Tuesday, December 15, 2009

oh kuala lumpur... part II

percubaan menulis semi-serius tentang Chow Kit

"you have to know the street if you wanna embrace the city" -teman buddhist ku dari Brooklyn-

sekarang dah nak masuk 2010, KL yang aku kenal kengkadang buat-buat tak kenal kat aku, dulu aku baca Mat Som karya Dato' Lat sebagai panduan penting hidup di kota ini, kini kitab penting itu aku simpan di rak buku bersebelahan dengan sajak-sajak Pablo Neruda, kalau korang kenal Kuala Lumpur di awal 90an aku percaya separuh dari survival skill yang korang ada dah tak valid untuk zaman sekarang, termasuk lah aku, skill ini perlu di update selalu, kadang kala masa dan kehidupan sering menjadi penghalang,

suatu pagi tiga bulan lepas aku berbekalkan enthusiast ku pada kamera lalu keluar berjalan-jalan untuk mencuri imej jalanan di kawasan Chow Kit, kawasan industri pelbagai perniagaan . Melangkah sahaja kaki ku di lorong Haji Taib aku dapat rasakan ketegangan yang berbeza, I loose my grip sudah rasa tak biasa, sudah lost touch, aku rasakan atmosphere yang dodgy itu amat kuat, ada perasaan yang diri ini diperhatikan dari setiap sudut, aku terpaksa duduk diam di kopitiam menghirup kopi pekat berminyak dan menghela nafas mencari kekuatan, aku perlu ada guts untuk merenung mata abang misai tebal penjual keretek haram, perlu ada aura penepis kakak cantik berhalkum, perlu stand taller than adik-adik nakal penghidu gam, perlu nampak baik di kalangan makcik-makcik yang bertandang membeli tepung buat kek dan biskut semperit and thank G-d setelah lima belas minit mengelamun di situ, I got it back, aku berjaya menyusuri lorong-lorong hitam yang dah tak seberapa hitam sekarang ni, menyantap tengah-hari dengan tempeh goreng bercili dan sayur lemak kemili serta pucuk keman di kedai jawa (lorong haji taib 3) aku lega,

aku merenung dan tersenyum akan bekas papan tanda supermarket yang pernah hebat Hankyu Jaya sebelum melintasi jalan besar TAR dan meredah pasar Chow Kit kawasan yang agak "melayu" mungkin kerana bersempadan dengan Kg. Baru, tak banyak yang berubah masih bising dan lembab seperti biasa, aku petik pemicu kamera berkali-kali. Ada kakak yang tersenyum tak nampak gigi ada uncle yang grumpy tapi tak violent , kali terakhir aku ke sini pada tahun lepas, aku bawa Stewart Butterfield (pengasas flickr) yang sibuk nak tengok malaysian wet maket, lorong pasar yang sempit dan hanya berbekalkan cahaya dari lampu-lampu kalimantang, sesekali akan nampak kelibat chef-chef mata salleh dari hotel lima bintang yang datang membeli ikan di pasar tua ini, di lapisi dengan suara berdengus abang berbangsa minang yang salah step letak buah dam, kalau rindu dengan barangan dapur indonesia di sini semua nya ada dari kecap chap bango sampailah kerepek jawa yang berwarna warni, kalau kena gaya menjenguk boleh jumpa brader-brade Acheh masih jadi tokan ganja yang besar di situ,

di luar pasar ada selorong gerai-gerai makanan yang sentiasa penuh dengan manusia yang melepas lelah setelah sarat bershopping bahan basah, di situ dulu ada mihun sup utara (warna kuning) yang handal, melalui di penghujung jalan Haji Hussien aku terlihat Flat Hock Ann yang masih evil macam dulu-dulu, hebat nya di dua-tiga bumbung balcony "rumah susun" tersebut ada pokok cili tumbuh dengan akhil-baliqh dan kalau korang pejam mata korang akan rasa tetiba berada di jalan Mangga Dua, Jakarta, di tambah dengan bau bakso dan sate sapi, kalau jalan terus ke penghujung jalan (di belakang bekas Keramat Supermarket) masih terdapat gerai-gerai india muslim menjual pelbagai jenis sup dari ayam, kambing dan lembu cecah dengan roti pound boleh meleleh, manakala on the opposite side of the market, terdapat sekelumit kecil kawasan masyarakat berketurun Sikh lalu-lalang kerana adanya sebuah temple Tatt Khalsa Diwan, malang nya kawasan tersebut sekarang di penuhi dengan brader-brader "askusmi" dari benua Africa yang akan datang dan minta duit royalti kalau gambar mereka di ambil, mereka sungguh kuat dan amat kurang sopan,

kesimpulanya tentang Chow Kit ini masih tempat orang mencari rezeki tak kira dengan apa cara sekalipun, warganya masih nampak macam dahulu tapi ada yang berbeza, ada yang tak kena, latarbelakangnya ada lukisan baru yang punya rasa yang asing, mungkin aku...aku yang sudah berubah, pengalaman mengajar kita lebih matang akan tetapi pengalaman juga mampu membuat kan kita lupa akan jalan-jalan lampau, jalan di kota busuk yang indah ini.

hari itu aku ambil keputusan untuk menapak terus menuruti jalan TAR dan singgah di 1 Cafe yang sedang ada gig metal berlangsung :)





bersambung...





trivia: Chow Kit sebenarnya hanyalah sebatang jalan pendek yang menuju ke arah PWTC di antara Jalan TAR
, dan seperti kata j or ji "Hanya Sudirman yang berjaya menutup jalan chow kit..Lain manusia, tak dapek!"

7 comments:

Otak Delusi Pelita said...

Yeay entry baru!maybe you have some memories bout Kampung Pandan too.Masa muda saya dgr di situ ade transaksi 'sesuatu' di dalam burger yg di jual di tepi jalan.

Gen Mayhem said...

dah bertahun tak pergi chow kit. memang suasana dah lain. last time aku pergi, hampir kena pow dengan anak muda yang rasanya 10 tahun lagi muda dari aku

Jorji said...

Hanya Sudirman yang berjaya menutup jalan chow kit..

Lain manusia, tak dapek!

MagnusCaleb said...

ODP: haha malang sekali saya tak lepak kg. pandan, tapi sangat tahu cerita itu :)

al razy: aku rasa penge"pow" sekarang dah mutate lah, makin kecil dan berani

j or ji: hahaha aku lupa fakta penting tersebut, thanks :)

~~DucKneSs~~ said...

detail gila entri nih..buleh terbayang suasana meriah zaman dulu,and rasa xselamat zaman sekarang..ape2pon,aku xsuka kolumpo..aku orang kampung aja..huh..serabut weh kl tuh..

the artist and i said...

hanya Sudirman saja yang memahami Chow Kit Road. hehehe

Alke said...

Bro, for the past 2 years, I've experiencing the chow kit road, all becos my wife. she's from batu pahat and me from kajang, and yet she's an expert. Tapi, aku rase masih tak selamat, dari pemerhatian aku dan cerita legend yang pernah aku dengar.aura dia memang lain, aku rase pertama and campbell lagi selamat.

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...