Kawan-Kawan Yang Kita Suka (MASKARA) je!
Dorang banyak hal domestik bro..
Amy gagal tackle benda ni dari awal.
Even semua konsert dorang rugi..bermula dari Penang lagi..
Dalam blog wa ada cerita sket pasal hal2 domestik ni..tapi nak bukak habis kesian kat dorang pulak bro..
p/s: mana gambar wa yang lu amik masa kat booth DuniaSearch itu hari? hahaha
Oh mcmtu. apa pun, Search mesti buat penjelasan dan minta maaf secara terbuka kpd orang orang jauh datang nak tgk dorg perform. =D
sedih tengok bro2 dari spore n brunei blah ngan muke frust
Nasib baik hampa tak ajak aku pi.
Aku rasa mamat tganu sblh aku je yang enjoy malam tu. Sambil feel abes masa amy nyanyi dia sempat jeling aku:
"tak sing along ke? enjoy ni"
Haramjadah.
Selepas frust dgn sound system funfair tu, aku pun pegi makan otai burger. Aku rasa diorg yang paling pakcik kayo malam tu.
"kenapa burger 5 ringgit bang?"
dia jawab,
"SPESIAL ni dek"
Post a Comment