Skip to main content

api membakar...disco part II

disko-diskoan, circa 1994

malam CM dah dekat nak tutup dan aku demam aritu, maka aku pakai jaket denim hijau terang menutupi polo shirt ku yang berwarna unggu yang juga terang, sungguh tak hensem, kombinasi warna yang menjurus ke gaya 4U2C, sudah aku cakap sama Fathul, Joe dan Chris yang aku tak nak ikut, "ishhh baju kaler tak sempoi nih" kata ku, tapi depa degil paksa juga aku pegi, kami naik bus turun depan Shangri-La Hotel dan menapak ke belakang di mana di situ terletaknya Menara Sabre dan ada kelab yang paling hangat membakar ketika itu, welcome to Fire Discotheque, fuh, laluan bawah tanah pintunya, aku terkesima gaya budak darjah satu lupa jalan balik rumah, kalau tak silap aku cover-charge nya RM15, mahal la time tu, aku masuk di sambut dengan cahaya berkilau-kilauwan dan bunyi yang menghentak dada, benda baru untuk aku nih, tetiba ada mat salleh tiga orang tegur aku, sambil jerit kat aku "great colors man, you rave" mulai aritu aku belajar apa makna rave (itu pun setelah di terangkan oleh Fathul hehe) kamdian aku dan Joe bosan balik rumah layan Chris main lagu The Smiths dan demam aku pun kebah pagi tu.

Fire Discotheque pada asalnya di buka untuk arus Canton-Rock yang ketika itu sangat "in" dan pada masa yang sama demtuman music rave (sebelum jadi rumah acid dan breakbeat patah kaki) baru nak menapak di KL, (tapi aku tetap katakan yang Movement adalah kelab Rave yang tersempoi) aku tak pandai sangat pasal musik-musik sintetik ni so aku bedal jer lah janji boleh layan, design kelab ni amat menarik bagi ku yang mana ada dua main room, satu untuk mengelonjit sampai terlondeh seluar dan satu lagi untuk live band (brader rambut curley panjang main top 40, uwek), bartender pun handal-handal dan ramah mesra, korang pernah tengok bartender tempat lain pop tequila pop dengan serviette sehelai, kagum aku.

Biasanya sebelum dansa bermula ada sorang minah salleh berambut blond baru cukup umur akan berdiri kat tengah-tengah dance floor kosong dan angkat kedua-dua tangan nya keatas, kemudian bergerak satu mini jet-fighter yang tergantung kat siling ke arah tengah dance floor dan menembakan spotlight ke bawah "kabooom" lagu pun berdentum-dentum bermula, first time aku tengok ternganga gak akan aksi minah tu, terkujat muka aku dah macam mak aji dapat tahu anak pompuan dia ada video 3gp, terkangkang-kangkang aku tengok depa menari, aku nak bukak step pun kena ada gaya kalau tak malu tengok dek orang, tak koserrr, penyudah nya aku lepak layan live band kat belakang,

tak banyak cerita aku kat disco tu tak feel cuma beberapa tahun selepas itu tempat tu dah jadi venue untuk gig-gig underground (biasa nya kelab yang bakal nak tutup akan bagi kami sewa buat gig) dari metal sampai lah punk dan hardcore, dua tiga kali gak aku main kat situ

Dan paling penting bila Ian Mckay dan Fugazi main kat Fire Disco di tahun 1996 (antara band icon hardcore yang pertama main kat Malaysia) time tu penuh dua-dua room, tak silap aku dekat 2000 orang datang, siap ada dua tiga budak tak cukup umur (bawah 18) dari Kedah melutut depan brader bonser (muka garang anak dua yang tak faham musik hardcore) minta di benarkan masuk, kesian depa dan waktu tu juga Nik Ramzi boss TV3 tanya aku mana datang peminat-peminat semua nih dia sendiri tak pernah dengar nama band ni, aku hanya sengih dan dengan bangga cakap sama dia "underground networking bro, underground"

yang aku tahu Fire Disco jadi Backroom sejurus tak lama dan berpindah ke Chow Kit, kini aku dah tak tahu apa jadi pada tapak kelab tu sekarang,


cheers.


Comments

kawan pernah perangkap pergi disko dangdut. takleh lari sebab tak pandai bawa kereta. macam aramzadei.

Popular posts from this blog

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara yg meninggal diawal pagi raya.
Mak Lang yg berusia 83 tahun akhirnya meninggalkan kami, aku sesungguh menghormati manusia yg berjaya menjangkau umur yg tinggi, banyak pengalaman dan garis-garis sejarah bercalar di seluruh tubuh dan jiwa, tiada apa yg dapat membeli semua itu.
tidur lah Mak Lang dengan tenangnya bersama cerita yg dibawa bersama nya.
*skang ni berdoa tinggi agar Chu Yah aku tak menjual pinggan mangkok belanda tinggalan Tok Teh yg dibawa dari Indonesia

semusim (di neraka) selamanya

Pasti ramai yang kecewa akan tindakan beliau me"nyah"kan kewujudan blog "Semusim Di Neraka" yang menjadi ubat penenang buat jantan-jantan kesunyian dan pernah juga menjadi ambisi khayalan gadis-gadis yang melayari internet (laptop/powerbook) dari atas katil mereka

...namun bagi mikon itu merupakan tindakan yang amat menepati kehendaknya...

aku biarkan mereka tertanya-tanya apa yang terjadi pada "entiti" ini...biarlah rahsia seperti kata Datin Siti

mungkin selepas ini ramai yang akan turun ber"jogging" petang di padang Pandan Indah hanya untuk melihat kelibat mikon membuat "kawat kecik"...mengubat rindu

emmm...dan kata umbi bagi situasi ini perlulah disebut sebagai...amat punk rawk...hehehe


cheers bro...have fun


mungkin ianya kan kembali...siapa tahu?


ps: aku pasti akan merindui watak-watak peng"komen" spt Penajih, Papan Chatek Di Pandan Indah, YDP Tiroi dll

oh kuala lumpur...part III

Kali pertama aku melihat Brickfield adalah pada penghujung tahun 1992, jam 7 petang aku dan driver tempat aku berkerja bang Said (bukan nama sebenar) mahu minun kopi setelah menghantar sebeban surat yang urgent serata KL, dah macam-macam cerita aku dengar pasal tempat ni, ngeri pun ada, tiba-tiba bang Said menjerit kecil "hah, tu la Nora ayam regular aku , jom pi kena seround aku belanja, mama-san tu tu kawan aku, ko pilih mana ko suka" aku yang ketika itu berumur 20 tahun 5 bulan jadi kecut perut, darah tinggal secawan, "mana boleh bang kita kena balik opis ni" aku mengelak, "mangkok lah ko ni, jom!" dia paksa lagi, akhirnya aku berjaya mengelak, aku cakap baik-baik dengan dia, penyudahnya aku kena tunggu dia kat gerai mamak ujung simpang jalan Thambipillay, sepanjang setengah jam sementara aku tunggu dia seribu satu persoalan menerjah ke otak ku, kalau aku try apa salah nya, kalau kantoi kena serbu dah tentu aku lari ke Indo jadi jaga hotel.

Brickfield …