Wednesday, December 09, 2009

kedai kopi keras...disco part I

di umur 20 aku amat baru di kota kuala lumpur, tapi dah mula lepak Central Market dan tempat sewaktu dengan nya, lepak dengan anak-anak "underground" yang dengar lagu pecah telinga, yang pakai tak macam orang lain, yang rewind kaset pakai pen/pensel atau straw, yang punya pemikiran sedikit beza dari manusia-manusia yang lain, sesekali kami ada gigs atau konsert kecilan di kelab-kelab sekitar bandaraya, tak macam sekarang tiap-tiap minggu dulu hanya dua bulan sekali kadang kadang setahun empat kali sahaja, tapi amatlah "happening" saudara-mara dari utara selatan turun reramai, penuh sesaklah rumah 121-C kat Brickfield tuh,

tapi aku nak cerita bukan pasal gig atau bebudak underground tapi pasal lepak dugem bak kata teman dari Bandung, berdisko, clubbing kata orang sekarang, semalam aku naik bus ke Bukit Bintang melalui jalan Sultan Ismail, biasalah jalan jem, aku tersangkut depan Hard Rock Cafe lama gak aku perati kelab tu, maka terimbaulah segala kenangan di Hard Rock Cafe,

di hujung 1993 aku sudah menjadi regular di HRC (hanya pada jumaat malam), semua nya gara-gara Joe Kidd, Emelia dan Boy ajak aku kesana, di mana aku berkenalan dengan teman-teman baru yang bukan dari kelompok asal ku, aku hanya ingat 2-3 nama sahaja sekarang antaranya, Boy, Armand, CD Deadmushroom, Pet, Dayak, Morgoth, Sal (uish banyak gak) zaman tu kalau dah lepak HRC susah nak lepak tempat lain coz atmosphere yang berbeza, paling tak boleh blah DV8 lah, tak rock langsung dan Branigan Club banyak awek bawah umur hehe

setiap hari jumaat lepas kerja aku terus balik rumah (tinggal di jalan pasar) amik power nap, bangun jam 9pm, mandi dan bersiap, tepat jam 11pm dah sampai HRC yang pasti masuk ikut pintu tepi maklumlah regular, time tu band yang main nama Soulid (if i'm not misteken) dari Manila set-list diorang sempoi banyak lagu rock terkangkang dan terkini, walaupun guitaris dia main tipu kami layan bagai nak rak, ramai yang tak suka kat kitaorang coz selalu bikin moshpit kecil-kecilan depan stage, time DJ set pun dia tak bleh main sembarang lagu nanti kena boo,

zaman tu grunge baru nak merebak, maka jeans potong, flannel ikat kat pinggang sama Doc Martin menjadi pilihan (boleh beli kat Fishbone or kedai Abang Nor), kerana taukeh-taukeh disko dan abang-abang kasut kulit tengok sakit mata maka keluarlah larangan short tak boleh di pakai untuk clubbing, pernah satu kali kawan aku berlobang di dahi kena cincin Wak (bouncer) coz dia main sapu jer liquor orang atas meja, kena belasah sebab termengorat awek uncle pakai vest kulit bawak Harley la dan macam-macam musibat lain lagi,

umur masih muda boleh kata tak ada sorang pun yang ada kereta time tu, maka tutup saja HRC dalam 3am kami berjalan kaki ke Bahadurshah belakang Istana Hotel dengan minda yang duduk di bawah sedikit dari paras garis sedar (boleh tahan berpeluh ketiak), maggie goreng dan roti canai menu utama, boleh tahan bising kengkadang boleh bawak gadoh dengan meja sebelah dan aku sebagai penjawat awam yang hyper akan tunggu first mini bus no. 60 ke jalan Pasar jam 5.30am, pagi sabtu tu kena masuk kerja (halfday)...

zaman riang anak muda, zaman liar tak boleh di tegur, zaman tidur tepi longkang, zaman ilmu tinggi nak jarman masuk disco dan minum free, zaman tak ada handphone urgh

*sigh*

--------------------------------------------------------------------------------

aku tersentak bila bas brake mengejut lalu tersenyum sensorang dalam bus tengok HRC, awek depan aku mungkin ingat aku baru first time tengok HRC yang dah dekat sepuluh tahun tak masuk dan teringin nak mengelonjit ke sana...alahai hehehe


selongkar CD box cari Pocket Full Of Kryptonite :)




gambar baru HRC dulu tak ada beranda kat luar tuh

8 comments:

Otak Delusi Pelita said...

DV8 zaman tu (assuming kita zaman yg lebih kurang sama) ramai stewards and stewardess yg melepak.Then d crowd became worst.Tp jgn terperanjat ada jugak Fathul di situ (sekali tu saja mungkin).HRC kali terakhir 5 tahun lepas mungkin,crowdnye ramai nubile young girls.BOsan.ahhahahaha

MagnusCaleb said...

hehe yeah DV8 stewards and stewardess bleh masuk free, pastu jadi tempat lepak mat kreta, Fathul funky, bleh ada dimana-mana shaja, belum cerita fire disco lagi tu hehe

Lyne Bahtar said...

hurm.. interesting story..
agak2 an berapa la umur sedara kan sekang...
hurmmm~

Greenthump said...

Age is just a number...rock will never die !!!

MagnusCaleb said...

Cek Rosy Daisy: tak sabar nak cecah 40 :)

Greenthump: yeah will never :)

Guten Tag said...

pengalaman yang terbaik tuh..

~~DucKneSs~~ said...

seronok bila ada zaman menjadi liar kan?hmm..aku nih terlalu chicken utnuk jadi liar..hmmm..mebi wont be able to feel the wilderness..rugi kan?

MagnusCaleb said...

Guten Tag: sebahagian dari parut di jiwa :)

Duckness: tak ada pun takpa, anda ada pengalaman yang saya tak ada :)

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...