Friday, December 04, 2009

seni lambat...

Habis kerja, aku punch-out jam 6.16pm semalam dan terus ke Bus Stand Kelang, niat di hati nak amik bus ke Bangsar (ada acara di Valentine Willie Fine Arts)

sampai di bus stop aku bertanya pada brader master station "saya nak ke bangsar village bas no brapa, bang?" "oh amik U87, kat ujung sana tuh" ujar beliau dengan cemerlangnya, aku gembira,

aku tanya lagi pada kakak master kat hujung, "bas U87?" dia jawab "alah adik baru je lepas, tunggu jap dalam 15minit sampai lagi" aku masih gembira ada improvement dengan sistem kita, jam di tangan menunjukan 6.20pm,

lama tak lepak area nih dekat sepuluh tahun rasanya, amatlah dodgy tempat nih, rasa cam tunggu nak kena pau jer,

aku jadi geram bila dah dekat setengah jam aku tunggu bas U87 tak muncul-muncul, bila waktu mencecah 7.15pm aku rasa marah tadi kata 15 minit saja, sudah timbul rasa kecewa, dan nampak dashboard blogspot, tepat 7.30 bas U87 muncul ada sedikit lega biar pun marah, bus sampai, tutup pintu, drebar turun dan lepak sambil usik-usik awek pakai jeans Romp skinny yang jual buah potong, marahhhhh nya aku, 15 minit berlalu pintu bas di buka, aku bayar harga rm1.90 satu hala (mahal tak tepat dengan servis) dan perjalanan ke bangsar mengambil masa lagi 45 minit kerana jalan yang sesak (itu aku tak kesah, lumrah kota)

aku berjaya habis kan dua album The Mars Volta (Frances The Mute dan Octahedron) dalam proses perjalanan ini dan aku sampai depan pintu galeri Valentine Willie Fine Arts tepat jam 8.20pm tika kawan-kawan ku dah tinggi dengan Bombay Sapphire dan Martini,


konklusi: 6.20pm-8.20pm @ 2 jam, hanya untuk ke bangsar dari dayabumi, perkhidmatan bus ke bangsar amat sucks dan di hiasi harga satu hala yang membebankan rakyat, dalam erti kata lain servis yang masih amat gagal...

*sigh*



auntie yang banyak membantu memaki RapidKL


kawan-kawan yang ceria penghilang rasa marah hati


mereka yang "art"


santai setelah memikir pasal "art", walaupun
yop masih bercerita tentang painting yang menekan otak

9 comments:

Otak Delusi Pelita said...

Bombay Saphire mmg thirst quencher .Sigh.

Weed and Bandages said...

benda benda lagu tu memang membosankan.

MagnusCaleb said...

ODP: sangat lah dry :)

Puan Pe'ah: marah yang ++ pada Rapid KL

Rhona Rozlan said...

Dulu-dulu masa naik bas, rasanya kat sini pun ada masalah punctual. Kuantan je pun bukan KL.

MagnusCaleb said...

yup cik puan rhona, rasanya mana omnibus kat m'sia ada masalah nih lah, smpai skang

John Hafiz said...

Tiga gambar awak cantik.

~~DucKneSs~~ said...

mamat baju puteh tuh cam wahid senario weh..
hahhaha

MagnusCaleb said...

hahaha itu lah joh hafiz yang femes itu

http://primajohnna.blogspot.com/

~~DucKneSs~~ said...

howh..tengs bro..buleh masuk list blogs-to-read aku..hahha