Skip to main content

tanggal tiga puloh satu...

bangun pagi seawalnya, mak aku pasti kejutkan aku, walaupun hari cuti, bukan apa nak tengok orang berbaris-baris dan perhimpunan "raksaksa" (aku tunggu jugak gorgon ke goliath ke, tak dak pun), itulah ingatan aku pada Hari Kemerdekaan, sejak dari zaman tadika lagi,

bila dah besar sikit baru faham erti merdeka sebab nenek aku selalu bercerita akan susah nya nak merdeka, bila tumbesaran aku makin menambah makin banyak lah persoalan yang datang masuk, bila dah kenal buku-buku luar yang kekadang aku salah interpret macam-macam soalan aku tanya pada diri aku sendiri, namun semangat Merdeka aku tak pernah luntur tapi ada sisipan yang penuh persoalan akan apa maksud hidup bernegara, hidup di tanah yang bersempadan, aku masih boleh tersebak bila nyanyi lagu kebangsaan, masih meremang bulu roma aku bila tengok gambar lama pejuang dulu-dulu, cuba mengerti kehidupan mereka,

setiap orang ada pengertian masing-masing, mungkin hidup mereka tidak sesenang zaman kecil ku dan aku tidak semewah orang-orang yang lain, itu kan karma...oh maaf tidak semua kamu percaya pada karma dan logika,

mungkin aku dan rakan-rakan rapat ku ada ideologi yang berbeza dari orang-orang yang lain, tapi kita masih berpijak di bumi yang sama, dingin pada hujan yang basah dan tempiasnya,

namun bak kata kawan ku rahim "dah lama sangat kita dah jadi minoroti ni, perlu di rampas balik status yang dulu" aku jawab "aku suka pada tun tapi...aku tak akan maafkan tun sewaktu dia mengambil anwar dan abim nya masuk kerajaan" emm apa nak buat...semua kami setuju

berdoalah kita suatu hari nanti agar dapat kembali perdana menteri yang hebat dan berfikiran tunku abdul rahman kerana beliau adalah seorang yang segak dan penuh perinsip (pernah ke tengok gambar dia tak ada style, he's truly a chap)

selamat hari merdeka orang malaysia semua...


Comments

Popular posts from this blog

perniagaan seni irama...

Pertanian adalah perniagaan, tepat sekali namun bagi ku musik bukan lah perniagaan, jangan di letakan sebagai agenda utama, ianya mempunyai nilai dari 0.01 sen hingga lah ke beratus ribu ringgit, jadikan iya perniagaan total? kurang sesuai, kerana seni irama adalah penggerak yang mengayuh dunia agar berputar dan berjiwa, disebabkan ianya bernilai maka boleh lah dijual beli dengan bertujuan melancar pergerakan seni tersebut seperti perbuatan menyampaikan irama dan hasil kerja artis tersebut, dari minda beliau ke para pendengar, pembiayaan pekakasan musikal dan lain-lain pebelanjaan yang melibatkan tenaga kerja.
Artis dari dulu lagi menggelar diri mereka hamba seni yang membawa maksud sesorang yang berkorban untuk sesuatu kelompok yang lain agar terhibur dan meraikan kehidupan, seseorang yang menulis akan sebuah lagu yang mampu merobohkan sebuah empayar yang agung, seseorang yang melakar puisi di atas sekajang irama yang berjaya mengubah peratusan manusia akan kepercayaan …

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara yg meninggal diawal pagi raya.
Mak Lang yg berusia 83 tahun akhirnya meninggalkan kami, aku sesungguh menghormati manusia yg berjaya menjangkau umur yg tinggi, banyak pengalaman dan garis-garis sejarah bercalar di seluruh tubuh dan jiwa, tiada apa yg dapat membeli semua itu.
tidur lah Mak Lang dengan tenangnya bersama cerita yg dibawa bersama nya.
*skang ni berdoa tinggi agar Chu Yah aku tak menjual pinggan mangkok belanda tinggalan Tok Teh yg dibawa dari Indonesia

...you don’t have to worry now

Received a sad sms during my duty at Bukit Jalil Stadium, one of our dearly friend Boy of Punisher/Naked Butterfly passed away after being electrocuted at home, from what I learned he’s doing a renovation upon his house “DIY”ly…such a lost…

I still remember him carryin' Lee Toyol on his back in one of the gigs circa 90’s…serious looking guy with a sense of humor…gonna miss him

hope he’ll be swimming in the sea of light tranquilly…rest in peace bro…


pic were taken from http://ricecooker.kerbau.com/