Friday, July 27, 2007

bila ranting di bakar mentari...

kesah, jelik, bercahaya bagai api

merengus bagai anjing di kunci pagar

merapat jemari menggengam nanti

bagai hilang denai jalur hari-harian

sesat dalam penantian sesaat bagai setahun

pada yang nestapa ada kasih di hujung belati

pada yang tercinta ada helah di anjung hati

biar bergendang di lubuk naluri

tak akan di tepis renjisan cerita...



-magnuscaleb haridasazami-

3 comments:

Nadia said...

hmm...

ARI said...

Rasa diri tak cukup poetic, sebab baca 3 kali pun tak paham lagi apa cerita.

Pasal apa ni? Boleh explain tak?

(Patut la SPM BM C4!)

Magnus Haridas said...

Ari

hehe boleh di fahami mengikut kefahaman masing-masing...mudah jer, cerita pasal orang yang susah nak marah tetiba ter"switch on " rasa marah nya pada sesuatu keadaan\perasaan...dan juga pengisahan akan mengenali perasaan sebenar diri sendiri

C4 ok apa ;)