Skip to main content

jatuh cinta II

masih terbenam, gali tapi tak jumpa berkarat fail-fail minda nih, folder tahun 1992-93 katakan...hish tak cukup tajam

sneak peek:

Adam berpeluh dingin, Faisal dari tadi terketar-ketar tapi seruis membakar telur ayam mentah yang terlukis "pentagram" di atasnya sambil mulutnya berkumat kamit, mungkin hafalan dari buku "Necronomicom" photostate kepunyaan Zahid...bilik tengah rumah 212C kini hanya di terangi oleh cahaya lilin yang menari-nari...ada suasana seram dan kelam ketika itu, Boy dan Zahid dari tadi lagi dah terbongkang berpeluk bantal berlayar jauh ke alam mimpi...pintu bilik di tutup rapat dan di kunci kerana budak-budak di ruang tamu sedang bising sambil men"dubbing" kaset dan bermain gitar

jam di tangan
Adam tertera angka digital 2am, dia sudah resah bercampur gelisah "betul ke ni boleh menjadi" tanya Adam..."hurghh" dengus Faisal tanpa berkata apa-apa...malam yang pagi itu semakin gelap, anjing menyalak sahut menyahut...ada angin deras dan dingin yang cuba menyelinap masuk dari tingkap atas bilik yang sayup syilingnya itu

tiba-tiba dengan mata sebelah terbuka dan tersenyum, terdengar suara halus si Zahid "eeeee...ritual...yeaaaaa...." dia bingkas bangun, buka lampu dan terus keluar "ahhh aku nak kencin" di susuli dengan hilai tawa boy sambil berguling-guling..."woi! kawan-kawan ada orang bikin ritual dalam bilik ni"...bergegar satu rumah ketawakan mereka...Adam hanya terpaku sambil merasakan orang-orang di dalam poster Dead Poet
Society (milik boy) pun turut tertawakan mereka

Faisal si pengagung musik death metal itu menarik tangan Adam sambil menuruni tangga Flat
klassik lima tinggkat di jalan Tambi Abdullah itu sambil membebel..."cis! nak haram aku kena tipu lagi...kurang-kurang dua, tiga bulan tak abis cerita ni kat CM"

dari bawah masih boleh terdengar suara mereka menjerit bagai orang kena histeria...ketawa pecah perut.

Comments

eddie dewanaga said…
bro... ni bagus punya cerita ni... teringat gua zaman2 mengagungkan sepultura, slayer dan sodom... dan sempat juga ketika itu mematah duakan kaset2 boney m dan milli vanilli seorang rakan hingga dia menangis kesakitan akibat terajang tegak seorang lagi rakan menusuk keras keperutnya bila dia mengugut untuk melaporkan pada warden perbuatan gua tadi....
MagnusCaleb said…
yeah percubaan menulis sebuah kenangan lama, kalau rajin cepat la siap nyer hehehe

Popular posts from this blog

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara yg meninggal diawal pagi raya.
Mak Lang yg berusia 83 tahun akhirnya meninggalkan kami, aku sesungguh menghormati manusia yg berjaya menjangkau umur yg tinggi, banyak pengalaman dan garis-garis sejarah bercalar di seluruh tubuh dan jiwa, tiada apa yg dapat membeli semua itu.
tidur lah Mak Lang dengan tenangnya bersama cerita yg dibawa bersama nya.
*skang ni berdoa tinggi agar Chu Yah aku tak menjual pinggan mangkok belanda tinggalan Tok Teh yg dibawa dari Indonesia

semusim (di neraka) selamanya

Pasti ramai yang kecewa akan tindakan beliau me"nyah"kan kewujudan blog "Semusim Di Neraka" yang menjadi ubat penenang buat jantan-jantan kesunyian dan pernah juga menjadi ambisi khayalan gadis-gadis yang melayari internet (laptop/powerbook) dari atas katil mereka

...namun bagi mikon itu merupakan tindakan yang amat menepati kehendaknya...

aku biarkan mereka tertanya-tanya apa yang terjadi pada "entiti" ini...biarlah rahsia seperti kata Datin Siti

mungkin selepas ini ramai yang akan turun ber"jogging" petang di padang Pandan Indah hanya untuk melihat kelibat mikon membuat "kawat kecik"...mengubat rindu

emmm...dan kata umbi bagi situasi ini perlulah disebut sebagai...amat punk rawk...hehehe


cheers bro...have fun


mungkin ianya kan kembali...siapa tahu?


ps: aku pasti akan merindui watak-watak peng"komen" spt Penajih, Papan Chatek Di Pandan Indah, YDP Tiroi dll

oh kuala lumpur...part III

Kali pertama aku melihat Brickfield adalah pada penghujung tahun 1992, jam 7 petang aku dan driver tempat aku berkerja bang Said (bukan nama sebenar) mahu minun kopi setelah menghantar sebeban surat yang urgent serata KL, dah macam-macam cerita aku dengar pasal tempat ni, ngeri pun ada, tiba-tiba bang Said menjerit kecil "hah, tu la Nora ayam regular aku , jom pi kena seround aku belanja, mama-san tu tu kawan aku, ko pilih mana ko suka" aku yang ketika itu berumur 20 tahun 5 bulan jadi kecut perut, darah tinggal secawan, "mana boleh bang kita kena balik opis ni" aku mengelak, "mangkok lah ko ni, jom!" dia paksa lagi, akhirnya aku berjaya mengelak, aku cakap baik-baik dengan dia, penyudahnya aku kena tunggu dia kat gerai mamak ujung simpang jalan Thambipillay, sepanjang setengah jam sementara aku tunggu dia seribu satu persoalan menerjah ke otak ku, kalau aku try apa salah nya, kalau kantoi kena serbu dah tentu aku lari ke Indo jadi jaga hotel.

Brickfield …