Wednesday, September 09, 2009

mengaji kue

sekarang ni aku rasa nak makan banyak benda, yang ini di panggil mode bulan puasa, dah kira macam "auto-pilot mode" sama dengan bila dulu-dulu dengar lagu tema drama "rumah kedai" dah rasa musim puasa walaupun tah apa musim diorang buat re-run cerita tu,

sebagai orang utara aku ada banyak kueh-kueh yang berceretet dalam kepala aku (orang utara selalu perasan yang depa lagi pandai pasai kueh-kueh ni sebab kami ada bab "mengaji kue")

memandang aku ni manusia jenis herbivor maka ada banyak yang berhaiwan kena list out, ni aku nak senaraikan sepuluh kueh-kueh idaman yang aku sesangat nak makan:

1. tepung bungkuih, uih lemak manis ada masin skit
2. pulut sekaya, terangkat
3. lepat liat, nyamannn
4. limeh (limas) kepakaran opah aku ni
5. cucur jagung pedas, ni buat aku rindu kat mak aku ni
6. apom lengang depan market lama, parit buntar
7. cucur labu manis, yang ni rare, makanan orang banjar
8. coq bongoi nyonya juga kat market lama parit buntar (cakoi)
9. lopez yang baru keluar dari fridge (ada jual kat pasar malam)
10. sum-sum dengan sirap merah, yaeahhhhh

mana nak cari, mana nak cilok, tak gamak nak beli kat pasar ramadan yang kebanyakanya berniaga setahun sekali,

dah aku nak pi cari jagung nak buat cucuq,

cheers

6 comments:

nabil fizri said...

pak tongkoi, satu !

~~DucKneSs~~ said...

aku ada satu soalan. wujud ke lepat ubi? aku rasa cam aku penah makan n i like it very much. cuma sekarang ni dah dekat dua tahun aku cari, xpenah2 jumpa.wujud ke?

MagnusCaleb said...

lepat ubi? wujud cuma tak feveret je, tapi tu pun dah jadi spesis rare nak cari nih, nanti balik raya ni aku suruh makl ang aku bikin dan amik gambar hehe:)

Si Fakap said...

Bukan kue, tapi pencuci mulut paling aku rindu nak makan: serawa pisang yang baru keluar dari peti ais.

~~DucKneSs~~ said...

haih..xkan gambar je..anta la kat umah..dekat ja ngan penang nih..hahaha..kempunan seh..

serawa pisang..hmm..sedap gak..baru pas makan mgu lepas..maseh berpuas hati dan tak ngidam..haha

Weed and Bandages said...

serawa pisang memang kelaih wehhhh.. sedapnyaaaa..

lipat liat mengeliat liat.. hahaha

apom mami kat sg layaq jiran aku buat dia india memang umph!!

walapun pun kadang-kadang kami panggil c*pap tu apom, tapi kami tak kisah, apom mami memang telioq!

hahahahhahaha