Skip to main content

selak muka surat belakang I

8.00am, sabtu, 1986, aku membebel sambil kayuh basikal ke pekan parit buntar, pagi-pagi lagi opah aku dah suruh ke merkit beli sayur dan barang dapur, tak la jauh mana pun dalam 10 minit boleh sampai, tapi ni pagi sabtu, cuti sekolah aku impikan bangun lambat hishhh,

sampai aku kunci basikal, orang dah ramai penuh pelbagai bangsa, ada bau apom lenggang ada bau nasi lemak dan ada nyonya jual coq bongoi (dia ada amoi cantek) yang banyak terjual di pinggir kaki lima merkit termasuk lah ada satu pakcik gemuk tak pakai baju jual minyak urut,

aku masuk ke merkit yang becak dan berbau hanyir ikan, cukup aku tak suka, tetiba oh baru aku teringat opah hanya minta aku beli rempah giling dari seorang amma di hujung merkit tersebut, aku pun terus ke bahagian barang-barang kering, dari jauh aku dah nampak amma tua siap bersari sedang duk proses "rempah-cabai" pakai batu giling, baunya cukup menusuk kalbu, bau herba dan rempah ratus dalam pelbagai jenis dan warna, aku pun order, "amma rempah kari ikan satu" dia pun campur satu dua bahan serta air lalu di giling, "grudd grudd" (bunyi batu giling) dan "selepekk!" rempah basah di bungkus pakai daun pisang dan di ikat pakai tali jerami, klassik!

sekarang aku amat rindu akan bau itu, aku kenangkan kenapa gulai kari ikan jenahak opah aku paling sedap, (walau pun aku dah tak makan ikan skang ni) sebab dia pakai "rempah gilin", mana nak cari peniaga macam amma tu zaman sekarang, kari basah gilin, fresh dan made to order...haiii *sigh*






merkit lama parit buntar merupakan satu bangun lama yang basah, melekit dan dah berusia lebih 30 tahun ketika itu, sekarang dah roboh dan market parit buntar telah pun di pindahkan ke pusat bandar...sayang time tu aku belum tau pasal kamera

merkit = pasar
coq bongoi= kuih cakui
gilin = giling
amma= panggilan mesra pada wanita india

Comments

kami panggi patonko untuk cakoi.
zan said…
Nak pegi merkit..

Arwah opah aku pun slalu sebut macam tu kalau nak merujuk ke pasar.

Ko kat Parit Buntar, dia kat Bagan Serai. Mungkin pasal tu sebutannya sama..Kari arwah opah aku pun sedap..hmmmm
~~DucKneSs~~ said…
tu la sebab makanan sekarang da tak sama cam makanan original dulu..skang nih,sumua barang segera ja..ari2 makan kalu,loya tekak..

Popular posts from this blog

perniagaan seni irama...

Pertanian adalah perniagaan, tepat sekali namun bagi ku musik bukan lah perniagaan, jangan di letakan sebagai agenda utama, ianya mempunyai nilai dari 0.01 sen hingga lah ke beratus ribu ringgit, jadikan iya perniagaan total? kurang sesuai, kerana seni irama adalah penggerak yang mengayuh dunia agar berputar dan berjiwa, disebabkan ianya bernilai maka boleh lah dijual beli dengan bertujuan melancar pergerakan seni tersebut seperti perbuatan menyampaikan irama dan hasil kerja artis tersebut, dari minda beliau ke para pendengar, pembiayaan pekakasan musikal dan lain-lain pebelanjaan yang melibatkan tenaga kerja.
Artis dari dulu lagi menggelar diri mereka hamba seni yang membawa maksud sesorang yang berkorban untuk sesuatu kelompok yang lain agar terhibur dan meraikan kehidupan, seseorang yang menulis akan sebuah lagu yang mampu merobohkan sebuah empayar yang agung, seseorang yang melakar puisi di atas sekajang irama yang berjaya mengubah peratusan manusia akan kepercayaan …

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara yg meninggal diawal pagi raya.
Mak Lang yg berusia 83 tahun akhirnya meninggalkan kami, aku sesungguh menghormati manusia yg berjaya menjangkau umur yg tinggi, banyak pengalaman dan garis-garis sejarah bercalar di seluruh tubuh dan jiwa, tiada apa yg dapat membeli semua itu.
tidur lah Mak Lang dengan tenangnya bersama cerita yg dibawa bersama nya.
*skang ni berdoa tinggi agar Chu Yah aku tak menjual pinggan mangkok belanda tinggalan Tok Teh yg dibawa dari Indonesia

...you don’t have to worry now

Received a sad sms during my duty at Bukit Jalil Stadium, one of our dearly friend Boy of Punisher/Naked Butterfly passed away after being electrocuted at home, from what I learned he’s doing a renovation upon his house “DIY”ly…such a lost…

I still remember him carryin' Lee Toyol on his back in one of the gigs circa 90’s…serious looking guy with a sense of humor…gonna miss him

hope he’ll be swimming in the sea of light tranquilly…rest in peace bro…


pic were taken from http://ricecooker.kerbau.com/