Friday, October 09, 2009

perut kenyang senang hati

menjadi seorang yang herbivore di kota melayu ni boleh tahan susah juga so sesekali aku nak share info kedai vegetarian yang menjadi tempat aku melampiaskan nafsu makan ku ini di kota besar:

kedai pilihan no satu, Kader Restauran, leboh ampang, banana leaf vegetarian friendly shop, tempat feveret aku lepak makan dinner sebelum balik rumah naik LRT dan termenung sambil hirup teh tarik gelas kecik yang amat enak, harga berpatutan cuma kalau makan nasik parboil dengan soy mutton boleh kena sampai rm8, fuh, sebab dia ada food yang non-vege so senang aku nak ajak kengkawan yang "maging" lepak sekali huhu,

sepanjang leboh ampang ni ada banyak kedai yang total vegetarian pilih saja lah, kalau nak yang up sikit pergi je Sangheeta, kedai kira makan ala-ala raj di Jaipur gamak nya,

ada satu gerai kecik belakang Kota Raya, very simple and basic stall, total vegetarian (for buddhist), food dia ok-ok saja, tak pedas tapi amat murah nak makan kat situ susah sket coz ada satu table saja, biasa aku beli bungkus, kalau duduk pun nanti kena dengar uncle-uncle tu ceramah hehehe

satu lagi restoren total vegetarian, 31st. Street Food Cafe, betul-betul depan sebelah tepi kiri menara hong leong jalan tan cheng lock (jalan nak ke china town) kedai kecik dengan 4 meja yang juga kecik with very friendly shopkeeper, good food harga bagus, tapi portion kecik, banyaknya kecik kedai ni, "buddha kata tak bleh makan banyak-banyak" ujar pekedai tersebut yang nampak nya cukup ber iman, tapi ada banyak tourist vegan yang comel-comel lepak kat situ :)

sesekali aku ke Man Fatt Yuen kat jalan panggong (belakang Uda Ocean, bas stand klang) boleh makan besar sket ada banyak makanan enak-enak, tomyam nya menangkap dan lotus rice nya terbaik, walau pun aunty kat situ susah nak senyum, biasanya aku gi dengan kawan-kawan atau gadis(-gadis) penyeri hidup

ada lagi satu kedai di brickfield nama nya Gandhi's dulu kedai ni kecik saja kat parking lot tepi BSN, sekarang dah besar dan bertukar lokasi di lorong padang belia brickfield, sedap makanan nya dan selesa, femes dengan "Chicken Y2K" nya, erna bila nak pegi lagi nih?

kalau di pandan indah biasanya aku ke Sri Paandi yang punya apom lengang yang membawa ke syorga atau pun Berjaya Kedai Sayuran yang ada kueh bakcang yang enak,

tapi lebih afdal kalau masak di rumah senang dan save, sebab aku dah jumpa Kaoyi Vegetarian Food Mart kat jalan pudu, murah gila dan penuh dengan pelbagai barangan dapur, bawa bekal ke ofis dan makan dengan tenang tanpa was-was, aku tak suka sangat benda-benda "mock-meat" ni tapi sesekali nak juga gigit benda yang texture nya tak macam tumbuhan tanpa menyakit makhluk hidup yang lain,

lagi pun memasak merupakan salah satu ibadat :)

3 comments:

the artist and i said...

lagi pun memasak merupakan salah satu ibadat :)


ouchss.. hahahaa.. kalau mai mood nak masak ok la..

Apa Kau Nak said...

jarang jumpa orang melayu yang boleh vegetarian. saya boleh survive dengan diet 'vegefisherian' pun paling lama seminggu. hehe.

apapun posting ni bagus sekali. informatif. dan Sangeeta memang best sebab dah banyak kali makan disitu dengan kawan-kawan hindu.

Anonymous said...

Hare Krishna,
Pamho,
AGTSP,
AGTSSGG,

www.iskconkl.com
www.iskcon.com.my

Get back in touch prabhu....we're waiting for you..

- daso 'asmi -

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...