Saturday, December 19, 2009

satu emas untuk semua...


manusia, emas dan spera

Hebat sungguh benda yang berbentuk spera ini dari bentuk bumi, kueh bom, disco ball dan juga muka Cik Embun taukeh karipap semuanya bulat, agong nya hingga ada permainan bola sepak ini  sejak zaman kuno lagi di lakaran sejarah manusia pada setiap empat penjuru dunia.

Hebatnya hanya dengan satu emas untuk benda spera ini, rakyat Malaysia terlupa sebentar "sapa Daniel Bego ni?" yang pecahkan rekod kebangsaan dan juga SEA Game, tak perasan yang team Akuatik yang menyumbang 15 kalung emas untuk Malaysia, telupa akan lenggok pedang team Wushu kebangsaan yang sungguh mengkagumkan, menyegat sungguh sukan yang bikin taukeh mafla dan snow cap hidup mewah ini.

Untuk satu petang yang mendebarkan projek 1Malaysia dengan jujurnya berjaya di lihat di seluruh restoren mamak seluruh negara ini (skala penjulan teh tarik meningkat dengan mendadak) riuh di kawasan flat bagai senada, sungguh majmuk, even gym kat ofis aku dah bunyi macam di Vientiane.

Walau bagaimana pun aku rasa masih belum terlambat untuk aku ucapkan tahniah pasukan bolasepak Malaysia, percayalah tiada yang mustahil jika kita mencuba dengan hati yang jujur dan terangsang, raja bola Mokhtar Dahari pasti tersenyum bangga di atas sana...




dan aku tetap hanya akan tengok bola time final jer :)

2 comments:

armouris said...

tahniah Malaysia!! hati-hati jangan tercedera semasa bermain bola sepak - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepakt

the artist and i said...

hahahahah..


hat pesan bawah tu memang cayalah!


p/s - artis penyanyi pelakon malaysia, apa lagaaaaa.. pemain bola sepak muda2 dan kental tu

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...