mungkin dah biasa hidup mewah, melebihi apa sepatutnya dan mungkin juga ada amalan berjudi di malam hari, hampir separuh (tak semua) teksi di kuala lumpur menipu pelancong dengan tanpa rasa bersalah, walaupun dah ada stiker "metered taxi" dengan muka tak malu nak charge dari KLCC ke Time Square RM30, ini bukan bodoh tapi jahat dan keji, tak ada maruah, aku rasa malu dengan kawan-kawan dari luar negara yang datang komplen tentang teksi Malaysia
aku rasa kena buat macam teksi di Jakarta dan Bandung (Blue Bird), amat bagus dan jujur, tak sangka Kota Jakarta yang di katakan kejam punya pemandu teksi yang jujur, rahsianya adalah: orang ramai boleh buat aduan terus pada syarikat teksi yang menipu, tak kira anda penumpang atau pun tengah lepak tepi jalan kalau nampak teksi bawak penumpang tapi lampu di atas menyala (tak on meter) buat aduan, pengadu akan di bayar sagu hati dan pemandu akan terus di buang kerja 24jam, macam tu baru depa tau,
hidup kena ikut standard pekerjaan dan kewangan kita, bapak aku kerani rendah dan dia tak hidup macam penolong pegawai daerah, aku percaya akan pegangan itu, jika anda menjalani kehidupan melebihi dari apa yang anda sepatutnya mampu, there's something ethically wrong with your financial input (aku bercakap akan kejujuran mencari rezeki)
aku simpati dengan pemandu-pemandu teksi sebenar yang jujur dan berhemah dan kita kena buat sesuatu akan pemandu-pemandu taksi yang keji ini.
4 comments:
itu belum lagi yang pandu main ikut suka hati sajaaaa..
penderaan emosi terhadap pemandu lain ok.
itu belum lagi dia bagi jalan jauh kasi pusing-pusing. padahal jalan dekat ada.
kaki potong tu kebal dari undang2 sebab ada kaki kat lpkp
Saya paling anti teksi kaler hijau sebab penah di overcharge padahal dekat je pun.teksi hijauuuuuuuuuuuu sila jgn tipu oranggggggggggggggggggg
Post a Comment