Friday, June 15, 2007

re-postin' the wounds

i'm re-postin' some of my poem durin' those hazy and lazy night:

Syair merancu dan meruwat tak kala terlihat…

Aku tersentuh cahaya sebentar tadi
bukan dari langit tapi jauh dari dasar
ketika dikau melangkah dihadapan
ketika dikau meruja alam dan rasa ku

Walau seribu kamus aku layari...aku tiduri
tiada ada yang dapat melukiskan diri mu itu
Mungkin hanya bait-bait yang angkuh mampu melakarinya
Melakar dan membias pada seluruh alam dan rasa

Susuk mu mampu memecah jiwa dan mengengut tawa
memasinkan gula mungkin memaniskan tuba
perihal mu lepasi akal dan deria ku
dalam selindung aku halusi menelus kasa
terpisah sebentar aku dari pedoman dan hala

tiada yang mulia kalau bukan paras mu
dari buku lali yang penuh kehormatan
hingga rambut mu yang mengikat jiwa ku
dari gerak mu yang menjambat lara
hingga lena mu yang penuh dengan kejujuran...

-magnuscaleb 2005-


tajukless

Engkau berjalan terlalu pantas…hingga tak mampu untuk aku kejar nafas ku…
Enkau juga hilang terlalu pantas…walaupun kita masih bercumbu rayu…menentu rasa…Di laman rahsia ku…

Aku tersenyum ketika amarah memeluk ku…Aku menipu lagi tanpa tersipu…aku hanya lakukan ini…kerana aku rindukan itu…masih mampu ku tentukan yang salah dari yang benar…Aku rela mati dan rentung untuk mecari kebenaran…
Kebenaran untuk daerah rahsia ku….

Berpeganglah erat wahai jiwa ku…berpegang menanti wahyu…arahan untuk merangkak…menuju subuh…menghilang dahaga dan merentas sempadan
Segala pepagar di taman rahsia ku


Lihatlah bait-bait di atas kertas itu…yang mampu buat kau menangis…yang rakus menerjahkan warna hitam dan putih…walau kita tahu ianya tidak semudah yang dibaca…tidak seindah dan serasi…tidak setelus dan sehalus…
Ketika kita di negeri rahsia ku

Ku lukakan bibir…ku belikan kata-kata…untuk yang terbaik dan tercantik…telah ku ungkap dan lacurkan kata-kata pujangga…namun aku tetap sendiri…namun hati ku terus kering di dalam kedinginan…di dalam kesesakan dan kesejukan…
di wilayah rahsia ku…

-magnuscaleb 2005-

3 comments:

anakabah said...

Jubolah Romanticism! Syair harus kotor, repulsive, jijik!

Yay.

Hoi. Kata susun buku?

fara[the]bugbuster said...

bro, anda pergi kah ke concert the cure... kalau pi msg saya yek... saya nak pi sama... tak de kawan nak pi...

MJ said...

nak curi syair merancu, bagi kat awek myspace. hahaha.

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...