dua tiga hari ni twitter aku penuh dengan #memorisekolah, tergelak jugak aku baca depa punya cerita, namun aku punya pendapat berbeza, aku tak suka sekolah tah kenapa, mungkin tu yang tak pandai sangat ni and kerja biasa-biasa jer hehe, aku cuba gak kenang kan...tak dak apa yang menarik di alam persekolahan ku,
aku alami zaman persekolahan macam orang lain gak lah, nak kata nerd aku duduk dalam peratusan bebudak yang pernah terpukul cikgu, nak kata cemerlang tak dak la juga, sampai cikgu add math aku tak tegur aku sampai tamat sekolah, punya memandai, sukan? hang pa gila ka tukang perabis air minum team bola buleh la, tak pekenan sungguh aku pi sekolah, kena bangun awal, join ko-ku, di paksa lari merentas desa, hisss nasib baik aku pustakawan (yang sesekali songlap buku)...errr aku suka pengakap yeah
aku lebih suka zaman remaja baru masuk dua puluhan, budak kampung yang di besarkan dengan sawah padi, main kombat dalam hutan nipah dan tengok Blocker Corps Machine Blaster, kepada jejaka...ewah, yang sambut harijadi yang kedua puluh di rumah koci kawan-kawan baru (pekerja-pekerja indo) di pandan perdana (yang dalam proses pembinaan time tu), aku tak kerja kontrek tapi lepak dengan diorang, aku kena culture shock kaw-kaw punya, belajar lari dari polis walau tak buat kesalahan apa pun hehe, tanya soalan bodoh kat brader burger depan flat aku "kenapa ada banyak parang panjang kat dalam stall ni brader?"
aku suka zaman ni, aku kenal dunia reality jauh dari mak-bapak, sedara mara, aku datang bukan untuk sambung belajar tapi untuk kerja, cari duit sendiri, "hang nak isap rokok cari duit sendiri" kata bapak ku, sini tak boleh jerit "mak, nak makan, lapaq", itu pasai aku tak pekenan cerita zaman sekolah, dah la time tu takda gelpren,
aku amat suka zaman tu tak dak sesiapa nak buat ka dalam twitter hehehe
walau bagaimanapun aku tetap suka baca hangpa punya cerita zaman sekolah, teruskan menulis boleh bikin aku senyum tebal dan hilangkan rasa penat, mana tau mungkin ada cerita hangpa yang boleh buat aku terimbau...yeah :)
ps: senyum tebal untuk orang berbadan tebal sahaja, sila rujuk pada pipi untuk senyum nipis hehehe
5 comments:
Hehehe...
Phow. Mengimbau no, Bang Aji.
aku sama. tak suka zaman sekolah. aku sekolah menengah di 3 sekolah berasingan. so,setiap kali ada reunion,atau orang bercerita hal sekolah, aku tak tau aku nak citer hal sekolah mana atau jadi alumni mana.
'berkenan' la bro...atau 'bekenan' bukan 'pekenan'.
:P
zmn kanak2 rebena, zmn skulah, zmn yu..
semua sama aja..
after abih zmn tu, geng pon ilang..xde yg melekat pon..hahahah
Post a Comment