Monday, January 04, 2010

gentlemen, start your engines...

pagi Isnin, anak kecik meraong nak kena hantar nursery, si abang buat-buat sakit perut malas bangun pagi, abah lupa nak iron baju semalam, mak kena masak sebelum mandi dan letak make-up, rumah bising macam soundcheck band grindcore, abah cemas lagi bila dengar radio banyak jalan dah jem, mak baling apa yang tercapai dalam tas-tangan, nak cepat, tahun baru dah berlalu tiga hari, dah lebih seratus jam, hari ini empat hari bulan januari 2010, pagi paling chaos untuk mereka yang berkeluarga besar, tahniah, setelah hampir sebulan rumah anda ceria dan bercartoon network dengan cuti sekolah.

Aku suka, dengar rumah sebelah dan depan kelam kabut, dengar jerit budak tak nak keluar rumah, hari pertama ke sekolah, train masih lengang, hujan renyai-renyai aku pakai hooded Keith Haring ada gambar crossing fingers merentas dada, mak-cik dan kakak assallamualaikum takdak nak tegur atau buat muka grim hehehe

Selamat Tahun Baru "sebenar" Kuala Lumpur

3 comments:

joey glider said...

cd counting crows dah simpan balik dalam almari.

tahun jer baru, perangai lama gitu jugak

~~DucKneSs~~ said...

rumah aku da selesai situasi itu..hahahha..

m:or @bol @s said...

dah 10 tahun aku tak alami detik camtu bro..

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...