Tuesday, June 29, 2010

lantai dingin, dinding bisu membeku...

dah lama simpan dendam, simpan perasaan, aku letak tekad nak buat jugak tapi tak pernah ada peluang dan reruang masa, dua minggu lepas aku terlepas peluang itu kerana ada kerja di Sunway dan petang itu juga aku dapat berita tak gembira, dindingnya akan dirobohkan pada malam itu, aku jadi geram terlolos peluang yang tak akan kembali, aku jadi putus asa, bak kata anak muda sekarang rasa down...


Ahad lepas aku bangun pagi, kemas beg, bawa dua lens, amik cab terus ke jalan Pudu, pintu gerbang dah di kunci rapat, tiada ruang untuk lolos, aku kecewa, rasa macam nak isap rokok, tapi ternampak satu pintu belakang untuk lori-lori hantu keluar masuk hantar pasir dan tanah, buat satu temu-duga dengan mamat kontrek, hulur seketul dua, aku di biarkan masuk dengan sedikit ganguan dari mat bangla yang setia dengan boss nya,


ok I lied, aku masuk dengan empat orang teman ku, semuanya tukang amik gambar (but the bribery and the security problem was true), kami masuk dengan debaran, suasana yang suram semuanya jadi B&W so aku tukar mode camera ke Monochrome,


sampai di sama kami berpecah, aku merasakan mixed feeling, beserta dengan segenggam perasaan eery, cuacanya berbeza dari luaran, aku merasakan melangkah ke suatu alam berbeza, satu pembekuan masa, satu perasaan sedih yang pedih tiap kali aku masuk ke cell yang penuh dengan seribu cerita, tak banyak yang aku mahu perkatakan disini, hanya sekarang aku ada 500 keping imejan digital yang perlu aku edit kan, di bawah ini aku letak beberapa keping imejan untuk tatapan anda semua,


aku takrif kan akan 70% perasaan di sepanjang proses pemotretan adalah kesunyian yang merundung, pemanggilan awan memendung...aku terkenangkan beberapa rakan yang pernah menginap disini...




yang teroboh itu adalah bilik gantung asal

"malam yang panjang"


"aku mahu pulang" sering menjadi irama disini



jejaring melarik hati yang perit


cahaya sahaja yang mampu menembusi pepalang ini




the legendary Blok D

Wednesday, June 16, 2010

sepi sorang ah fei...

anda pernah hadir ke majlis Ghost di 15, jalan Mesui ? kalau ada kelapangan hadirkan diri anda lagi sekali ke sana, ada teman bikin persembahan seni tampak, Ah Fei seorang jejaka yang selalu ku lihat sebagai artis yang ada imejan sepi dan bersendirian,


sabtu lepas aku ke sana, sempat aku menangkap dua gambar binaan semula (replika) kamar tidur tempat dia berkarya, untuk persembahan seni tampak beliau sila ke sana untuk menatapi dengan mata anda sendiri, yang aku rasa kagum dan indah :)

Color, Shape, Quantity, Scale

a solo art exibition by Liew Kwai Fei

curated by Simon Soon and Vincent Leong

12-26 June 2010

12pm-8pm (tiada show di hari Isnin)

dari tingkap



meja kerja



Friday, June 04, 2010

pemahaman sebenar akan senyum nipis...

semalam aku balik awal dari kerja, menonong balik kelaparan tapi malas nak singgah beli makanan, baru nak ke arah rumah dia BBm, "meh sini meh" aku tukar arah kompas, jalan arah lain, sampai saja, aku letak beg di meja dapur, eh ada kueh lopez, yang baru keluar dari fridge oh sungguh syahdu, kami makan di balkoni sambil melayan hujan senja...

----------------------cerita selepas credit title--------------------------------


beri hitam bergetar, ada bungi ringing, ada nombor dari jarak jauh, aku jawab tapi ada bunyi herotan dan terputus, ada rasa bersalah sebesar gunung Tangkuban Perahu "ahhh kenapa musti sekarang"...aku kembali ke balkoni terangkan akan perlunya aku pulang...dia angguk ok dan kali ini aku betul-betul faham apa itu senyum nipis (chiss Pipi)


hish, sungguh tak player...

Wednesday, June 02, 2010

kisah benar akan cinta...

di suatu senja di antara laluan dari Dayabumi ke LRT Central Market, aku lihat akan dua susuk manusia jalan berhimpit-himpitan, "wah pasangan serindit" kata hati ku, "tak agak-agak waktu nak magrib" bentak hati ku lagi,


makin dekat baru aku perasan mereka buka bercinta tapi heret-mengheret, si lelaki dengan kasarnya menggengam dan memulas tangan si gadis sambil menghambur kata-kata kasar "aku cakap mintak, bagilah...perempuan bodoooh" jerit lelaki tersebut, si gadis lemah melawan "tak boleh Yang, ini saja yang baby ada" kurang begitu lah kedengarannya, mereka berlalu di sisian aku tanpa menghirau kan aku yang gagah tapi penat ini,

aku di himpit delema, jadi jejaka keliru, nak tolong ke tidak, ini perkara domestik tapi domestic violence nih, kena ada public rescue, selang tiga meter aku dengar satu bunyi pelempang, aku toleh ke belakang ada lagi satu pelempang hinggap di muka si gadis berserta caci-maki dari "jantan tak guna tuh", aku rasa mahu bertindak namun tersekat bila ada satu brader Pos menjerkah dari tangga Pejabat Pos Besar, "ko ni pondan ke hape hah? pukul perempuan!" si lelaki menepik balas "encik jangan nak sibuk ini hal saya" maka berlaku lontaran suara dari kedua-dua belah pihak dan si gadis cuba menyorok di belakang brader Pos yang kepak rusuknya ala-ala Awie Wings,

keadaan semakin tengang dan si lelaki sudah tak tahan lalu melemparkan satu tumbukan dan karate slash ke muka brader Pos, namun di elak dan "dupp!!" satu tumbukan di perut oleh brader Pos tepat mengena sasaran di susuli dengan satu siku-siku mencari urat belikat (smack down) mengebabkan si lelaki tersujud di jalan tar, secara spontan tapi kurang bijaksana si gadis dengan refleknya menyerang brader Pos dengan handbagnya dan melolong histeria "jangan pukul diaaa, kurang hajar punya oranggg, babiii"

brader Pos jadi keliru dan tergamam, di tunjalnya kepala gadis tersebut dan berlalu sambil mencarut ala-ala bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa, si gadis terus menerpa si lelaki dan memeluk erat seraya bertanya "Yang, u tak apa-apa?"

aku yang jadi pemerhati dari tadi jadi bingung dan bertambah lapar, ku bawa diri ku yang kelaparan ke Kader jalan Ampang

sambil minum aku buat satu konklusi: Dengan cinta manusia boleh dianggap hilang pertimbangan akal di mata masyarakat majmuk hehehe

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...