Thursday, June 04, 2009

jalan yang dulu dan masih terkini...

tak pernah aku setuju jalan yang mereka denaikan
Ibu, bapa, nenek, pak long atau mak su? Jalan mereka sama,
lagu dan tari mereka senada, gelombang mereka satu
sesedar dari umur ku diparas pinggang ibu ku lagi
berkoyan aku simpangkan harapan, putuskan haluan
berjuta aku jeritan bantah hati, senapangkan jawapan
“derhaka“ mungkin kata pelengkap untuk ruang kosong itu

atau derhaka kah mereka pada ku.....
aku kah yang melawan arus atau
mereka yang hanyut menuju jeram

ini jalan ku, gelombang ku,
jatuh bangun ku mungkin terluka
jadi ubat penghilang mengantuk
bimbang terlena di tengah jalan
menongkah kata yang hari ku suntuk

1 comment:

phikool thong said...

dergh..aku mcm terasa dgn puisi kau.