Monday, November 02, 2009

selak muka surat belakang II

1978-82, seingat aku kalau mak aku ke kedai "set rambut" kat pekan parit buntar, aku pasti suka sebab kat depan kedai tu ada jual banyak toys, mungkin auntie lee sewakan porch kedai tu pada uncle "tokey menan" (nampak gaya macam ada affair jer diaorang berdua tu), biasa nya mak aku awal-awal dah pesan jangan mintak yang mahal-mahal atau pun time nyonya lee set rambut dia jangan main jauh-jauh dan aku sebenarnya suka bercampur benci sebab tak tahan bau dalam saloon tu, even sampai sekarang mana-mana saloon pun, tapi mainan punya pasal aku rela,

so adalah dua tiga sessi aku mintak mainan yang mak aku tak perkenan antara nya dua kamera plastik, satu warna biru dan satu warna hitam, mak aku bising dia kata "bukan nya kamu pandey pakey bende alah ni...hish" tapi aku renjaih nak jugak, so dia beli (dua kali aku buat perangai hehehe) sebab harga nya cuma rm5 saja satu,

memang aku tak tahu apa pun, umur baru darjah satu mungkin dua, penyudahnya aku bosan dan dua-dua aku tendang bawah katil, ada satu hari time tengah mengemas mak aku tanya nak lagi tak dua-dua kamera ni, aku buat tak reti jer sambil layan blocker corp machine blaster, mak aku pun bungkuih buang kamera berdebu tu sambil membebel "aku habo dah ari tu, bukan kamu pandey main bende ni"

la ni aku menyesal dan geram sebab aku teringat balik akan kamera tu rupanya model Diana dan Holga yang kini harganya nak cecah rm400, kalau lah arwah mak aku tahu yang aku beli sekali lagi dua-dua kamera ni dengan harga yang melambung ni, mampuih kena tarik telinga dan menerima leteran yang mungkin eternal.


re-issued Holga and Diana





kedai set rambut = saloon rambut
tokey menan = taukeh mainan
renjaih = tah aku pun tak tau apa makna ni dalam bahasa kebangsaan?
bungkuih = bungkus

5 comments:

nadcapulet said...

harga holga ni RM5 je dulu? dammit.
sekarang punyalah mahai dan susah nak jumpak. Kalau ada pun kat kedai2 yang di shopping mall. huhuhu

MagnusCaleb said...

yup murah sangat, jual pun kat kedai toys :)

~~DucKneSs~~ said...

huwahh..jom pinjam mesin doremon untuk pulang ke masa lalu dan borong banyak2 kamera tuh..hoiyyahh..

Weed and Bandages said...

beletiaq adalah pekara biasa..

one love said...

manis sebenarnya entry ni. sbb sy pulak yg rindu mak saya. dia pun sama. suka berleter. heheee

:)