Skip to main content

...yang tersenyum kepuasan

Aku tengok, terpegun, ternganga, bila dia ‘goreng” gitarnya betul-betul didepan aku, bukan tak pernah jumpa sebelum ni, lepak sekali pun pernah, tapi malam tu mungkin tuhan saja yang tahu perasaan aku waktu tu, nak menangis pun ada, tapi aku sorok perasaan tu dan terus ambil gambar,


Hati mana yang tak keruan bila didepan aku adalah antara orang-orang yang secara tidak langsung mencorak laluan hidup aku, yang membuatkan aku berdiri dengan pegangan ini, dari di tingkatan tiga lagi aku dah ada kaset original diorang bersama-sama poster yang penuh di dinding (RM8.50 kira mahal lah zaman tu, mana dapat duit jangan tanya)


dan mungkin sebab aku dah agak berumur dan diorang lagi lah berumur-sumur tu yang rasa satu macam ni,


Makin tersentak bila Makcik Rock Shima masuk dan dendangkan lagu Pencinta…aduh aku bernyanyi bersama sambil buat gaya ‘air puchin’ ala-ala tengok konsert Rollins Band (ni semua gejala geng karaoke anarki lah ni)


Paling best aku dapat jumpa dan bergambar dengan Man Dayak…ini memang rare experience :)


"Dulu kala aku kelam dalam pahit suasana

Lagi sempit lagi beku hilang arah titian


Dulu kala aku rindu belai kasih sayangmu

Hari esok mungkin ada hari yang bercahaya

Itu nasib perjalanan seseorang pencinta..."


dah dekat 25 tahun aku percaya pada rock and roll...dan aku tak menyesal walau sedikit pun



sentuhan keedal


"Halakanlah aku jalan yang sentosa..."




Comments

zan said…
Sayang mak cik Shima boleh tersilap lirik pencinta ni..sikit spoil..haha

Lu snap gambar sebelah Belanda ek? Banyak gak gambar2 muka lu dalam kamera dia..haha
MagnusCaleb said…
hehe belanda bertugas malam tu :)

Popular posts from this blog

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara yg meninggal diawal pagi raya.
Mak Lang yg berusia 83 tahun akhirnya meninggalkan kami, aku sesungguh menghormati manusia yg berjaya menjangkau umur yg tinggi, banyak pengalaman dan garis-garis sejarah bercalar di seluruh tubuh dan jiwa, tiada apa yg dapat membeli semua itu.
tidur lah Mak Lang dengan tenangnya bersama cerita yg dibawa bersama nya.
*skang ni berdoa tinggi agar Chu Yah aku tak menjual pinggan mangkok belanda tinggalan Tok Teh yg dibawa dari Indonesia

semusim (di neraka) selamanya

Pasti ramai yang kecewa akan tindakan beliau me"nyah"kan kewujudan blog "Semusim Di Neraka" yang menjadi ubat penenang buat jantan-jantan kesunyian dan pernah juga menjadi ambisi khayalan gadis-gadis yang melayari internet (laptop/powerbook) dari atas katil mereka

...namun bagi mikon itu merupakan tindakan yang amat menepati kehendaknya...

aku biarkan mereka tertanya-tanya apa yang terjadi pada "entiti" ini...biarlah rahsia seperti kata Datin Siti

mungkin selepas ini ramai yang akan turun ber"jogging" petang di padang Pandan Indah hanya untuk melihat kelibat mikon membuat "kawat kecik"...mengubat rindu

emmm...dan kata umbi bagi situasi ini perlulah disebut sebagai...amat punk rawk...hehehe


cheers bro...have fun


mungkin ianya kan kembali...siapa tahu?


ps: aku pasti akan merindui watak-watak peng"komen" spt Penajih, Papan Chatek Di Pandan Indah, YDP Tiroi dll

...you don’t have to worry now

Received a sad sms during my duty at Bukit Jalil Stadium, one of our dearly friend Boy of Punisher/Naked Butterfly passed away after being electrocuted at home, from what I learned he’s doing a renovation upon his house “DIY”ly…such a lost…

I still remember him carryin' Lee Toyol on his back in one of the gigs circa 90’s…serious looking guy with a sense of humor…gonna miss him

hope he’ll be swimming in the sea of light tranquilly…rest in peace bro…


pic were taken from http://ricecooker.kerbau.com/