Tuesday, September 01, 2009

pondok oren

aku rindu pada berjalan menapak mencari dan berdiri di depan pondok oren fiber glass, kadang-kadang tengah panas, hujan atau mungkin di watu malam, tangan kiri mengenggam duit syling, tabur satu persatu, kalau tak mampu boleh pohon untuk "reverse charge", aku rindu menekan butir-butir punat bernombor lusuh, mendengar nada dering yang ber"riverb" tiga kati, bergangang besar, kekadang tangan gatal terconteng juga kata-kata indah sebelum di luahkan pada yang menanti di hujung talian... kerana semua itu ada perjalan

aku rindu kehidupan membawa buku kecil untuk mencatat nombor telefon dan kehidupan tanpa handphone.

4 comments:

mohd roslan and the half blood prince said...

mmg stoned bro gayut pakai public phone. tradisional dan konservatif. haha.

sori bro bob tumpang tanya,
ada tak member dulu2 nme hambali sahdan?

MagnusCaleb said...

emmm hambali sahdan tak ingat pulak, member mana eh? CM ke opis ke mana ke, mungkin terlupa nama

:)

Anonymous said...

time maybank dulu2..
takde pe snanye,
just curious..

-roslan-

~~DucKneSs~~ said...

hahah..walopon aku maseh muda sangat waktu hp start popular,tapi aku rasa rindu gak idup tanpa hp..sekarang nih,kalo hp betri kong ato takde kredit,rasa cuak seh..takut kalo de pape emegensi,mane mau roger bantuan?heheh

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...