Tuesday, August 25, 2009

sound check


gambar terpaksa di grayscale kan
tak tahan tengok "make-up" diorang
:)

ada konsert Search di kampung aku, kat tapak sekolah tinggi, sebelah masjid, stage betul-betul kat tepi parit sebaris dengan rumah Din Terangkat, tapi speaker diorang mak aii besaq nya sama tinggi dengan menara masjid betul-betul tepi kedai Pak Wan Pelembang, tentu ramai bikin pasar malam kilat malam ni Pak Lang Usup tentu-tentu jual nasik ayam tomato, Mat Kona jual laksa, Udin Banjaq tebaq murtabak, sapa la anjur konsert ni di bulan puasa, tak hormat langsung ni mesti geng pemuda UMNO ni

show nak start aku gelisah kenapa aku mesti tengok konsert ni kan aku dah janji tak mau layan Search lagi, diaorang masih belum mintak maaf dengan aku lagi,

amy dah keluar dan start menjerit orang kampung dah mula enjois, gulung kain tinggi sikit, tak nampak pulak orang bikin protes sejak bila orang kampung aku ni liberal? kawasan Pas nih,

show dah mula macam biasa sound sebu, hampeh, aku nampak Amy lari ke depan stage dan turun kesebelah aku, dia cakap dengan soundman melalui handphone dia "ape nih beb sound hancusss, speaker dan amp dah gempak", lampu lip-lap-lip-lap, Kid start solo tetiba ada bunyi meletup, suasana amat cerah,

aku tersentak, 7.45am "nak harammm" lewat lagi aku gi kerja,

mimpi ngeri dan bangun lewat adalah gabungan yang tak rock langsung

3 comments:

N a d i a said...

"orang kampung dah mula ENJOIS"? hehehe, tu yg tak tahan tu..heheh.

phikool thong said...

tndakan mng'gray scale'kan pic tu amt bijak! =]

Si Fakap said...

Joker joker la time ramadan ni, brader.