Skip to main content

ada tanda tiga titik di bahu kiri tenpei

semalam aku mimpi jumpa Husairi, member sekolah rendah, lama sangat aku tak jumpa dia, last sekali mungkin 26 tahun lepas, tapi semalam dia datang dengan baju sekolah rendah, seluar pendek biru dan stokin putih tinggi, dia terserempak aku time rehat di sebelah kantin sekolah, aku baru lepas makan laksa (sepinggan baru 30 sen time tu) dan ondaway nak main "Tui" (galah panjang), dia tanya "semalam hang pi mana, tak nampak pun main kat parit, kami main polis sentri sambey bekubang", aku cakap "aku pi ghumah pah, panjat pokok ceri",

dia pun tersengih dan berlalu, baru lima tapak dia panggil aku balik dan terus nyanyi tema anime Blocker Corp Machine Blaster dan sambung "...oko ku tempe...oko ku tempe" (lagu penutup anime tersebut)...rasa macam nak penampar jer anak cikgu sarip ni...ciss sampai sekarang aku tak hafal lirik lagu tu dan hang masih nak tunjuk terrer kat aku,


l to r Gensui Ishida, Billy Kenshiro, Jintaro Hayami and the great Tenpei Asuka

dulu sebelum ada Marco dan Captain Future yang ni lah menjadi pujaan kami di era 70'an, so sapa yang tak hapai lagu anime ni kira tak "in" lah...haishhhhh

dan kalau aku dapat action figure ni aku tak janji boleh tahan air mata dan menangis teresak-esak dalam toilet :)


Comments

70an tak idup lagi.

79an baru start berjuang.
kakakak macamana aku boleh terlepas kartun sebegini dulu??
berteromber said…
bro..robot tempei memang kvlt..satu kampung bebudak berkumpul time tgk citer ni..those were the day...
haritz said…
tempe aduka buat aku duduk depan tv sampai tak pegi ngaji

Popular posts from this blog

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara yg meninggal diawal pagi raya.
Mak Lang yg berusia 83 tahun akhirnya meninggalkan kami, aku sesungguh menghormati manusia yg berjaya menjangkau umur yg tinggi, banyak pengalaman dan garis-garis sejarah bercalar di seluruh tubuh dan jiwa, tiada apa yg dapat membeli semua itu.
tidur lah Mak Lang dengan tenangnya bersama cerita yg dibawa bersama nya.
*skang ni berdoa tinggi agar Chu Yah aku tak menjual pinggan mangkok belanda tinggalan Tok Teh yg dibawa dari Indonesia

semusim (di neraka) selamanya

Pasti ramai yang kecewa akan tindakan beliau me"nyah"kan kewujudan blog "Semusim Di Neraka" yang menjadi ubat penenang buat jantan-jantan kesunyian dan pernah juga menjadi ambisi khayalan gadis-gadis yang melayari internet (laptop/powerbook) dari atas katil mereka

...namun bagi mikon itu merupakan tindakan yang amat menepati kehendaknya...

aku biarkan mereka tertanya-tanya apa yang terjadi pada "entiti" ini...biarlah rahsia seperti kata Datin Siti

mungkin selepas ini ramai yang akan turun ber"jogging" petang di padang Pandan Indah hanya untuk melihat kelibat mikon membuat "kawat kecik"...mengubat rindu

emmm...dan kata umbi bagi situasi ini perlulah disebut sebagai...amat punk rawk...hehehe


cheers bro...have fun


mungkin ianya kan kembali...siapa tahu?


ps: aku pasti akan merindui watak-watak peng"komen" spt Penajih, Papan Chatek Di Pandan Indah, YDP Tiroi dll

oh kuala lumpur...part III

Kali pertama aku melihat Brickfield adalah pada penghujung tahun 1992, jam 7 petang aku dan driver tempat aku berkerja bang Said (bukan nama sebenar) mahu minun kopi setelah menghantar sebeban surat yang urgent serata KL, dah macam-macam cerita aku dengar pasal tempat ni, ngeri pun ada, tiba-tiba bang Said menjerit kecil "hah, tu la Nora ayam regular aku , jom pi kena seround aku belanja, mama-san tu tu kawan aku, ko pilih mana ko suka" aku yang ketika itu berumur 20 tahun 5 bulan jadi kecut perut, darah tinggal secawan, "mana boleh bang kita kena balik opis ni" aku mengelak, "mangkok lah ko ni, jom!" dia paksa lagi, akhirnya aku berjaya mengelak, aku cakap baik-baik dengan dia, penyudahnya aku kena tunggu dia kat gerai mamak ujung simpang jalan Thambipillay, sepanjang setengah jam sementara aku tunggu dia seribu satu persoalan menerjah ke otak ku, kalau aku try apa salah nya, kalau kantoi kena serbu dah tentu aku lari ke Indo jadi jaga hotel.

Brickfield …