Wednesday, September 16, 2009

keretapi membakar hati

inilah akibatnya bila orang bongok di beri tugasan besar untuk menjaga kelancaran perjalanan sistem pengangkutan awam sesebuah negara, aku bukan bercakap tentang menteri atau orang politik tapi CEO syarikat Prasarana Negara (RapidKL), aku rasa dia patut letak jawatan lah "sudah lah...tak bleh blah lah lu" sistem hancus,

pagi tadi 7.45am 16 haribulan sembilan 2009, tidak terlalu ektreme bila aku katakan beribuan orang "surrendered" di station Chan Sow Lin akibat dari kebodohan sistem RapidKL, berapa ramai yang batal puasa tadi, kalau tulis caci maki diaorang aku pasti dah sama tebal dan deep dengan novel Pride and Prejudice

aku tak pertikaikan akan landasan rosak or what ever "malfunctions" yang berlaku itu, itu lumrah jentera mesin, aku faham dan mengerti "shit happened", yang menjadi persoalannya ialah "back up plan" mereka yang amat lemah, tak commuter friendly langsung atau mungkin tak pernah ada,

wheres your emergency contingency plan, on how to ferry your clients out of this messy trap-up, info tak jelas dan gugup, tak pernah buat drill ke? hish bogok betulah,

masuk ni dah dua kali "grand problems" yang sama terjadi kat aku, orang jadi panik, makcik putus nafas dan pengsan, anak-anak menyanyi lagu King Diamond, huru-hara jadinya, yang happy dan heaven mungkin mamat-mamat kaki raba,

berapa ramai yag lambat masuk opis, lambat bukak kedai, tak dapat masuk meeting nak close deal, lambat hantar barang Avon, tinggi jumlah kerugian kalau di kira secara pukal

ada kakak-kakak bawak teddy bear, bawak beg besar nak amik bas kat pudu balik raya di kampung , tentu kena cari bas lain (kalau ada tiket lagi) tak pun balik rumah nangis cekup bantal, layan mat bangla dan nepal bersiar di KLCC time raya nanti, sadis sungguh hidup ini,

amarah ini di tujukan pada bahagian executive atasan yang tak pernah pikir masalah penumpang mahupun mencari solution untuk penambah baikkan sistem, seskali turun lah padang naik train amik feel, dah la baru naikan harga tambang, gi lah europe kaji camna diaorang buat kerja tak pun belajar dengan New York nyer commuting system, dengan jiran kita singapore pun kita boleh belajar,

kasihan abang-abang yang kerja kat station habis bersepah kena maki, aku tak marah diaorang, mereka terima arahan saja, tambah-tambah gadis-gadis yang manis jaga kaunter tiket, ehhh you all tak salah lahhh (kata ku dengan suara manja)

akhirnya rakyat pelbagai bangsa bersatu hati (1malaysia) terperangkap di Chan Chow Lin

dah, aku maleh nak tulis lagi :(




ini bukan gambar kemeriahan pasar ramadhan


geram , marah sambil text ofis kenapa lambat


macam u-turn rush kat tokyo


aku yakin awek ni amik gambar aku,
susah betulah jadi selebriti ni


ada yang pejam mata dan membayangkan
perasaan yang sama sewaktu Sogo grand sale


bukan juga gambar anak-anak indie
nak gi tengok konsert "rock the world"


janganlah cuba-cuba nak suruh kakak-kakak ni senyum





*semua gambar-gambar adalah hakmilik penulis sila minta kebenaran

sebelum menggunakanya, ingat kita ada akta hakcipta 1987

7 comments:

Pipiyapong said...

Peh boleh tahan juga havoc. Mesti ada satu dua kutu dapat jodoh kat sini.

MagnusCaleb said...

pipi: hehe setuju, keindahan di sebalik kecelakaan

My Spirit Finger said...

macam di puduraya time nak balik cuti raya

MokhrizanMokhtar said...

pergh... pesta beb... pesta kekalutan... giler... klu lah betul ada orang yang x balik raya disebabkan ini... huh....

Eskapisminda said...

kesiannya! esp kalau ada orang yang termiss nak balik kampung terutamanya yang bawak anak-anak. aku sedih dan rasa nak mencarut. mencarut. mencarut. mencarut. mencarut. mencarut. mencarut.

p.s. mahal gambar2 nih.

Suffian salim said...

huhu..gile serabut..mmg satu malaysia nih...

SUXX said...

aku pun ada time ni. tak pasal2 kena byr teksi g keje. kena tahan maki boss lg.

Kol 11am baru sampai office. laju2 terus minum air sunquilk. tak tahan.