Thursday, December 17, 2009

tak ghrot tak ghrin...

"macam celaka"

aku tak marah, tapi aku sebut dengan kasih sayang macam lagu Sheila On 7, semalam jam 12.05am si dia telefon dari kejauhan dengan niat menjawab surat yang aku beri hampir seminggu lepas, laju sungguh patah-patah perkataannya, (kami terpaksa berinteraksi dalam english kerana bahasa malaysia dan indonesia mungkin serumpun namun kekadang makna nya berbeza, boleh bawak konklusi yang berbeza) tapi bayangkan seorang gadis berketurunan jawa campuran cina yang bercakap inggeris dalam accent indo yang pekat dengan kelajuan 100km sejam, hampir lima dari lapan perenggan yang si dia katakan aku tak faham, aku keliru dan hanya menitip kata-kata "yes dear" "...umm..." "I understand" aku tambah kelam dengan efek bunyi di talian bagai di dalam Gua Niah, penyudah nya aku yang tak dapat keputusan, aneh sungguh dunia teknologi ini, manusia sudah tak percaya pada kertas, tinta, sampul surat dan setem lagi

aku perlu buat panggilan jauh malam ini untuk meng iron segala kekusutan, harap keputusan final bola Malaysia-Vietnam petang ini serta persembahan nyayian dari Jepun malam ini, tidak menggangu keputusan yang telah di gengam untuk majlis dialog dengan si dia awal pagi nanti,

atau perlu aku buat video conference? err tak boleh nanti cair

:)

6 comments:

Yatt said...

Rindu nak tulis surat, jilat setem dan lekat pada bahagian atas kanan surat dan pegi posopis (post office).

Hihi...

Guten Tag said...

kalau sms jer, tak boleh ke boss?

MagnusCaleb said...

yatt: sambut lah hari post sedunia October 9, setiap tahun kerana untuk zine dan vinyl, pos opis masih penting hehehe

Guten Tag: untuk berbincangan yang penting, intonasi dan gerak nada amat penting dan crucial dan kalau dengan surat, ianya mampu di fahami dengan tepat dengan susun kata penmanship yang baik :)

Anonymous said...

ai...

dah mula buat pendedahan percintaan nampak.

phoww!! style baru!

~dza

Otak Delusi Pelita said...

Long distance harus banyak sabar sabar dan sabar....:)

~~DucKneSs~~ said...

betol2 long distnace tuh..apa yg pntg dan harus diingat..

usaha tangga kejayaan..

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...