Skip to main content

petang sebelum raya

opah aku orang kampung, orang kampung yang kemudianya pindah ke pekan, pindah ke sebuah rumah dia beli sendiri, besar tapi bukan mewah, depan rumah ada padang sekolah menengah seri perak, parit buntar, antara padang dan rumah opah ada jalan yang lebarnya dalam 20 kaki tapi tak berturap ada lalang sikit dan rumput-rumput dan aku waktu itu sudah berumur darjah 5

satu petang sehari sebelum hari raya aku dan sepupu-sepupuku yang pulang dari kota lepak dan bermain di laman rumah opah, tak sabar nak main mercun dan bunga api dari kuala lumpur tapi tak boleh "siang lagi" ujar pak su ku, jadi kami lepak sajalah kat boyan dan sofa-sofa buruk yang ditempatkan kat luar, nak tunggu waktu berbuka,

tiba-tiba kami terdengar ada orang menjerit dari kesayupan dan suaranya semakin kuat, "nyok...nyok, nyok muda, nyok tua, nyok...nyok" kelihatan seorang tua yang kurus berkulit gelap terbakar dek mentari, bercermin mata besar dan kelihat agak keletihan mungkin juga sudah uzur, beliau berjalan sambil menuntun basikal tuanya yang juga uzur, ada bakul besar di belakang basikalnya, ada kelapa di dalam nya, beliau lalu di depan rumah opah, tak berhenti namun bergerak sedikit perlahan, menoleh ke arah kami dan masih melaung "nyok...nyok, nyok muda, nyok tua, nyok...nyok" sepupu-sepupu ku dah mula ketawa, maklumlah kami masih kanak-kanak dan hampir kesemua mereka bukan orang utara maka bunyi "nyok" amat lah mengelikan hati mereka,

dia berhenti bila opah ku keluar, "mak aji nak beli nyok?" suaranya pun serak macam dah habis tenaga, "takpa lah leman, dah ada dah" jawab opah ku sambil senyum, "tak pa, lain kali la no" katanya sambil berlalu dan terus menjerit "nyok...nyok, nyok muda, nyok tua, nyok...nyok" di sambut dengan suara sepupu-sepupu ku yang makin kuat bunyi ketawanya, ada yang kata "kelakarlah uncle tadi" ada perasaan pelik mengombak di dadaku, aku rasa macam nak bagi penampar pada mereka,

aku masuk ke dalam dan terdengar opah ku yang bercampur dialek perak dan utara berkata pada mak su ku "kesian si leman dah uzur sangat tu nak kayuh besikal pun dah tak larat, tuntun ja, petang nak raya pun masih duk jual nyok lagi, hidup susah nak buat macam mana" sekali lagi perasaan itu datang lagi bagai pedang tajam menghiris hati aku, luka terkoyak namun tak berdarah, kali ini lebih pedih dan menyakitkan, aku lari masuk ke bilik air dan menangis, aku rasa sedih, rasa macam-macam, rasa marah pada dunia, rasa tiada makna bumi berputar,

aku kemudian basuh muka dan hilang selera nak bercakap sampai pagi raya...dan aku ada perasaan itu sampai sekarang

jadi selamat hari raya aidil fitri pada mereka yang menyambutnya...dan maaf aku masih tak ada selera untuk semua ini




*
boyan= buaian besi
nyok= nyiur (kelapa)
tuntun= tolak basikal

Comments

Selamat Hari Raya, bro. Chill.
Alke said…
serius beb, this entri memang bisa dan touching....
tuntun beb.. tuntun..dah lama tak dengaq..

aku pun kurang mood beraya. cuma ada mood balik kedah sebab dah lama tak balik.


raya ? = leceh ah
Pyanhabib said…
berayalah sebelum petang!
selamat hari raya aidilfitri.

Popular posts from this blog

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara yg meninggal diawal pagi raya.
Mak Lang yg berusia 83 tahun akhirnya meninggalkan kami, aku sesungguh menghormati manusia yg berjaya menjangkau umur yg tinggi, banyak pengalaman dan garis-garis sejarah bercalar di seluruh tubuh dan jiwa, tiada apa yg dapat membeli semua itu.
tidur lah Mak Lang dengan tenangnya bersama cerita yg dibawa bersama nya.
*skang ni berdoa tinggi agar Chu Yah aku tak menjual pinggan mangkok belanda tinggalan Tok Teh yg dibawa dari Indonesia

semusim (di neraka) selamanya

Pasti ramai yang kecewa akan tindakan beliau me"nyah"kan kewujudan blog "Semusim Di Neraka" yang menjadi ubat penenang buat jantan-jantan kesunyian dan pernah juga menjadi ambisi khayalan gadis-gadis yang melayari internet (laptop/powerbook) dari atas katil mereka

...namun bagi mikon itu merupakan tindakan yang amat menepati kehendaknya...

aku biarkan mereka tertanya-tanya apa yang terjadi pada "entiti" ini...biarlah rahsia seperti kata Datin Siti

mungkin selepas ini ramai yang akan turun ber"jogging" petang di padang Pandan Indah hanya untuk melihat kelibat mikon membuat "kawat kecik"...mengubat rindu

emmm...dan kata umbi bagi situasi ini perlulah disebut sebagai...amat punk rawk...hehehe


cheers bro...have fun


mungkin ianya kan kembali...siapa tahu?


ps: aku pasti akan merindui watak-watak peng"komen" spt Penajih, Papan Chatek Di Pandan Indah, YDP Tiroi dll

...you don’t have to worry now

Received a sad sms during my duty at Bukit Jalil Stadium, one of our dearly friend Boy of Punisher/Naked Butterfly passed away after being electrocuted at home, from what I learned he’s doing a renovation upon his house “DIY”ly…such a lost…

I still remember him carryin' Lee Toyol on his back in one of the gigs circa 90’s…serious looking guy with a sense of humor…gonna miss him

hope he’ll be swimming in the sea of light tranquilly…rest in peace bro…


pic were taken from http://ricecooker.kerbau.com/