Monday, December 14, 2009

oh kuala lumpur... part I

...dulu, kini dan selambanya

Kuala Lumpur kota besar yang menjadi idaman aku sejak kecil lagi, aku pernah tersenyum lebar waktu cuti sekolah ke KL di tahun 1978 tak kala terlihat signboard besar A&W di tepi jalan besar Templer Park (dulu tak ada highway, tu kira main road ke KL) dan dengan senyum yang sama (campur sedikit terngaga) bila ternampak kelibat menara Dayabumi sewaktu datang KL nak report duty kerja di tahun 1992,

tak banyak yang berubah tapi banyak yang terubah, KL ini kota tak siap (hint: maladroit) ada tempat yang macam tak terusik dek zaman dan ada kawasan yang kita boleh sesat walaupun baru bulan lepas kita melawat,

kota ini kentut jam 8 pagi, tak percaya? sewaktu aku berkerja di tingkat 40 Menara Maybank sekitar 90an tepat jam 8-10 pagi akan terlihat lapisan kelabu naik ke atas langit hasil dari sumbangan ikhlas warga kota yang menyusuri trafik dengan petrol dan diesel mereka dan baunya boleh tahan hina (buka tingkap nak isap rokok) tapi tak lah sengeri Kota Jakarta kentutnya lagi asem,

Bukit Bintang memang tempat mencuci mata dan mencuri hati nak lihat fashion remaja terkini (majmuk) datang lah ke bukit yang mendatar ini, dulu kawasan depan Pavilion tu tempat gadis-gadis manis BBGS curik-curik salin baju dan hisap rokok (bukan semuanya dik) dan malamnya jadi tempat mat rempit gesek foot stand kasi berapi di atas jalan tar ianya juga jadi tempat buang sampah (siap masuk paper lagi) sekarang dari Dome Cafe di hujung Lot 10 hingga ke Pavillion (pavie kata orang sekarang) dah jadi runaway for catwalks fashion terkini, kena gaya nampak hebat salah pakai macam musibat nak kena rembat,

aku tinggal di Changkat Bukit Bintang sekitar pertengahan 90an, di mana jalan tu sunyi sepi kalau tinggi korang bawah lima kaki dan berat kurang dari 50kg ada harapan di paw dengan pisau tak pun di tuduh penagih dadah, waktu malam lepak ngan mak-mak ayam dengar cerita tentang zaman gadisnya mereka, eeeuuu, sekarang jalan tu dah jadi super happening bila tumbuhnya deretan tempat hiburan dan di hiasi dengan awek melayu yang berkulit tan berkepit dengan mat salleh minum di bar-bar dan restoren berkonsep jerman, huh "i wanna partayyyy"

kota ini ada hutan cerucuk di hatinya, Plaza Rakyat yang aku jangka tak akan siap sampai bila-bila, mungkin aku dan warga KL tak faham akan ownernya nak buat art installation, pop modern art mungkin, aku sedih kerana sewaktu di sekolah menengah aku merupakan kapten pasukan softball sekolah, jangan tak percaya you, so untuk mengubat rindu pada softball aku selalu ke Padang SCRC selepas kerja nak tengok team bola lisut KL training dan padang itulah yang jadi installation Plaza Rakyat sekarang, sedeh nya

di waktu petang aku paling suka dulu duduk minum teh sensorang cari ilham di gerai charlie bawah pokok depan Sinar Kota (jalan silang) tengok orang lalu lalang, kini tempat tu dah jadi dataran Nepal coz setiap hari cuti aku rasa macam ada portal yang boleh bikin lintas langsung ke Khatmandu, gerai-gerai tu pun dah kena roboh oleh DBKL yang bijaksana,

di waktu tengah bulan biasanya aku makan nasi lemak gadang rm1 (sebungkus dah boleh kenyang sampai malam) kat gerai mamak di siar kaki lima depan Woh Fatt jalan Silang (mat musik musti tau kedai ni), gerai ni pun senasib dengan gerai charlie yang kini jadi tempat parking motor hak milik mat pet dan penghidu gam tegar,

aku juga rindu pada bas mini, kalau lewat nak ke pejabat naik lah bas mini komfom sampai tepat pada waktunya harga baru 60 sen, even dari Selayang boleh bikin 30 minit meredah jam, kecil molek dan mampu panjat divider jalan dengan tenang, bas mini juga mengajar kita disiplin "hah tu yang kat belakangku beratur buat dua barisan" jerit kakak konduktor, tak banyak beza dengan bas metro yang ada skang, driver yang sama aku rasa, tapi teknik akrobatik dah banyak susut mungkin faktor saiz yang panjang and bas metro ada bau kepam macam kelab dangdut, tak suka aku,

aku ada waktu nya sering keluar negara atas urusan kerja atau cari pasal, selalu aku bandingkan kota-kota asing ini dengan KL, dari segi cultural, infrastuktur dan peradapan, banyak yang kita nampak kecil, tapi KL ada gayanya tersendiri, ada bau dan hormon nya tersendiri, ada keindahan nya tersendiri, ada LRT yang berteknologi tinggi, ada bas RapidKL yang masih lembab, ada segalanya untuk aku, engkau dan mereka (termasuk pendatang tanpa izin) it's always love and hate, dengan syarat korang bersyukur dengan apa yang ada

gotta love this city...





dah keja banyak ni, ada masa aku sambung...

11 comments:

Jorji said...

installation plaza rakyat dibina dan disiapkan oleh Daewoo, gergasi heavy industri dari Korea.
:)

NeemoNeemo™ said...

yeah. I love KL. but then tanggungjawab menyebabkan daku harus beredar dari kota ini.

Yatt said...

Aku juga sudah beredar dari kota itu sejak tiga tahun lalu...tp aku pasti akan kembali...

...sebab gerenti lepas ni kena transfer kl balik. Ngeh ngeh!

MagnusCaleb said...

j or ji: hebat sangat installation tu nak letak kat Balai pun susah

Anoneemus: kemana jua anda pergi KL pasti menanti mu kembali

Yatt: wah bila mau jumpa, tak rindu ke nanti lambaian bayu di tepi bendang :)

Otak Delusi Pelita said...

Lama tak jejak kaki di KL sejak duduk di suburb hujung sana.rindu zaman pegi tuisyen tp sebenarnye melepak di McD depan CM

Si Fakap said...

Mungkin sebab itu ramai kutu masih lagi suka lagu Adam Ahmad, kot.

P/S: Makin berat menulis ni, boss. :)

MagnusCaleb said...

ODP: tuisyen kat kasturi ke? Mc D tu pun dah tutup :)

Pami: kesepian mengajar ku erti informasi..phowwwwwww

atie said...

ending tu best;'bersyukur dengan apa yang ada'. can't wait for part 2. tulis la lagi... :)

Otak Delusi Pelita said...

Aah kat Kasturi.Slalu naik atas utk cop kad kedatangan pastu melepak.Wahh dah tutup??Padahal situ selalu je ramai yg melepak dan melepek kan?

Gen Mayhem said...

aku sudah hampir 3 tahun tinggalkan kota ini , tapi masih sering ke sini hampir setiap minggu

Anonymous said...

Circa mid-90s, petang2 sabtu anak2 remaja pengikut muzik 'bawah- tanah' melepak kat sepanjang divider bas-stand LOT 10(sekarang dah jadi stesen monorail) tunggu bas. Memang nostalgia betul...macam baru lepas tengok gigs le pulak.

haha..

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...