tadi malam aku dengan payung belang-belang pelangi masuk ke barber regular aku, nak cukur misai, dah naik lemaih dengan misai Tom Selek tak jadi ni, mencucuk hidung, aku juga minta dia trim janggut terus bukan apa sesekali nak bermanja dengan mamak, boleh dia antar duit lebih sikit kat bini dia di Chennai sana, di iringi laguan dari S.P. Balasubramaniam aku hanyut dengan pisau cukur yang bagai mengurut muka, siap tertidur dan...
aku perlu tidur awal hari ni sebab semalam dah lepak dan berborak di kedai abang Jay dengan Zira si tokan buku dari time buka puasa sampai jam 2 pagi, tujuh jam bercerita, kalau bina tapak rumah haram dah boleh ikat batu-bata buat dinding, tapi time tu juga lah hujan turun macam shower tap kat Hotel Mandarin Oriental laju dan bercurtain...
yeah Zira, gadis manis kawan baru aku yang amat menarik dan mempersonakan perwatakan nya, dia buat aku terjumpa/terjawab banyak daerah persoalan yang tak pernah aku pikir kan, a good seven hours of words and laughs, it's nice knowin' you gadis :)
buku-buku baru aku semua dari Serpents Tail...enakkk
nampak gayanya aku tidur juga jam 2.10am...harammmm
4 comments:
mak oi. jelesnya.
hanya bahan bacaan :)
selamat hari jumaat, jangan jeling periuk, tuhan nampak!
(buku tu, waaaa!)
selamat hari jumaat kembali, jeling tapi tak jenguk bang :)
Post a Comment